60 Petua Mendapatkan Pasangan
Posted on April 24, 2010 under Fadzilah Kamsah, General by wizvax
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
Advertise Here
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.























bagus skali dan cukup berguna
assalamualaikum dato’..
slps sy m’baca petua ini,dtg semgt sy utk m’jalinkan hbgn wlupun sdh hmpir 3 tahun sy menyepi…
dlunya sy seorg gadis yg x pernh ditingglkn olh lelaki, slps sy pts n sy m’dpt tentgn hebat dri pihak lelaki sy trus nekad utk xnk jalin hbgn dgn sesape…
sehinggalh sy kluar dri kelompok itu,sy mulkn hidup baru n m’dpt pekerjn yg bleh m’jamin msa dpn sy.
wktu itu,rakn sekerja memklumkn pd sy ada org ingn b’kenln….
nk tegur,segan n lelaki tu pla pemalu…. sy akn mengalh utk mulakn dlu p’hbgn ini,itupn klu die bg respon yg baik…
kli ini klu bleh sy xnk t’tipu @ sedih lagi… sy ingin jalinkn 1 ikatn yg baik dn diredahi… elakkn dri maksiat n t’lalu byk isu p’buangan bayi di negara kita ini….
sy b’doa smga p’kara itu tidak melnda diri sy. smga psgan bru sy ini memahami apa yg sy ktekn….
insyaallahhh….
assalamualaikum….
maklumat yg berguna….
ley djadikan panduan….
suka
assalammualaikum dato’…
terima kasih atas maklumat itu tadi…
saya amat terharu… tapi saya ada satu soalan? jikalau kite mandapat pasangan yang tiada langsung ciri-ciri yang dato’ sebutkan tadi, apa harus kite lakukan untuk menyedarkan lelaki tersebut supaya dia menghargai kehadiran kite, memahami kite, memujuk kite dan segalanya.. apa harus kite lakukan kan dato’???? saya yang dalam kesedihan dan dalam mencari jalan penyelesaian…
assalamualaikum dato..thanks for that information..sy bru mengenali dia tp dia mengatakn dia menyukai sy sedngkn sy blm btl2 mengenali siapa dia sbnrnye.sy xpasti dgn perasaan sy.slps 1week brkenaln sy dapati sy mmg serasi dgn dia dan dia sntiasa mmberikn sy jawapn yg sy sntiasa hrpkn drpd pasangn sy sblm ni.pendek kata,apa yg sy inginkn pd sorng lelaki,dia sntiasa mmberikn pd sya.pemikiran,pandangan,romantik,caring,tolak ansur smuanya ade x sprti guy sblmni.tp sy masih merasakn was2 kerana sy x confident nk brcinta lg even perasaan tu dh trbuka sdikit demi sedikit.sy takut hati sy dilukai lg.dh 3 thn sy x brcinta slps breakoff.wlupn dia mengatakn dia sygkn sy,cintakn sy n nk brsama sy slamanye,was2 tu msh lg ade.dia jga ade mnceritakn pd sy psl exgf dia sblmni dan sy dpt rasakn kejujuran dia ceritakn smua tu pd sy.dan dgn cptnyer dia mengatakn akan datang jmpa sy sedangkn dia tinggl jauh dr tmpt sy .dia snggup nk dtng semata2 nk jmpa sy kali prtama.tlnglah brikn sikit nasihat utk sy dato..sy xnk dpermainkn lg.adakah ptt sy menerimanya….
asmkm……..
mklmt di ats mmbuatkan saya ingin mnjalinksn hubungan tapi di sini saya amat mnyukai rakan sekelas saya dahulu……
mklm bls yg d brikan positif….tetapi dia jenis yg agak slow sedikit……
saya pun jenis slow juga…
adakah perlu saya memulakan hubungn dahulu..
skrg kami hanya berkawan sahaja…..tidak lebih atau kurang…
diharap doktor boleh bagi penyelesainnya…..
salam.. mmg menarik minat saya untuk membaca(“,)
mmg apa y pasangan saya buat selama nie ade persamaan denagn hampir semua perkara diatas baik y baik mahupun y kurang baik.. so, kekadang saya confuse dengan diri sendiri… anyway.. thanks..
