Advertise Here

8C Sebab Suami Benci Isteri

Posted on May 17, 2010 under Fadzilah Kamsah by

  • Share
  • Share

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

wanita-solehah8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…




Advertise Here

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

65 Responses to “8C Sebab Suami Benci Isteri”
  1. Yaz Ism says:

    Assalamu’alaikum Datok,
    Apa yang Datok sebutkan ada kebenarannya tapi lelaki tetap dipersalahkan bila sampai ke pengadilan. Suami mana yang tak sayangkan isterinya..? Bagi saya tiang yang kukuh tanpa sokongan yang kuat pasti akan jatuh. Suami sebenarnya tamak kasih sayang. Tapi sebaliknya isteri yang dulu begitu lembut, mendengar kata, pandai berhias dan sering menggunakan wangian tiba2 timbul salah satu dari 8C yang Datok sebutkan. Mana suami tak beralih pandang? Nanti suami juga disalahkn.. eh.. eh.. ehh..
    Tak patut…

  2. iman akhir says:

    x patut…..x patut…

  3. idah kamil says:

    Saya juga seorang wanita dan seorang isteri, adakalanya saya perhatikan memang ramai para isteri sangat cuai sehingga mempunyai sikap 8C sepertimana yang Dato’ senaraikan. Jadi nasihat saya untuk semua wanita dan diri saya sendiri, jangan lah cuai dan mudah berasa selesa sehingga kita lupa bahawa kita telah mengamalkan 8C ini tanpa kita sedari.

  4. danny says:

    Assalamualaikum Datuk Dr..

    Saya memang sokong pandangan serta kajian yang telah Datok lakukan.. memang saya akui.. kebanyakan permasalahan rumah tangga BERPUNCA dari sikap isteri berbanding suami selepas alam perkahwinan… 8C yang Datok huraikan sungguh bertepatan sekali dengan fenomena hari ini… wanita hari ni tidaklah seperti wanita dahulu yang penuh dengan ilmu agama, ciri2 keibuan dan hormat pada suami.. lihat saja cara pemakaian mereka ini yang telah jauh menyimpang daripada tuntutan agama, pakaian lelaki lebih sopan dari wanita, jika begini, layak kah mereka ini mendidik anak2 sedangkan mereka sendiri sedari awal tidak terdidik oleh ilmu agama…
    Saya sokong Datok..

  5. Wnzz says:

    itu semua alasan… knp isteri jd mcm tu? tentu ada sebab nya kn.. si suami plk kena cr apa sbbnya n ajar isteri dgn cara yg baik.. suami adalah pemimpin.. dia kena pimpin n bimbing isteri agar jd isteri solehah.. perempuan mpunyai hati yg lembut.. jika suami bimbing dgn ‘lembut’, isteri pasti akn jd isteri solehah.. percaya lah….

  6. Nurby76 says:

    Rasanya….taklah sampai ada 8 C perempuan/isteri/ wanita sekarang….antara 8 C tu mesti ada rasa cemburu dan cerewet….kalau tak cemburu, lelaki akan cuba test market kat luar…kalau tak cerewet..rumah dan anak jadi tunggang langgang…

  7. mmsofie says:

    saya rasai memang suami yangsepatutnya disalahkan kerana hati seorang isteri spt kerak nasi. Bilh air, dibubuh air lembutlah ia…Bila seseorang itu bergelar “isteri” selalunya isteri itu akan tunduk pd apasaja kemahuan suaminya serta menatang minyak yang penuh utk mengambil hati si suami sepenuh jiwa raganya….Namun kekerasan selalu berada dipihak suami yg mengajar dan memaksa si isteri berubah menjadi keras dan indipendent. tambahan pula apabila sudah berpuluh thn perkahwinan,segala kebosanan hanya akan wujud kononnya dipihak suami terhadap isterinya shj. Tetapi seorg isteri selalunnya akan tetap menganggap suami adalah segalanya melainkan kesabaran beliau telah dicabar suaminya ….Jarang berlaku isteri membuang suami, tp suami yg selalu mencari alasan membenci isteri mereka setelah bosan dlm kehidupan yg mereka sendiri tidak pandai menjadi pemimpinnya…….

  8. Kassim Selamat says:

    Salam Tuan Haji, kabare?

    Lagi satu. CERCA. Ada jugak para isteri yang suka mencerca atau menghina saudara2 sebelah suami, mungkin disebabkan kedudukan, kekayaan mau pun harta pusaka dsb. Wallahualam.

    p/s Pasal iku jaman saiki akeh rondo, baru rabi agik 2/3 taun, wes pegatan…

  9. hasmahhitam says:

    terimakasih, ilmu baru yang berguna untuk semua para isteri termasuk saya..insyaallah..

  10. raziah ab razak says:

    panduan yg amt berguna untuk para isteri terimakasih

  11. isnaizah ibrahim says:

    saya akn cuba perbaiki kelemahan yg saya ada.

  12. fadilah says:

    t.kasih atas panduan dato.tapi mcm mana klu isteri dh cuba buat yg tr baik tapi suami tetap jg cari lain.dh jmpa yg lain habis segala keburukan dcerita.x bagi kawin dia ceraikan kita.klu nak isteri cantik contohnya jgnlah kedekut wang utk isteri.isteri dh lahirkn zuriat badan dh x cantik apa salahnya belanja isteri utk memperbaiki semula susuk tubuh drpada buang duit utk org lain.hargailah isteri juga.balik keje 2 3 pagi perut lapar isteri masih boleh masakkn.siang hari pegi pasar jaga anak hantar anak seme isteri yg buat bila waktu rehatnya?cubalah renung sejenak wahai para suami….

  13. ariza says:

    Salam dato’..

    Terima kasih atas panduan n nasihat yg diberikan melalui 8C,saya akui terlalu banyak kelemahan setelah menjadi isteri dn ibu sepanjang hampir 13 tahun. Namun saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri dn melakukan yang terbaik untuk semua..

