35 Petua Pelajar Cemerlang
Posted on April 27, 2010 under Fadzilah Kamsah, General by wizvax
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
Advertise Here- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.






















urm….
sngt2 la mmbantu
boleh dimanfaatkan oleh para pelajar muda (sekolah menengah / tinggi)…maupun pelajar tua (ipt/ipts)…..
petua yg sgt baik
sy nak ambil ni utk disimpan dlm file com sy ye..
SAYA BERUMUR 24THN SAYA TELAH BEKERJA KEMENTERIAN PERTAHANAN TP SAYA INGIN BERJAYA SAYA BERMASALAH. SAYA PERNAH MENDUDUKI SPM PADA TAHUN 2003 TP SAYA GAGAL. PADA TAHUN INI SASARAN SY INGIN MENGAMBIL SPM SEMULA PADA TAHUN 2011 TP SAYA X TAHU BAGAIMANA NAK MULA. BLH DR BG SARANAN/NASIHAT. SAYA X TAHU DR MANA NAK MULA ………….. SAYA BERHARAP SGT ADA ORG BLH BANTU SAYA
sy harap petua nie boleh membimbing sy dan pembaca yang lain utk mjd pelajar cemerlang dunia dan akhirat..
insya allah
salam sy ingin berkongsi dengan fareena dan kwn yg lain..tntg mslh yg dihadapi oleh fareena.sebenarnya kita msti sentiasa fikir positif.mgkin dl fareena gagal.tp percayalah kebanyakan org yg berjaya dtg dari kegagalan dulu.Apa yg kita blh wt ialah cepat2 bangkit dan atur strategi kita. Apa yg perlu kita wt cnthnya dlm mslh fareena cpt2 daftar ambil piksa blik.berusahalah cara mn sekalipun utk skor subjek yg kita ambik..yg penting jgn lupa Allah,dan selepaS usaha kita tawakkal.Ingat kita kene usaha sendiri.Kadang2 kl kita berfiir tnpa bertindak ia hanya merugikan kita.rugi ms dan peluang.So mulalah dari sekarang.Tebus blik apa yg kita tak dpt capai dl.Mgkn dl kita tertekan dgn byak mslh.Mgkin skrg kita dah ok jd srg la ms yg sesuai. selamat mencuba..
salam . I want a simple tips for Spm (2011) . I am weak in mathematics . So , I want to know of there is any tips for me to settle this problems
please .
assalammuailaikum, saya berumur 17 dan akan menduduki spm. pada awal tahun(2011) saya mempunyai semangat untuk belajar dan rajin tapi sekarang saya tidak lagi bersemangat untuk belajar. harap dr. dapat tolong saya..
saya hrap saya boleh lakukan dan bolh ikut
i like math
salam……….saya bakal menduduki spm tidak lama lagi dAN sya tlah berusaha untuk belajar bersungguh – sungguh..tetapi sejak akhir2 ini saya kerapa tidur berbanding membaca..setiap hari saya akan pastikan kerja rumah selesai…tetapi untuk mengulang kaji mata pelajaran saya berasa kurang bersemangat…saya harap …Dr dapat membantu masalah saya dan dapat membalas comment saya dengan segera…tq
salam….saya nailu saadah berumur 13 tahun saya wmwt lemah dlm matapelajaran matematik.sya cuba untuk memahami apa yang guru ajar tetapi sya tdk boleh.apakah yg harus sy lakukan ini no. sy 0145020207
terima kasih.. tip untuk peringatan kepada semua pelajar.. semua orang pelajar, bukan hanya mereka yang di sekolah atau universiti sahaja.. muda tua semua pelajar… jadi sangat berguna untuk semua orang sebenarnya… Matematik SPM atau apa-apa subjek itu mudah dengan syarat mendapat teknik yg betul untuk menguasainya.. teknik yang betul memerlukan bimbingan dari orang yang betul.. sekadar membaca tip tidak begitu membantu pelajar untuk pergi lebih jauh, maka jangan mengaharap untuk membaca tips sahaja, sebaliknya, berguru lah, cari orang yang layak untuk membimbing anda dalam subjek yang lemah itu.. (saya pun guru matematik dan matematik tambahan SPM freelance) ..
salam, mind if i share in my blog?
Salam..thanks 2 Dr. I will implement what had state in above. try my best in this sem..
Insya-Allah..
very helpful..^_^
saya ingin menjadi pelajar yg cemerlang dan ingin mendpt A dlm semua mata pelajaran tp saya tidak dapat fokus dlm mata palajaran.saya ingin mendptkan kebanyakkan tips dan cara untuk menjadi seorang pelajar yg cemerlang…saya berharap ada sesuatu penyelesaian untuk pelajaran saya…
INSYAALLAH…saya akan buat semua petua yang diberikan oleh DATO’ DR.HJ MOHD FADZILAH KAMSAH…mudah-mudahan saya akan menjadi pelajar yang cemerlang…AMIN…saya akan berusaha tak kira masa asalkan saya akan menjadi pelajar yang cemerlang…kerana USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN
saya akan ikut semua petua-petua ini.semunya bagus ,saya suka. saya sebagai pelajar mestilah kena ikut semua petua in. saya akan buat setiap hari.
semua petua ini mmg bagus untuk semua pelajar dan boleh cemerlang, tahun ni saya upsr .kalau saya ikut semua petua ini insyaallah saya akan berjaya sekian terima kasih…..
saya tdk bsa bljr dngn baik tanpa adanya motifasi.,.
bgus lar sume tips ny.saye rasa lbih bsemangat utk blajar.dr fadzilah kamsah the best