salam dato’…sya dah lama kesunyian krna ptus cinta..tp biler sya abis jer bca pnduan yg dato’ bg sya rsa bersmgt utk bkk ointu ati sta yg skian lama tertutup utk lelaki…thanks dato’
nak kata tak berusaha tak juga…tapi kdg2 rasa sepanjang usia tak pernah jumpa lelaki yg betul2 serius dlm perhubungan… kdg2 terfikir adakah sy x layak utk dicintai oleh sesiapa… bercinta hanya seketika dan akhirnya derita yg lama… kenal org hanya utk menyakitkan kerana akhirnya putus malah yg paling sedih ada yg menjadikan diri sebagai sandaran ketika kesunyian bila hubungan dgnnya dah ok kita d tinggalkan…
salam dah lm sy mencari cinta tp selepas membaca sy mendapat maklumat untuk mendekati n memberi peluang time kasih
Salam, terdapat elemen elemen usaha yg tidak islamik lah dalam petua ni…Salah satunya “Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.” Perempuan merelakan bentuk badannya dilihat oleh lelaki bukan muhrim?? Pakai pakaian yg menampakkan bentuk badan (aurat wanita) kah?
bkn begitu nor..
maksud nye- pemakaian ikutr panduan islam memandangkn kite ni islam.
tutup aurat yg sepatutnye kita tutup. pandangan lelaki ni tajam. even kite tutup pon, dorang still blh zoom.
Assalamualaikum Dato’,
terima kasih diucapkan kerana terlalu banyak sumbangan yang telah dato’ berikan.
Terus kepada soalan sy. sy mempunyai seorang teman lelaki yang mengatakan bahawa dia menyayangi sy sepenuh hatinya. tetapi dato, sy telah cuba selama 3 thn utk menerima dia dengan ikhlas ttp gagal kerana disebalik perbuatan dia yg baik, caring, dia masih mengajak sy melakukan perbuatan yang tidak baik. puas sy menasihatinya ttp dia tidak memperdulikannya. sy nmpk dia cuba mengarah kepada kebaikan ttp bila disuruh berbuat begitu shj. sy amat dambakan seorg llk yg boleh membimbing sy ke arah jalan Allah bukan llk seperti dia…bagaimana sy dapat menyelesaikan masalah ini? sy juga sudah acapkali minta perpisahan drpdnya ttp dia memarahi sy seperti sy ini tidak berterima kasih atas semua pengorbanannya selama ini.minta pandangan dari dato’…terima kasih.
Salam alaik..mohon d share ya..
salam dato’..
sy seorang graduan di um konvo ogos 2009…pd masa skrg sy terus berusaha utk mendaptkn pekerjaan,setiap kali keluar iklan jawatan kosong saya akn isikan dan hantat..mslahnye smpai skrg sy xdpt sebarang pekerjaan…
terima kasih dato’ di atas tips berguna,,,,
ass…salam silaturahmi saya perempuan santri dri indonesia
usia saya sudah 24 tahunn tapi sampai saat ini saya belum menikah dan saya ingin banget menikah dengan seseorang yg bisa membingbing saya ..klrg saya dan memajukan pesantren saya … alhmd..saya seklrg mengajar para santri tapi saya masih kuarang untuk urusan materi tuk pesantren santri dan masyarakat … mudah dngn menulis saya di sini .. mungkin ada di sini kalau mau lihat saya sklrga dan pesantren saya ada di facebook [email protected] trimakasih wass
mudah mudahan dengan menulis saya di sini jodoh saya dapat dari sini aminnn saya butuh yang mau memajukan pesantren dan membantu santri,para alumni dan masyarakat karan materi kami belom ada …. sangat minim dan sangat masih labil..moga alloh swt mengabulkan harapan dan cita cita kami dalam memajukan islam karena MAQOMADIN ILLA BIL MAL…agama tidak akan bisa berdiri tanpa harta …
salam..trime kaseh di atas tips2 tersebut ye dato’..trpegun sye m’bce…rupenye ade cara menarik utk memikat hati pasangan..ade antara tips itu telah sye lakukan…terharunye..hehe..
apepn,,sye akn ikut tips2 ini yg bersesuaian dgn si dia…trima kaseh…wassalam..