  14. yantoo says:

    Salam Dato’…
    Lepas ni dapat kiranya dato’ siarkan 20C kenapa isteri benci suami pulak..sama – sama ambil pengajaran…

  15. Misya Abdullah says:

    Betul tuu yantoo..
    Asyik2 isteri yang dipersalahkan..Kahwin adalah perkara yang berkongsi segala galanye bukan hanye di atas katil!!
    Apa yang ada dalam lelaki tidak ada dalam perempuan dan sebaliknya..Kalau check dalam quran, memang Allah bagi banyak keistimewaan kepada perempuan..contoh pandai, tanyalah anak2 dalam kelas,siapa yang paling bijak/no.1 dalam kelas..tadika, sek rendah mahupun menengah,kolej atau universiti..dan keistimewaan itu disalahgunakan oleh perempuan kini kononnya nak setaraf dengan orang lelaki..
    Islam adalh ugama yang berlainan dengan ugama lain sebab ia melibatkan dosa dan pahala
    Jadi,seorang suami yang sayangkan isterinya..satu sahaja Janganlah memberi isteri dosa walaupun sekecil2 sebiji pasirpantai..dengan otomatiknye, isteri akan taat dan setia kepada suami selama lamanye, Insya Allah..

  16. Perindudamai says:

    Slm Sejahtera

    Nabi ada bersabda, harta yg paling bernilai bagi seorang lelaki ialah isteri yg soleha.

    Maka beruntunglah seorang lelaki yg memilikinya. Masalahnya ramai lelaki sebelum berkahwin, dalam keadaan teraba-raba ketika mencari pasangan. Mereka lebih mengikut emosi dan nafsu. Selepas berkahwin baru terasa telah melakukan kesilapan memilih pasangan. Maka isteri yg tidak soleha ini cuba dididik. Tapi bukanlah mudah mendidik seorang wanita kerana seperti yg sering dikatakan, wanita mempunyai 1 akal dan 99 nafsu. Para suami hendaklah memiliki segunong kesabaran dan ilmu yg tinggi untuk mendidik isteri.

    Wallahualam

  17. seorang remaja perempuan says:

    sy ni dlu solat xtgl..tp pas sy ngn kekasih sy bgaduh, sy tgl suma n wt2 xtahu aje..kekasih sy tu mula nya suke mengongkong idup sy tp skunk dia dh berubah sbb dia sakit buah pinggang..sy frust sb knp dlu dia x jd cm y sekarang.. bkn senang sy nk kekal kn solat cm dlu.. kekasih sy pesan dia xnk sy hipokrit,so sy mmg jd diri sy y betul..tkt pas nikah nnt kami saling xboleh trima sikap masing2.. sekarang sy y xboleh trima dia sbb baru skrng dia nk berubh.. n sy sekarg berubh jd sorg hmba y derhaka.. adkh sy layak utk jd isteri dia wlupn dia xkesa sy mcm mna? sb sy tkt pas nikah dia menyesal..

  18. khairani says:

    Salam..saya juga seorang isteri,yang masih cuba memperbaiki diri menjadi isteri sejati,wpun diakui,ada C tadi yg terkena batang hidung ni.:)tapi insyaAllah..caiyuk!!moga Allah sentiasa berkati..Amin..

  19. Nukilan hati istri says:

    kalau tak ada 8c dlm diri istri tapi sang suami masih memandang yg diluar tu lebih dari istri…? sya merasa kan selama ni apa saya buat tak dapat perhatian dari suami sebalik nya klu yang baik dari luar akan dipuji… patut kah saya membiarkan perasaan saya bergitu saja dan menangis jadi hiburan..

  20. aslelo says:

    Lelaki sampai pada satu tahap hormannya pun meningkat so mulalah naik egonya…saja nak mencabar diri sendiri kononnya.Isteri yang baik macam mana pun tak dipandang juga…tp bila dah gagal terus frust menonggeng dan yang jadi mangsanya isteri dan anak-anak.Allah menjadikan hidup berpasang2, Walau siapapun isteri, kita haruslah redha dan tak perlu mencari kesalahannya kerana setiap dari kita tak sempurna.

  21. Shah says:

    Dato’ saya tida ktahu hendak bermula dari mana. Apa yang saya alami nie amat berbeza dari yang lain.Rumahtangga saya akan hancur dan tidak akan dapat diselamatkan lagi oleh kerana ego seorang wanita iaitu isteri saya.Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang suami daripada segi zahir.Tapi malangnyasaya sudah tidak terdayauntuk menahan ape yang akan berlaku.Saya masih sayangkan isteri saya. isteri saya memang sukar untuk dinasihati. Apabila susah nak dinasihati saya selalu dan terpaksa memberi message-message yang boleh menyakitkan hatinya..keran dia tidak pernah ambil tahu pasal diri saya dan tidak pernah menunjukkan kasih dan sayangnya pada diri saya. Saya terkilan sehingga hari inikami hanyalah duduk sebumbung sahaja sejak hampir dua tahun yang lalu. Saya merasa mamt sedih dan kecewa kerana sikapnya dan saya memang amat2 menyayanginya. Dia tidak pernah tunjuk kan simpati dan kasih sayangnya terhadap diri saya. Mayb dia hanya mahukan kesenangan dan kemewahan sahaja. Dia memang seorang yang lincah dan pada diri nya memang ada ciri2 8C, bantulah saya untuk mempertahankan rumahtangga saya. Kami sudah pergi kaunseling pejabat agama selama 3 kali tapi dia hadir pada hari yang pertama sahaja kerana dia tidak mahu dengar dan terima nasihat dpd pejabat agama.Saya pasrah dan buntu.perkahwinan kami dikurniakan 1 cahaya mata. Dan ini adalah perkahwinan kami yang kali kedua. Saya pernah bercerai sebelumbertemu jodoh dengan isteri saya, begitu juga pada dirinya. bantulah saya yang sedang buntu ini

  22. Masrina says:

    salam Dr dan sahabat suma,

    Saya akui 8C yg dr bincangkan ade baik jgk buat si isteri dan lumrah sebagai seorang isteri memang perlu elak ciri2 seperti ni, walaupun xsume.

