Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid
August 29, 2010 by wizvax
Filed under Islam, Local News

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Read more
Puasa Tetapi Tidak Solat

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”
Beliau rahimahullah menjawab:
“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala, Read more
Minuman beralkohol: Kanak-kanak minum bir
August 26, 2010 by wizvax
Filed under Local News

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung kebanjiran minuman ringan beralkohol dalam pasaran dengan bertopengkan minuman ringan.
Manakala undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa minuman beralkohol dilarang kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, minuman ini dijual kepada kanak-kanak sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam. Read more
Penduduk Israel Bakar 20 Kawasan Pertanian Palestin

Penduduk Israel dilaporkan mengamuk di desa Jalud, Selatan Nablus dan mereka membakar lebih dari 20 kawasan tanaman pertanian penduduk Palestin pada hari minggu lalu.
Sumber-sumber setempat mengatakan para penduduk Israel itu datang dari pemukim Ahya yang mereka dirikan secara haram di tanah Palestin dan melancarkan serangan di bawah perlindungan tentera Zionis. Read more
Kelebihan Tadarrus al-Quran di Bulan Ramadhan
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI
Gambar ihsan dari http://KaryaWan.org
BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan. Read more
Kombinasi Solat Tarawih & Puasa Alternatif Amalan Hidup Sihat
Oleh Badli Shah Alauddin

Aktiviti fizikal sederhana berkesan kurangkan lemak terkumpul, lambatkan proses penuaan
KAJIAN mengenai hikmah berpuasa sudah banyak dibuat bukan saja sarjana Islam bahkan pengkaji Barat seperti garapan Steve Meyerowits dalam buku Fasting and Eating for Health, Richard Schult dalam Juice Fasting, the Power of Healing dan Phyllis Balch dalam Prescription for Nutritional Healing.
Semuanya secara tuntas membuktikan kebaikan amalan berpuasa. Selain itu, kajian mengenai kebaikan amalan bersahur juga mula dibuktikan secara ilmiah. Contohnya, kajian semasa menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan. Read more
Ramadhan Memenuhi Fitrah Manusia
Gambar ihsan dari http://blog.syazwanwi.com
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
Surah al-Baqarah, ayat 183.
Memahami Tujuan Hidup
Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh. Read more
10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah:
Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa. Read more
Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang
August 16, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri. Berikut ialah tips yang telah dipetik dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Read more
Adab Berpuasa dan Solat Tarawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Read more
DVD Siri Panduan Ibadah Haji

Lembaga Tabung Haji melancarkan Siri DVD Panduan Ibadat Haji sebagai alternatif tambahan bagi bakal jemaah haji serta umrah yang kesempitan masa untuk mendalami ilmu secara mendalam.
Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji Tabung Haji, Mohd Salleh Abd Mubin, berkata pengenalan cakera video digital (DVD) panduan yang mempunyai lima tajuk itu dilihat sebagai usaha memperkayakan persediaan bakal haji sebelum menunaikan ibadat berkenaan. Read more
‘Jordan River’ Kurma dari Israel

Ramadhan al-Mubarak dan bulan puasa bakal menjelma. Lazimnya pada bulan tersebut, tidak dapat tidak semua umat Islam kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau perempuan akan mula menggemari buah khurma dan mengambilnya ketika berbuka, sepanjang malam hingga bersahur. Read more
Hari Membakar Quran Antarabangsa

Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil‘ berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010.
Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam. Read more
Berhemah Dalam Menegur

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Read more
7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang
August 1, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama. Read more





