Assalamu’alaikum…
Terima ksh byk2 Dato’
Tips yg Dato’ bg ni akan sy terap kan dlm diri sy….
mudah-mudahan sy cepat2 d pertemukan jodoh…..
Salam…
saya selalu mengidamkan saya menjadi wanita seperti yang diatas..tetapi hati saya seakan tertutup pabila saya sering gagal mendapatkan cinta hati saya..mgkin sbb tiada jodoh..saya berharap hati saya akan terbuka
lagi.
askm dato..bgus mklumt yg yg dato bg ni..saya akn amalkn..
salam…
tema kasi Dato’…
tips2 yg amat berguna untuk semua…
semoga ia membantu sesiapa yg ingin mencari pasangan idealnya…
nice dato . sy arp bnyk lg la perkongsian yg dibuat . lg bek perbanyakkan tentang agama islam yg kni hanya sekadar nama sahaja buat remaja zaman skrg .
Assalamualaikum,,,,Dato..
Saya sangat terharu membaca petua ini….saya akan berusaha
salam ….. bnyak panduan yg boleh di ikuti dalam perkongsian ni…bukan sekadar petua tpi jua panduan yg brguna jua….trima kasih dato….
Assalamualaikum Dato’,
terima kasih atas petua n tips utk m’cari pasangan..saya telah diceraikan suami..sy seakan fobia nk cari psgn baru tkt terkena mcm perangai bekas suami n takut nk kawin utk kali ke 2..tkt menguasai diri dgn apa yg bekas suami buat..mungkin dgn tip2 Dato’ beri sy akan lebih berhati2 memilih pasangan.. saya harap Dato’ dpt memberi tip bg sy lebih yakin nk cari psgn baru..
Salam dato’ mintak artikel ini yer.. nak letak kat blog saya…
terima kasih yer.. atas panduan berguna ini….
salam sejahtera.
saya amat gembira bercampur terharu bila saya membaca artikel ini.
ya, perempuan juga berhak untuk memulakan perhubungan, atau meluahkan perasaan.
saya ada kawan baik, lelaki. sangat rapat. saya sukakan dia. lebih tepat, saya sayangkan dia.
saya dapat rasakan yang dia tak sayangkan saya seperti mana saya sayangkan dia. tapi saya enggan terima kenyataan itu.
pernah dan untuk beberapa kali, saya telah melahirkan dan meluahkan perasaan saya pada dia. adakalanya dalam bentuk gurauan.
tapi dia tetap begitu. dia tidak mahu berbicara tentang perasaan. selalu dia elak. lagilah saya merasa yang saya cuma bertepuk sebelah tangan.
tapi kenapa? dia boleh melayan saya seperti saya melayan dia. kenapa dia tak boleh mengasihi saya seperti saya mengasihi dia? apakah saya terlupa, bahawa “cinta tak boleh dipaksa”?
lalu setelah hampir dua tahun saya menaruh hati dan menyimpan perasaan terhadap dia… saya meminta dia memberikan jawapan setulusnya dari dia, terhadap saya..
katanya.. dia tak snaggup nak beritahu saya yang dia tak sayangkan saya sebab takut saya berkecil hati, bersedih dan tidak berkawan lagi dengan dia.
apakah itu alasan yang terbaik? apa itu alasan sebenar? boleh diterima?
saya kecewa. tapi kenapa saya seakan boleh mengagak itu yang bakal berlaku. saya dan dia bakal berpisah.
apa bolehkah saya kembali menaruh hati, berharap dan berserah, kemudiannya.. redha dan pasrah.
askum dato,
ingin meminta sedikit nasihat..baru2 ni saya ada menjalin hubungan dengan seseorang,tetapi baru ni sy ada ada mendengar cirita yang tidak baik ttg nya dan pada hari itu jgk lah dia langsung tidak panggilan atau msg sy..sy mula sangsi…bila sy dpt berckp dgn dia sy tuduh dia bkn2,dia mtk pts dan dah dpt pengganti sy..tetapi sy msh syg kn dia…sy nk kn dia blk…sy sedar akan kesilapan sy…tlng dato bg pandangan dan cara untuk dapatkn dia blk..sbab sya br tahu dia cr pengganti sy sbab kecewa dgn sy n msh syg kn sy…tlng dato,sy nk mtk cra untu k dpt kn dia blk….