    Sy ingin jgk berkongsi masalah yg dihadapi.

    Cemburu? sy jg ade sifat cemburu terhadap suami.tapi cemburu sy bertempat.Isteri mana x cemburu jika suami melayan seorang perempuan.sampai nk bermesej2 dalam laman web sosial sampai pagi.bila ditegur, katenya ..itu kawan adik saya la..awk pon kenal kan.xperlu la nak cemburu2..awk jangan kongkong saya nak berkawan dgn org lain..tersentak sy.walaupn kawan adik..tapi masih ade batasnya kan.

    kadang2 sy terpkir, kalaulah lelaki itu menjaga batas nya, dia tidak akan ramah sampai camtu sekali.kalau lelaki itu pandai menjaga agamanya dia akan tahu maksud isteri dia.

    sy juga akui suami menjaga solat dan seperti yang suma harapkan cuma dari segi pergaulan.dia agak kurang.Memang ramah & mesra tapi kadang2 tidak bertempat.

    Maaf, ini sekadar berkongsi.sekurang2nya disini tempat sy luahkan.Insyaallah, sy jg perbaiki cemburu saya dan sy harapkan suami sy jgk tahu menghargai teguran isterinya.

    Sekian.
    wasalam.

  23. shim says:

    ok..macam mana pulak kalau suami yg buat 8C ni???

    Isteri tak boleh cari lain..tak boleh berkenan kat yang lain…

    ohhh sungguh tak adil

  24. yatie says:

    adil ke semua nya kat perempuan..mcm mana benda ni semua lelaki yang buat…

  25. amir says:

    Saya rasa dah benci dengan isteri saya. Naik meluat. Salah saya pilih dia. Jenis perempuan tak sedar diri.

  26. Ida... says:

    Para suami slalu trlepas pndang bila isterinyer trlalau baik, lambut hati, lmbut kata2, x cmburu, mnjaga pnampilan dn rmahtangga dgn baik, mnjaga hati kluarga suami. Tp ada suami dr mula khwin hingga ada anak x prnah mjaga hubungan baik dgn kluarga isteri. Walaupn isteri sdah brkali-kali mmberitahu x snang dgn sikap acuh x acuh suaminya pd ibu bapanya. Malah Suami mncabar kesabaran isteri langsung x balik2 mnjenguk mertua walau sakit, knduri, kematian sedara mara, mmbuatkan hati isteri smakin jauh drpd suami. Wahai sang suami prkahwinan bkanlah ant. suami dn isteri shj, ttapi melibatkan 2 buah kluarga. Jgn salahkan isteri hilang rasa hormat pada suami jika suami x tahu cara nak mnghormati dn mnghargai apa yg ada pada seorang isteri yg setia susah senang brsama suami…..

  27. anne says:

    asskm..dato..rmhtgga sy dh hancur..tp dibina lg..tp xjgk pulih…sy xdpt terima atas semua prbuatan suami…hidup sy mnderita..sy memaksa diri untuk bhgia tp xdpt…suami terusmenerus myakitkan hati dan jiwa…sy memohon brcerai kali kedua tp suami berikrar tkkn ceraikn…sy telah memohon kt mhkamh tp mhkamah melewakan permohonan sy shgga setahun…sy punya bukti..report polis.. suami suka memukul…sy kecewa..mgkn sy xpakai lwyer sbb sy xmampu…dn xlyak BBG sbb sy berkerja…

    dato…awal perkahwinan hidup sy bahagia brgaduh jgk tp 5minit je settle…sy berkerja…pendapatan sy.. suami pegang selama 9tahun…sblum kahwin sy seorang yg kemas…dn bergaya…tp sederhana…slpas kahwin pergaulan sy disekat malah kwn perempuan pun xboleh…rmh makayah sy pun jarang2 balik..apalagi pergaulan dgan adikberadik…sy telan…kan suami lebih berkuasa…pakaian sy dikontrol…pakai yg comot2..makeup xboleh HARAM..berkerja HARAM bercakap dgn kwn laki shgga mnjadi isu ditmpat kerja…sy ikut walau amat trtekan…dsbbkn semua kontrol sy mcm xde khidupan…slps 9thn…suami mewah sy lekeh…10sen sy xprnh bg kt ibubapa sy tp duit sy diberi pd mertua…suami mula berubah…beralih pd org ke3…dgn staff offcenya…brpgkat lepasan ‘u’…malah melakukan mksiat brkali2…dr pgakuannya…brmulalah episode pukul sy…sbb sy mmberontak…sedih Dato…suami hidup senang atas penyeksaan jiwa sy…sy lari dr rmh hidup merempat kerja sy abaikan…sy hilang arah…2thn jiwa sy kacau…dr rmh ke rmh sy pindh randah…tida tmpt mnmpang…ibu sy marah dn tidak hiraukan sy krna terima suami kmbali…skrg sy msh brsama suami dn org k3…sy mngung diri dn anak2…sy beli rmh…mnyara khidupan sndiri…jiwa sy msh trseksa Dato…sudah 7thn berlalu…dn berlalu…

  28. Aku seorang lelaki says:

    Pada isteri2, jika suami nak bernikah lagi benarkan je la. Dengan syarat semua kehendak yang telah di tuntut samada dalam Al Quran dan Sunnah telah di patuhi. Tidak juga lupa syarat-syarat yang telah di tentukan pemerintah.