Dato’ salahkah sy klu nk memilih pasangan lelaki yg sama atau lebih tinggi pelajarannya dr sy?
Untuk pengetahuan dato’ sy dtg dr keluarga yg agak susah dan mempunyai adik-beradik yg ramai.Tambahan pula sy merupakan anak sulung dan 7 lagi adik sy masih bljr.sy merasakan tanggungjwb sy untuk membantu kluarga.sy mahu lelaki yg ada sumber kewangan yg kukuh dan sy boleh membantu keluarga w/pon sdh berkahwin.
Bolehkan kita berdoa mintak dkurniakan pasangan yg seperti yg kita mahu?
Boleh x dato bagi doa untuk mendapatkan jodoh??
assalamualaikum dato’…
sblm ini, sy ada mngenali seorang prmpuan.p’tama kali melihatnya, hati saya telah t’tarik tetapi sy tidak menaruh hrpn kerana dia t’lmpau baik,dr kluarga berada, pandai menjaga agama dan blh dikatakan cukup smpurna. hggalah suatu hari, dia b’terus terang bahawa dia juga m’pnyai perasaan t’hadap sy. then, sy pun menerima cintanya. seminggu kemudian, dia m’beritahu bahawa dia telah m’beritahu tentang hubungan kami kepada keluarganya. tiba2 sy terkejut ibunya tidak mengizinkan kami meneruskan hubungan t’sebut kerana keluarganya tidak mahu menerima menantu selain daripada org kelahiran johor. untuk pengetahuan dato’ sebelum bapanya meninggal,bapanya telah b’wasiat supaya anak2nya berkahwin dengan org kelahiran johor. harap dato’ dapat membantu bg mslh yang sy hadapi. terima kasih.
Salam Dato’,
Saya baru jer break off. sayaa tak sangka hati saya jadi keras. susah terima salam perkenalan. apalagi bak berjumpa. rasa macam ok. tapi bila sampai masa nak sembang jadi keras hati. jadi saya diam. saya rasa terluka kat hati.
salam datao’. trima ksh dgn maklimat dato’, saya suka pada seseorang lelaki ni, sya suka die masa 1st sy jmpe die, sy malu nk ckp sy ske die, smapai lah 1 hari sy dpt thu die baru terima seorang pepempuan, agak nya sy xde jodoh dgn die kot, sbb sy nk bgthu die sy ske kt die, tp tbe2 kwn sy bgthu die dah terima perempuan tu, tapi ade beberapa org kawan sy ckp rupa sy dgn rupe die ada iras ckit, mak n adik2 sy pun ckp bnde yang sama jgk. ape yg sy kne bt dato??? tgu die ke?, cari lain ke? sy keliru sagt sy xthu nk bt pe… saat sy nk lupe die, msti ade perkara yg bt sy xbleh lpe die, kadang2 sy fkir sbb nye perkara tu mnunjukkan sy x perlu lupe die atau sja nk uji kekuatan hati sy berfikir tuk lupe die….. pernah dlu saya die bdk tu kdg2 sllu pakai baju warna yg agk2 sama,,, pd pendapt dato’ ape yg perlu sy buat???
Assalamualaikum dato’…
terima kasih kerana bagi petua yang berguna kepada semua.saya da 2 tahun x de awek.saya da jaga ape yang dato’tulis kan tapi saya masih lagi x jumpe perempuan tu.mungkin dato’ leh tolong.
salam dato’….
saya nk tnye laaa…
sy berusia 21thn…
sy konfius ble plh psangan…
ble llaki yg sy nk msti kuarga x kenan laa…
keje nye x tentu laaa…
smpai skrg sy x da psangan lg…
tp dato’,sy dh 5thn menanti seorg llaki yg sy ske…
dr zman skolah lagi…
dier slalu lyn sy mcm awek dier smpaikn 1 thap sy dgr je lau dier da prob ngn ex dier dlu…
dgn hrapan mgkn 1 hari nnt dier akn terima sy….
lpas dier dh ptus ngn ex dier upe nye dier kata sy kwn baek dier…
tp dlm mse yg sme dier syg sy n jge ati sy baek sgt n rapat ngn fmily sy n penah tdo umah sy n dier llaki pertama wat mcm tu dlm hdup sy….
dier muncul n hlang mcm tu je,kre mcm tnggelam timbul…
sy x pham npe dier mcm tu….
smpai skrg dato’ dh 5thn sy pndam dlm ati ni n dh trus trang kat dier tp dier xda kata ptus…
just bg hrapan je kat sy…
ape pndapat dato’,adakah sy ptut tggu n trus menanti atau cbe lpas kn syg dkat dier mcm tu sje????
tlg sy dato’….
buntu sgt dh ni….
astaghfiruLLAH…maaf ya….hmpir d semua point pd bahasan di atas adalah tidak sesuai syari’at islam… apakah tuk cari pasangan maka kita harus menyibakkan aurat (suara, tatapan, zina hati, zina mata, dan sebagainya)??????????????????
na’uwdzubiLLAHi min dzaalik
assalamualaikm dato….apa khabar…?..sy mghadapi satu kemusykilan….pada saat2 akhir tamat pngajian d Intstut Pnddkn Guru pada november ini, sy tertarik dgn seorang gadis yg tua setahun drpda saya…perwatakannya, kperibadian, ksantunan mmbuatkan hati sy btul2 trtawan dgnnya.dia jga seorg yg mmliki pgangan islam yg kuat…sy tertarik dgnnya mlalui aktviti brsama kami smasa kami bramai2 pegi brkhelah & jga mlalui rakan sy..sblm ni memg sy knal jga dgn dia tp xlah rapat sgt…..sy mggangap dia hnya teman biasa saja….namun kini dia telah pulng ke negeri asalnya…sy trfikir utk mndekatinya dgn lebih dekat lagi walaupn sy mmpunyai nmbr telefonnya utk sy hubungi…..namun telah trlambat…pluang utk brtemu dgnnya pun agak sukar….dlm hati sy ingin mnginginkannya…pd masa yg sama hati sy masih merasa berat dan sukar menerima kehadiran mana2 gadis….adakh ini ptanda dia bukanlah jodoh sy.??…sy xkisah sgt kalo dia org yg jauh…walapun sy d sabah…Apa yg perlu sy lakukan bagi mengatasi masalah ini…..??..please…
assalamualaikum dato’…thankz very nice da information dato’… smoga sy mdpt jodoh yg baik utk bakal suami spaya dpt mbentuk keluarga yg dredai Allah… insyaallah 4 one nice day…amin…
Salam..dato’ thanx for the information..sgt berguna..
mohon share ye..
Salam dato’, terima kasih atas petua tersebut. Amatlah berguna, setelah muhasabah diri banyaknye kekurangan pada diri ini. InsyaAllah saya akan terus berdoa dan berusaha utk dapat bakal suami yg jujur dan ikhlas menerima diri sy ini, dapat bimbing sy ke jalan yg dredhai dan lurus. Amin.
info yg dato’ sampai sgt berguna…beri motivasi pada sesiapa yg membacanya..sy mohon utk share …
salam,
saya sudah berapa kali mencuba dlm percintaan (mencari jodoh), pernah juga saya terasa macam give up dlm mencari jodoh kerana setiap kali bercinta , tidak ngam, gaduh banyak, putus cinta walaupun saya sudah meminta doa,menerima dia seadanya, berubah dari yg buruk ke baik..segala-galanya sudah di usaha, tapi masih sering putus cinta dan patah hati yang teramat sangat. saya memberi ruang kepada hati dan minda selama mana saya tenang dan tawakal kepadaNYA. berdoa, sembahyang taubat, istikharah, doa selamat, meminta ampun maaf dengan parents, segala-galanya saya usaha, tawakal kehidupan baik-baik belaka dan jodoh datang. setelah sekian lama saya single, akhirnya saya bertemu dgn seseorang, dan ada keserasian yang byk antara kami berdua. saya cuma keliru, adakah dia jodoh saya atau sebaliknya. ada saya baca byk buku, guna sepenuh hati/deria/deria keenam,sembahyang..saya buat smua….dan sebenarnya deria keenam saya mengatakan, YES..tapi saya keliru , takut, phobia utk brcinta lg,,,,ada sesiapa yangboleh membantu saya..
terima kasih
Assalamualaikum Dato’, saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan Dato berkenaan dengan jodoh sebagai isteri kedua atau ketiga. Adalah seseorang itu sememangnya telah ditakdirkan bermadu. Saya bertanya kerana ada di kalangan rakan yang masih tidak bertemu jodoh sehingga lewat usia kerana kebanyakan yang ditemui adalah suami orang. Adakah beliau sepatutnya menerima hakikat ini sebagai takdir jodohnya bermadu?