    Saya bercakap ini berdasarkan pengelaman saya ketika nak bernikah satu lagi. Tentangan dari Isteri sangat minima.Saya juga tertanya kenapa ramai di kalangan rakan-rakan saya terpaksa bernikah secara senyap, di luar negara dan pelbagai cara lagi. Sedangkan saya lalui mudah dgn JAWI dan Mahkamah. Terus terang saya bukan berpendapatan tinggi di mana lebih kurang 5K sebulan sedangkan Isteri kini tidak berkerja tetapi alhamdullilah saya dapat menyara keluarga mencukupi.

    Kepada suami yang ingin berpoligami, sebelum bernikah dapat restu ibu terlebih dahulu. Ini yang saya praktik dimana saya minta restu Ibu terlebih dahulu sebelum Isteri.Selesaikan semua masalah yang muncul, jangan lari dari masalah. Ini kerana masalah selepas bernikah lagi akan lebih banyak. Bernikah secara “Sah” samada di tuntut oleh syarak dan peraturan-peraturan yang di tentukan oleh pemerintah. Jika tidak, lepas nikah akan berlaku byk permasalahan. Masalah-masalah ini yang akan menggangu gugat pertadbiran rumahtangga. Ingat anda telah ada dua tanggungjawap keluarga.

    Semua perkara-perkara yang di janjikan kepada kedua-dua isteri di catitkan dan termaktub dalam kelulusan mahkamah. Dengan cara ini anda akan terikat serta bertanggungjawap terhadap semua perkara yang telah di janjikan kepada Isteri-isteri anda. Malah mereka berasa selamat dan mereka boleh membuat tuntutan kiranya anda mengabai mana-mana perjanjian. Keadilan masa, jika boleh pastikan anda dpt bersama mereka setiap hari. Contohnya saya: Jika hari ini giliran No 1, sebaik habis kerja saya akan pulang ke rumah No 2 dan pulang ke No 1 selapas Solat Isyak begitu la sebaliknya, kecuali uzur atau berkerja luar dearah. Jangan berbangga anda beristeri 2, kalau boleh jalani tanggung jawap anda sesenyap yg boleh tanpa di sedari oleh jiran, rakan-rakan. Isteri No 1, pada hemat saya bukan tidak boleh berkongsi kasih tetapi lebih daripada perasaan malu mereka. Saya hingga kini tiada sesiapa antara jiran serta rakan saya ketahui yang saya beristeri 2. Sebabnya rahsia rumah tangga tidak akan di ketahui orang lain jika bukan ahli dalam rumah tangga itu sendiri yang menghebahkan.

    Laksana tanggungjawap sebaik mungkin, pasti anda akan mempunyai masa yang padat dan dengan ini dapat menggurangkan masa terluang untuk berfoya-foya lagi di luar. Jujur saya katakan di sini, anda bernikah lagi satu pun di sebabkan kefoyaan anda sebelum ini juga.

  29. salam dato’,mntk izin tag artikel ini untuk tatapan yg lebih mudah dan cepat serta ilmu disampaikan berguna buat semua…timasih

  30. sari says:

    Dr.Fadzilah Kamsah,kekadang isteri jadi begitu sebab terlalu egonya lelaki.pengalaman saya suami sendiri tidak mahu berbincang untuk mnyelesaikan masalah,cuba melarikan diri,isteri terpingga-pingga sebab tak tahu puncanya.Bila ajak berbincang ,suruh jumpa di pejabat ugama,apatu.Kalau di rumah dia tak bercakap berbulan-bulan dgn isteri,tak mahu bersemuka di sana nanti apa nak di bincangkan,masalahnya bila isteri sudah berkali2 mohon maaf,tidak dipedulikan,dikatakan kita ni berpura2.manusia mana yang tak pernah buat salah,bila buat salah mesti nak minta maaf pada yg punya diri.Minta dijelaskan apa kesalan yang saya telah lakukan,tak pula dijelaskan,supaya dapat diperbetulkan,Tak tahulah dah setahun lebih saya begini,Sekarang saya bertawakal aje kepada Allah.Supaya Allah buka kan hatinya,Isteri kalau dah jatuh hati dan sayang pada suaminya,walaupun buruk sikapnya masih boleh terima,dan boleh memaafkanya.Kenapa suami susah benar….?Tak faham!

  31. Jan Haroon says:

    Saya juga akan cuba memperbaiki diri sendiri. InsyaAllah. Terima kasih diatas teguran ini.

  32. mamat says:

    Salam…kalau Dato’ boleh senaraikan 50 langkah untuk suami, 50 langkah juga patut disenaraikan untuk isteri…

    Dalam senarai 8C, patut ditambah 1-M = MALAS… Malas masak, malas mengemas rumah, malas bangun pagi, malas nak bantu suami dari segi kerja-kerja rumah yang si suami tak sempat siapkan…malas nak layan suami dari segi kelengkapan suami(menyiapkan baju,tempat tidur yang bersih, ect)

    Malas juga untuk melayan keluarga mertua…”layanan plastik” mungkin…

  33. ELLY says:

    jika seorang suami juga dapat memahami kebencian isteri tentu rumah tangga akan aman,yg ader perlu kejujuran dan yang penting semua untuk isteri cinta dan sayanglah allah lebih dari suami kerana jika berlaku sesuatu kita tetap boleh berdiri sendiri walaupun terluka.

  34. nie says:

    maklumat yg sgt berguna…ada tk pendapat utk mengubah c yg ke 5 …. cemburu…

  35. ainulhayat omar says:

    Isteri selalunya nak jadi yang terbaik buat suaminya tetapi kadangkala tersasar kerana tiada pedoman dalam melayari bahtera rumahtangga…Sebab tulah perlunya ilmu dan selalu munasabah diri sendiri ….Berjaya aku dalam hidup berumahtangga….????????????