SALAM buat semua teman2..
kak sekadar ingin membantu ANDA dalam pencarian jodoh di zaman siber ini..
sekiranya teman2 punya akaun FACEBOOK..ianya memudahkan lagi usaha ANDA.
DENGAN LAFAZ BISMILLAH, SILA KLIK:
http://tinyurl.com/2dmkdzn
TAWARAN UTK 500 TEMPAHAN TERAWAL YANG MEMBUAT PEMBELIAN DARI LINK DI ATAS, ANDA AKAN DIBERIKAN BEBERAPA DOA BERASASKAN ALQURAN BAGI MEMUDAHKAN LAGI ANDA MEREALISASIKAN HASRAT ANDA..INSYAALLAH
tip yng berguna….tuk aku hahaha…yang masih dalam pencarian…huhuhu
terima kasih dato…
saya menyukai seseorang dan saya yakin ada response yg positif…saya dapat rasakan melalui ‘body language’ dan ‘eye contact’ yang dia tunjukkan…tapi dia ‘bisu’ tak mahu bersuara…maka saya pendamkan saja perasaan saya itu….saya akui…memang sakit…
saya nak tanya…i ni ada masalah…i x pasti iya nya besar atau keci… macam biasa…masalah remaja iaitu cinta…umur i da 21…tman leleki i da 23..kehidupan kmi sederhana je(x kaya)..kmi da kenal 5thun…dia da kenalkan i dgan keluarga dia sjak kami mula kenal lg…i je x pena kenalkan dia dgan kluarga i..(atas sbb2 tertentu)..tp sekarang ni i dgan dia tengah duduk berjauhan…da setahun lebih x jumpa…tp memang sejak kenal lg kta jarang berjumpa…so itu da jd pekara biasa…tp dlm berjauhan sms atau cll x pena ptus…stiap hari tanya khbar…hubungan kmi ok…makin hari mkin sayang…i percya dia…dia pun mcm 2…tp masalah i kt cni…dia x mpunyai kad pengenalan…dan pasport…tp dia bukan warga asing…dia d lahirkan d malaysia..tp mgkin d sebab kan kewarganegaraan ibu bapa dia..dia da banyak cara untuk mndapatkan ic…tp smua nya x berhasil…da tu mggunakan kos perbelanjaan yang tinggi..dia x mampu..i pun x mampu nak tolong dia…
baru2 ni…dia ajak i kahwin…tp i x tau nak bg jwapan ape..i nak…i syang dia..tp i fikir..macam mana dgn masa dpan i nti…masa dpan anak2..
i tkut klu smua 2 akan memudaratkan masa depan kmi nti…
tolong la..apa harus i bt…i x dapat fikir da…klu dia jodoh i…apa harus i buat…demi masa depan nanti..
Salam Dato..saya nak tau, sekiranya seseorg itu dah jadi janda, wajib ka atau perlu ka org lain tau? Sekiranya dia merahsiakan statusnya sebagai janda, adakah ianya salah atau betul?
Assalamualikum dato
terima kasih atas tips2 yang dato bagi..
saya ada kenal seorang lelaki dari sekolah lagi, smpai la sekarang saya masih berharap dengan dia, walaupn banyak kali sy bagi peluang dekat dia untk dia knal sy, tapi dia tetap masih tidak dapat memahami apa yang saya perlu dari dia,saya hanya mahukan perhatian n layanan yang sedikit istimewa dari dia, xlebih dari tu..tapi dia xpernah tunjuk perasaan dia dekat saya, smpai la awal tahun ni, saya buat keputusan untuk breakoff dgn dia, sbb sy ragu2 dengan dia..sy xtahu sape sy pada dia, bagi saya xde guna sy tngu dia lama2..tp sekarang ni dia still contact sy, n baru nk tujukkan yg dia perlukan sy, sekarang ni sy xtahu adakah sy perlu bagi pluang dkt dia or baik sy tinggalkan dia..sy takut klau sy bagi pluang nnti dia akan berubah jadi seperti dulu
salam..terima kasih diatas petua yang diberikan..semoga ianya bermanfaat buat diri saya
ssalamualikum dato
terima kasih atas tips2 yang dato bagi..
Sye sblum..nie prnah mempunyai..pasangan dan setiap kali hubungan iut bermula ia akan bertahan cuma selama 3 bulan dan putus atas bnyak alasan semua itu memihak kepada gadis tersebut antranya ialah ada orng ketiga,dan tidak sefahaman dan sekarang sye takut dan trauma untuk mengenali mna2 gadis kerana takut dikecewakan sekali lagi dan di permainkan perasaan ini tolong..lah dato selesaikan masalah sye apa harus sye buat….sekarang sye susah nk percaya kpada mna2 wanita lagi…
Assalamualaikum…
sye dah berjumpa ngan pasangan hidup sy dan kami dah pun mengikat tali pertunangan..dalam tempoh pertunangan ini dia penah curang kepada sy.dia berjanji xkan ulangi perbuatan itu lg,tp sampai sekarang sy masih lg xdapat lupakan kecurangan dia.dan sampai skrg juga,sy xdapat maafkan bekas kekasih tunang sy.apa pandangan ustaz mengenai hal ini.
komen..
sy suak ruangan data ini..jd sy pn nk juga timba ilmu melauli petua..
suka cara penyampaian data
menarik,boleh dijadikan panduan kepada semua org yg sedang mencari atau tengah menjalinkan hubungan tak kira yg dah kawin atau belum.. ^_^
assalamu’alaikum Dato’..bagaimana pula dengan insan2 yg ditakdirkan Allah tidak akan mempunyai jodoh atau pasangan seumur hidupnya?..Dato’ ada apa2 petua,nasihat atau motivasi untuk insan2 sebegini tak?..
alhamdulillah atas tips2 yang datuk berikan….ia amat penting bukan sahaja untuk mendapatkan jodoh tetapi juga boleh digunakan sebagai muhasabah diri…penilaian diri sendiri jika sekiranya ada di antara sifat dan sikap kita yang perlu diperbaiki….
jodoh pertemuan telah diteapkan dengan cantik olehNya….jika dengan usaha pun sudah tetapi belum juga bertemu…maka redha lah dengan ketentuannya….bukannya salah kita sehingga orang boleh menyatakan kita tidak ingin mengikut sunnah …tetapi perlu juga diingat masih ramai di luar sana yang sampai ke sudah tidak bertemu jodoh…jangan salahkan takdir….yang penting kita kuat kan iman, semangat dan beranikan diri tempuh cabaran…..rasanya tak berdosa pun kalau tak dipertemukan jodoh di dunia ni selagi kita boleh kawal diri dan hindari diri dari melakukan maksiat…..insyallah…ada sinar kebahagian yang menanti semua……
assalamualaikum dato…
selepas saya membaca 60 petua untuk mendapatkan pasangan hidup,saya rasa bersemangat untuk mencarinya kerana sebelum ini saya rasa tak bersemangat untuk menjalinkan hubungan dengan mana2 kawan lelaki yang mahu mengenali saya lebih dari seorang kawan ini kerana ingatan kepada cerita lalu yang membuat hati saya tawar untuk memikirkannya…saya seperti hamba ALLAH S.W.T yang lain ingin di kasihi & mengasihi,selesai solat doa sentiasa d pohon agar d temukan dengan insan yang akan mengasihi saya & menjadi pelindung dunia akhirat…hubungan yang terdahulu selalu menemui kegagalan lantaran halangan dari ibu lelaki..Ada ketika saya cemburu tengok orang lain bahagia dengan pasangan masing2,tertanya juga bila pula giliran saya..
maklumat yang amat berguna. Saya akan jadikan petua itu sebagai panduan.
woa.. Ni dh bagus X)
salam..