    Prinsip ini bukan saja isteri je tapi seluruh ahli keluarga kita….barulah terbentuk keluarga sakinah…..Isteri hari ke hari HARUS BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK BUKAN SEBALIKNYA…. CONTOH DULU CEMBURU 100% sekarang 60% dulu bergaya zaman anak dara sekarang lagilah BEEERGAYA….. kerana SI DIA ada sentiasa disebelah…..siang malam sentiasa tengok kita…..

    harap semua cuba dan terus mencuba menjadi yang lebih baikkkk

  36. ita says:

    Salam …. Saya nak tanya macam mana nak bagi suami sayang isteri,dan supaya suami hormat isteri tu (bkn utk menunduk) sbgi seorg isteri,dan nak menjadikan suami tu seorg yg rajin membantu isteri,ringan tangan….terima kasih…

  37. isteri y di benci suami says:

    assalamuaikun dato….
    saya ibu muda yg berusia 21 tahun….
    sy tidak pernah mencabar beliau,nak katakn sy mulut celupar tak ada lar sangat,tiap2 ari saya bersolek nya untuk beliau,mner ada perempuan y tidak ada perasaan cemburu,saya x cerewet,sy seorang y pembersih(tak mungkin saya cincai menjaga anak dan buat kerja rumah)adakalanya saya cuai tidak ada hampa allah yg sempurna 100%…
    tidak akan ada wanita yg sanggup lakukan seperti yg saya lakukan setiap hari..
    setiap hari saya akan letakkn tuala mandi dlm bilik air,letakkn ubat gigi,siapkn sarapan,pakaikn stokin,bukakkn pintu panggar untuknya….
    beliau mula membenci saya apabila saya tahu yg beliau ada hubungan sulit dengan wanita lain…hubungan mereka sama usia anak kami iaitu 8 bulan…
    apa y perlu saya lakukn….???
    agar saya dapat semula kasih sayangnya….????

  38. m.farizal says:

    Memang ramai p0n pompuan2 & wanita2 yg mengamalkan 8C ni!!!! Yg ade tu dah nak menopause p0n masih tak sedar2 lagi!!!! Meluat aih!!!!

  39. Shamsul Azli says:

    Assalamualaikum Dato’
    Terserlah, apa yang dato tulis amat bermakna pada saya dan semua yang membaca. akan tetapi..adakalanya amat kusut di fikiran bila memikirkannya.
    contohnya seperti sya..sya baru berkahwin (perkahwinan kedua) setidak tidak sya memerlukan kebahgian yang lama hilang akan tetapi.. di kaala ini bagaimana harus saya alkukan skiranya isteri sya seperti indah kabar dari rupa.. -
    1- sikap malsnya amat ketara-kalu bab mengemas rumah jauh sekali..selama ni sya yang mengemas
    2- dia suka makan – tapi alhamdulilah sejak kahwin, dia mula rajin dan belajar masak… akan tetapi ikut selera dia.. nasib baik lah saya tak cerewet.. tapi malas nak kemas dapur lepas masak
    3-cemburu x bertempat…. kawan sekerja, rakan lama semuanya nak tahu terutama perempuan…. culuplah sekadar kawan je
    4-suka ungkit kisah lama saya walhal dia tak wujud ketika itu… kisah silam dia, sya x suka amik tahu…kisah silam
    5-binatang peliharaan- selamani sya yang mandikan, bersihkan toilet, makan minum, kencing berakdan sebagainya, saya yang buat semua setiap hari pagi dan malam, sy memang suka binatang tapi dia yang pilih pastu beli makan je .. sya yang buat semua..macamana ni..
    6-mulut..masyaallah.. x leh diam.. menceceh je .. entah apa yang dia nak pun tak yahu.. hinga tahap bila buka mulut je .. darah saya naik…
    7-suka ikut orang- HIGH maintainance- menyam[pah sya .. dulu dia tak macam ni.. sejakberkahwin adan berkawan dengan rakan sekerja dia–nak macam macam, nak tu ni pegi melancing lah.. . yang sakit hati tu.. semu nak kita tanggung.. banyak cantik.. dulu sebelum kahwin dia kata “apa abang makan sya makan” tapi sebaliknya lak.. selama ni Semua bill rumah, Bil api, air, sewa rumah, kereta,Telefon, anak,malah sya Duit ASB LOAN atas nama dia pun sya yang bayar… dia masih kata saya tak bagi nafkah.. sya habiskan semua total dekat RM2500… x cukup lagi ke..
    8-sembahyang… entahlah.. sya pun tak tahu nak kata macam macamana.. di rumah dalam almari sda 7-set Telekung.. tapi macam, sekadar hiasan je…
    ada ke patut bila di tegur “kenapa tak sembahyang…jawabnya belum sampai seru”
    9-adakalanya saya x tahan dengan sikap isteri saya, saya pun tak sempurna.. mana mampu nak menangung dosa orang lain…

    entah lah dato’ sy adakalanya suka berada di tempat keja.. hilang pemasaalahan seketika..sya tak suka campur adukan kerja, masyarakat dan rumah..
    tolong dato’ macamana harus saya lakukan..
    adakalanya sya menelefon keluarga mertua sya..minta pendapat dan nasihat..

  40. Iqqisaa says:

    Askm Dato’, saya rasa saya x de 8c ni… Tp ape2 tetap saya yg salah…sehingga dlm family dia, Bkn salah saya, saya yg Kene minta maaf… Sehingga saya merasakan perkahwinan ni adalah satu beban… Demi anak2, saya nak suami saya kawin lain…Sbb klu saya bercerai saya x mampu nak bela anak saya…juga sian anak2… Mungkin Sbb saya bodoh Dan wajah membosankan, walau berhias mcm manapun x cantik….