sbelum ni,sy knal dgn sorg laki ni…kitorg mmg plan nk kawin nnti abis sy stdy. tp, mlm raya prtama,dia bgtau sy..dia kena nikah dgn sepupu dia sbab kena pnuhi amanat arwah pakciknya.hancurnya hati sy ms tu hanya Allah yg tau…sy dh cuba melupakan dia tp x dpt..sy mnderita sgt2 mnanggung perasaan ni…
sy mintak doktor tlong bg cara n doa yg dpt sy praktikkan untk lupakan dia…
Assalamualaikum… saya nak minta pandangan Dato’. saya ni jenis yang malu dengan lelaki.. tapi jika dah biasa dengan mereka, saya seorang yang memang suka berkawan.. dan juga jenis yang susah untuk terima cinta orang lain jika saya tak suka.. oleh kerana telah berkali-kali dilukai menyebabkan saya malas untuk mencari cinta.. baru-baru ini kawan saya ingin memperkenalkan saya dengan seseorang. pertama kali saya lihat facebook dia, saya rasa macam tertarik dengan dia. tapi shingga kini belum pernah bersua muka mahupun chating.. Saya juga belum menerima feedback daripada kawan saya tentang rancangan mereka untuk memperkenalkan kami berdua. jadi apa yang perlu saya lakukan dato’. perlukah saya terus menunggu, ataupun perlu kah saya yang bertindak terlebih dahulu? saya berharap sangant Dato dapat memberikan pandangan dan nasihat.
sama2 share…jadi panduan…
Salam… saya begitu tertarik dengan keluaran ni, tip yang berguna kepada yang belum atau yang sudah mempunyai pasangan.
terima kasih buat Dato’. this is genius.
to nayla: every argument by Dato’ has its own explanation, n of course in Islamic way. disini, tip2 itu mungkin secara umum atas dasar naluri sebagai manusia saja. in Islamic way or not it depends on how the others want to apply it. this is only the platform to help others, Muslims or non-Muslims.(do avoid narrow minded thinking n bias)
Islam is the way of life. Wallaahua’lam.
Assalammualaikum..dato’
sy ni bru ja mjalinkan hbungan dgn sorg llaki. tp llaki tu tlalu garang. hati lembutnya mjadi keras disbbkan dia breakoff dgn xgfnya sblm ni. sy mhon la gmna nk lmbutkan htinya. sy mcintainya tp dia sllu marah2 ja… dia sllu xbls sms sy atau angkat tlfn dr sy.. tlgla sy dato…
Assalamualaikum
Best juga baca motivasi & panduan ni, terimakasih Dato’ dan semue members pun ikhlas memberi pandangan, utarakan masaalah dan tak kurang juga bermotivasi untuk kekalkan hubungan, mencari teman dihati dan mengubat luka dihati.
Setiap org ada ujian diberi Allah swt, dan insyaAllah dgn nasihat Dato’ dan kawan-kawan di forum ni kita boleh membantu satu sama lain. I have this kind of problems also & now more positive to faced all the problems. Hopefully, all of us can become friend & may be able to meet up & we can have some positive activities to do together & at the same time continue to share kind thoughts & feelings and InsyaAllah all the problems will end peacefully.
assalamualaikum ustaz.. Saya ingin brkongsi cerita saya dengan ustaz, macam ni baru-baru ini saya baru je putus cinta dengan seorang gadis di tempat kerja saya, ia berlaku di sebab berlaku sedikit salah faham dan tiba-tiba gadis tu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan saya secara tiba-tiba, pada masa itu saya jadi kebingungan dan tak tahu nak berbuat apa-apa, puas saya cuba memujuknya tetapi tidak berhasil dengan alasan dia tidak mahu bercinta lagi dan ingin hidup sendirian.. Disini saya ingin mendapatkan nasihat daripada ustaz apa yang perlu saya lakukan untuk memiliki kembali gadis tersebut kerana saya betul-betul mencintainya dan berhajat untuk mengahwininya suatu hari nanti..
assalamualiakum Dato’….saya ingin bertanya.
ade diantara kawan2 saya berkata, kalu kite berdoa utk kuat kan jodoh dg bakal suami atau bakal isteri supaya kekal kejinjang pelamin,denga menyebut nama pasangan kita didlm doa tersebut adalah salah dn berdosa ..betul ke Dato’
tetapi kata nya kalu nama seseorang disebut dalam doa tahlil je boleh kata nya…harap Dato dpt jelas kan.
good article!! sgt berguna…
assalam…..sy dh berputus asa utk mncari psgn..sangat-sangat…
wwoooowww,, perlu dipelajari nich artikelnya,, bagus banget buat menilai calon pasangan kita.. thx