  41. Iqqisaa says:

    Askm, Dato’ sepekara lg saya nak tye…tentang perbelanjaan harian saya… Semasa bujang saya berkerja sebgi pengurus jualan, Hasil dari jawatan saya Dulu, saya Ada downline… Dan post saya sebgi area sale manager… Saya berkahwin dgn bos saya, Dan skrg dia suami saya… Saya d suruh jd Suri rumah, perbelanjaan Utuk diri, rumah, bill sek anak, bill letrik duit dapur seme pakai duit commission tu Sbb katanye dia yg uruskan budak2 downline saya skrg… So Kira commission tu duit nafkah katanye…Tapi klu x cukup comm tu saya sain kad je… Dulu dia marah saya buat cam tu, Tp bila dia tgk saya mcm sengkek je,…. Jd skrg dia diam je.. Mungkin dia malu org Kate kot, bos pki smart2 Tapi anak bini mcm miskin… Yelah dia income sebln 50k, x kan bini mcm bibik… Comm saya Biasanye lebih kurang dlm lingkungan 1 – 2.5k, mmg besar income tu, Tp bila suami saya commitkan letrik berair-con bgi, jd sebln klu jimat2 pun 150 sebln, yuran anak sek 280 sbln, yg lain2 lg…jd amat beban gak buat saya…jd mcm mn Ye Dato’ adakah ia category nafkah… Atau duit saya ..

  42. suamikecewa says:

    Asalamualaikum Dato,

    Setelah membaca 8c ni memang saya akui saya susah tersilap memilih isteri,bila sedap mata memandang sakit hati di dalam,kadang2 terfikir mengapalah dpat isteri sebegini.saya berkenalan dengan isteri begitu singkat selama 1 thn terus bernikah..tanpa usul dan mengkaji tentang kelurganya..saya tidak ambil peduli semasa perkenalan.namun setelah berkahwin terkejut dengan apa yang saya lihat pada keluarga isteri..dan terdetik dalam hati aku telah silap memilih..keluarga isteri tidak solat dan berpuasa nombor ekor sudah menjadi kemestian dan bila kena nombor suka buat makan besar satu family.isteri pula hatinya keras seperti batu,kuat melawan,tidak hormat mak ayah saya..berlakon bila berada dirumah mak ayah saya.dan lebih suka bila berada dirumah maka ayahnya..isteri begitu suka mengikut cakap familynya daripada suami sendiri..saya bnr 2 menyesal dapat isteri sepertinya..hanya kerana demi anak2 saya teruskan jua bahtera perkahwinan saya..yang saya tidak tahu dimana penhujungnya..

  43. su says:

    Suami juga perlu melihat punca kenapa berlakunya 8C itu. Bukan mustahil kalau ia berlaku berpunca dari suami sendiri. Dalam rumahtangga tiada yang sempurna. Give and take. Insya Allah tenteram

  44. panglima says:

    Sebagai suami yang waras dan kekal sedar, ingin menyambung kehidupan bekeluarga bersama anak isteri bukan didunia, malahan wawasanya adalah di akhirat iaitu syurga.

    syurga adalah tempat yang menerima suami isteri yang terbaik pada pasangannya.Beramal soleh pada pasangan kerana Allah dan bermatlamat ingin
    bersama nanti di syurga Allah, nasihat suami diterima dengan terbuka, teguran isteri dipertimbang untuk diubahsuai dengan kehendak isteri.

    Menang menang antara pasangan. Suami sangat pantang isteri yang terjerit-jerit, meninggi suara dan moody tidak kira tempat dimana sahaja..

    Rasanya isteri juga tidak suka dan benci sikap suami gitu..
    Lakulah pada pasangan kita apa yang kita suka pasangan kita buat pada kita..
    dan sebaliknya..

  45. Lily Putih says:

    As salam…
    Pertama sekali, tahniah Dato’ satu artikel yang menarik di baca dan dibuat utk muhasabah diri. tidak semua isteri-isteri mempunyai 8C..mungkin satu atau dua..terpulang kepada individu tersebut. kelebihan Suami melengkapi kekurangan isteri..begitu sebaliknya…cuma apa yang ingin saya tekankan kepada suami…senantiasa menegur isteri sekiranya melakukan perkara yang tidak disukai..jgn dipendam..tegur pun biarlah dgn cara berhemah..nada yang lebih lembut…isteri xmungkin tersentuh apatah lagi kalo pasangan sudah berumahtangga lama..nada dan cara suami akan berubah..tidak seperti masa baru berumahtangga…itu kenyataan…untuk suami pulak jangan ketepikan pandangan isteri…marah atau tempelak kepada isteri…dengar dan baru difikirkan pandangan isteri..tak salah mendengar..just sharing d ideas…

  46. rosmaria says:

    Datok..saya sangat setuju dengan 8C yang diutarakan.Betul dan tepat mengikut pengalaman yang saya alami sepanjang 15 tahun saya di alam rumahtangga.

  47. The Lee says:

    8C ni adalah sebahagian. Banyak lagi sebenarnya. Apa pula yang wanita tak suka suami lakukan. Inipun perlu diajar kepada suami. Jangan hanya wanita sje yang perlu jaga suami tapi suami..buat dek jeee…Kononnya dialah raja dalam rumahtangga..

  48. azura says:

    suami saya sering pukul tak boleh silap sikit angkat tangan kadang pernah tendang.perkataan bodoh,perempuan lain pun tak macam ne.kalau kita nak sampaikan ada kawan-kawan cerita tak baik saja pada keluarga kita.jawab nya jangan buat cerita dan lalu mencarut terus kena tampar,tumbuk tolak kepala.saya menjawab kenapa tak jumpa orang yang bawa mulut kenapa saya jadi mangsa,saya hanya cerita apa saya tahu.mungkin saya tak pandai cara untuk bertutur dengan cara berlapik.Apa salah saya, saya cuba tidak bergaduh saya banyak bersabar.hakikat nya hakim mula pergaduhan.tahap kesabaran seorang isteri ada batas,sampai hina dan dia juga tahu saya ada perubahan diri tidak cepat melenting dan banyak bersabar.Dalam rumah tangga isteri kena pukul teruk sekira isteri melawan balik untuk protect diri anggapan si lelaki pada perempuan bagaimana?

  49. bersihkah hati says:

    salam…suami …tapi tidak mempraktikkan maksud ‘suami’ yg sebenarnya…juga tidak mempraktikkan maksud perkahwinan dan rumah tangga….sia2….jwb saja di akhirat kelak….

  50. mohd zin says:

    susah nk ckp! klu kedua-duanya tak ada persefahaman nk bela diri masing-masing yg si isteri kata ci suami tak adil dan suami kata isteri tak pandai jaga hati suami inilah namanya umat akhir zaman tp tak apalah cuba bacah kisah di bawah ini

    Kenapa pada hari ini gelas itu tidak diberi padaku

    Perna suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kangen. Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tiba Rasulullah SAW dirumah dan beristirahat melepas lelah. Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk Sang suami. Lalu minuman itupun disuguhkan kepada Rasulullah SAW. Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut tiba tiba Aisyah berkata “ Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”. Rasulullah SAW diam dan hendak melanjutkan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebagian air yang tersisa di gelas itu Aisyah r.a meminum air itu dan ia langsung kaget terus memuntahkan air itu.Ternyata air itu terasa asin bukan manis. Aisyah baru tersadar bahwa minuman yang ia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah r.a langsung meminta maaf kepada Rasulullah.
    Itulah sebagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. Dia memaklumi kesalahan yang dilakukan oleh istrinya, tidak memarahinya atau menasihatinya dengan kasar. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahwasanya akhlak yang mulia bisa kita mulai dari lingkungan terdekat dengan kita. Sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada istrinya”. Semoga kita diberi taufik untuk bisa meneladani akhlak Rasulullah SAW

  51. mohd zin says:

    bacalah kisah cerita di bawah ini

    tajuk:Kenapa pada hari ini gelas itu tidak diberi padaku

    Perna suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kangen. Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tiba Rasulullah SAW dirumah dan beristirahat melepas lelah. Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk Sang suami. Lalu minuman itupun disuguhkan kepada Rasulullah SAW. Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut tiba tiba Aisyah berkata “ Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”. Rasulullah SAW diam dan hendak melanjutkan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebagian air yang tersisa di gelas itu Aisyah r.a meminum air itu dan ia langsung kaget terus memuntahkan air itu.Ternyata air itu terasa asin bukan manis. Aisyah baru tersadar bahwa minuman yang ia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah r.a langsung meminta maaf kepada Rasulullah.
    Itulah sebagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. Dia memaklumi kesalahan yang dilakukan oleh istrinya, tidak memarahinya atau menasihatinya dengan kasar. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahwasanya akhlak yang mulia bisa kita mulai dari lingkungan terdekat dengan kita. Sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada istrinya”. Semoga kita diberi taufik untuk bisa meneladani akhlak Rasulullah SAW

  52. wanita malang says:

    Sy ingin berkongsi mslh sy..sy ingin menjadi isteri yg baik..sy bekerja siang mlm untuk suami n ank2 tp layanan suami sy sungguh mengecewakan! A- z sume sy wet sy coz sy phm suami bergj kecil..apa yg sy mahukan kasih syg dari seorng lelaki.bergelar suami! Zahir die x mampu tp batin sy pn d seksanya! Pernah jd gado besar hanya kerana sy meminta batin..sehingga ank2 yg tido pn blh bgn terjaga! Ya. Allah…malunya aku dpn ank2 dn aku malu pd diri aku sendiri spt aku ni perempuan yg jijik! Mcm2 suami aku katakan seolah2 aku sudah slh MEMINTA dari lelaki yg begelar suami!!! Kalo perempuan lain d tempat aku pasti x sanggup dn malu pd diri.sendiri…Dosa seorang isteri meminta nafkah batin dari suami? Bukannya ari2 tp sebulan sekali! Puas d ajk berbincang..tp jwbnya aku yg pikir bkn2! Xkn penat bekerja sampai sebulan sdgkan die bekerja office hours lainlah aku keje berdiri blk waktu mlm lak tu… Bile aku bc msj yg d bual ngn rakannya xde isu lain asyik seks aje…aku meminta die ceraikan aku sb aku dh x blh semuka ngn die kerana malu dn hina btl rasa diri ni..tp die xnk lepaskan aku..katanya kalo aku nk sgt cerai pegilah tuntut sendiri…kalo dari mulut die sendiri jgn harap die lpskan!!! Itu yg aku.binggung nape.die xnk.lpskan.aku…kalo die sygkn aku xkn die sanggup wat aku menangis ari2.. n sanggup memukul aku???
    P

  53. Jep SiPemalas says:

    wahai kaum hawa. Saya bagi pihak lelaki ingin mengatakan bahawa. Ak sebagai suami kamu telah memikul tanggung jawab yang besar, untuk menjaga kamu dan anak-anak. Ak layak keneraka jika gagal berbuat demikian. Tolong fahami kami, tolong ringankan beban kami. Kami hanya mahu kaum hawa(isteri) taat kepada kami(suami). Bukankan syurga kamu kaum hawa(isteri) berada dibawah tapak kaki kami(suami). Patuhilah arahan kami dan ingkari lah arahan kami jika arahan kami itu mengundang kemaksiatan dan dosa.Kami(suami) akan ditarik oleh mu(isteri) masuk bersama mu ke neraka jika kami tidak menghalang mu dari melakukan dosa. Dan kamu amat mudah kesyurga jika kamu mentaati kami(suami mu).
    Jangan lah merungut jika suam menyuruhmu ambilkanya air, janganlah merungut jika suami menyuruh mu mengurut badannya. Bersangka baik adalah amalan mulia.

  54. Jep SiPemalas says:

    wahai kaum hawa. Saya bagi pihak lelaki ingin mengatakan bahawa. Ak sebagai suami kamu telah memikul tanggung jawab yang besar, untuk menjaga kamu dan anak-anak. Ak layak keneraka jika gagal berbuat demikian. Tolong fahami kami, tolong ringankan beban kami. Kami hanya mahu kaum hawa(isteri) taat kepada kami(suami). Bukankan syurga kamu kaum hawa(isteri) berada dibawah tapak kaki kami(suami). Patuhilah arahan kami dan ingkari lah arahan kami jika arahan kami itu mengundang kemaksiatan dan dosa.Kami(suami) akan ditarik oleh mu(isteri) masuk bersama mu ke neraka jika kami tidak menghalang mu dari melakukan dosa. Dan kamu amat mudah kesyurga jika kamu mentaati kami(suami mu).
    Jangan lah merungut jika suam menyuruhmu ambilkanya air, janganlah merungut jika suami menyuruh mu mengurut badannya.

    Pada suami pula. Janganlah layan isteri anda seperti binatang. Walaupun kamu ketua keluarga tp ingat kamu bukan Tuhan kepada isteri kamu. Layani lah isteri kamu dengan penuh kasih sayang. Pimpinlah isteri dan anak-anak mu dengan kelembutan dan ketegasan, bukan kemarahan dan kekasaran. Jauhila lah keluarga mu dari melakukan maksiat dan leka dari melakukan ibadat. Bersangka baiklah ianya amalan yang baik.
    Agar keluarga kamu mendapat Keredaan dari Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

  55. AWEKCUN says:

    suami kena belajar

  56. AWEKCUN says:

    suami kena belajar cara menjaga hati isteri,asik isteri jer kena jaga hati suami,,bila isteri wat salah mula x bercakap,,tugas suami tegur kesalahan isteri bukan diam sampai x tegur isteri…

  57. fida says:

    Assalamualaikum Dato’…

    X tau mcm mn hrus sy mulakan crita…Sy tkut utk bcerita perihal rmh tgga krn tdk mhu di ketahui org dan sy x mhu suami sy di pndang rendah/hina oleh org lain. Sy tlh bkhwin dan mpnyai sorg chyamata dan kni msh tggl brsma org tua krn x mmpu myewa apatah lg mbli rmh. Suami sy seorg y sgt baik hatinya, sgt sygkan ank & isteri. Sy pun sgt sygkan suami dan tlh ttpkan dlm hati dialah suami sy hgga akhir hyt. Blm pnh lg tniat d hati utk mncari llaki y lain wlupun mslh kewangan mghantui sy mlh sy cba mmbntu ape y ptut asalkan kami bahagia.
    Buat ms ini suami sy tdk mpunyai kerja ttp krn mbntu ayah sy y mpunyai bgkel krta.Ikutkan hatinya dia tdk mhu bkrja dgn ayah ekoran gj y kecil. Dlm ms y sm puas sdh dia mncri kerja tp msih blm ada rzki(mgkin ssb mmlih sgt krja / inginkan gj y tggi ekoran komitmen kami). Nsb baik sy mmpyai krja y mn gajinya ckup utk sy andai suami mmpyai krja ttp.
    Utk pgtahuan Dato’ sjk kami bkhwin hgga saat ini, sgla pblnjaan (kereta,ank,hutang & etc) sy y uruskan. Tp tdk bmkna suami tdk pnh mberi wang kpda sy. Suami sy bkn jns y kdkut…asalkan ada wang pasti d hulurkan pd sy biarpun sdkit. Sy x bniat utk mjtuhkan maruah suami apatah lg mmndang rndah pdnya. Cuma…sy sgt2 kesiankan keadaan suami sy y mn dgn tdk mpunyai krja ttp pasti ada y mmandang hina pdnya hggakan sy mnangis.
    Pnh sy cdgkan pd suami y sy mhu mcri duit lbh dgn bniaga / part time tp x di izinkan. Bolehkah Dato’ mberi pndangan / nasihat agar rmhtgga kami kekal bhagia hgga akhir hyt…

  58. nobody says:

    salam ustaz,
    sejak berkahwin saya merasakan bahagia sementara sahaja. suami kerap marah2 dan cepat naik angin. masuk anak kedua suami mula buat hal. saya jumpa condom dan ubat2 yg sewaktu dgnnya yg saya tahu bukan dignakan brsama saya. pantang ditanya mesti naik angin. saya ambik tindakan sabar dan diam diri. kami jarang bersama.2 bulan sekali pun sgt payah. sepanjang perkahwinan dia tidak pernah meminta. sehingga saya rasa jijik dan hodohnya diri ini. berhias pula saya dimarahnya. nafkah zahir tidak prnah diberi, kecuali dia bayarkan duit kereta rm800. ansuran rumah, anak anak sekolah, babysitter dan bill semua saya langsaikan. saya bekerja membantu dia mencari rezki.
    tp hal rumah, anak2, semua saya yg fikir dan buat. badan saya letih, saya sabar. tp jiwa raga saya tersiksa. patutkah saya terus setia padanya? tolonglah saya. saya tidak mahu derhaka padanya.

  59. june says:

    saye x tergolong dlm 8c diatas, …. suami saye cari lain jgk, suami saye baik, bkn lar kaki prempuan, cume dtg dari gangguan dri seorg perempuan yg sangap nk kawin, … dlm hal ni, knape llki cari lain jgk? lyn pompuan lain jgk.. pdahal dh berbelas tahun kawin, saye faham die dn die faham saye, tapi knape cari pompuan lain jgk??? adekah lelaki ni terikut2 dgn sunnah nabi,.. konon sbb mampu sgale ker or dh mmg lelaki ni mcm mne skli pun mmg korang xkan duk setie kt satu jer…. msti mate, nafsu hati duk fikir pompuan lain wlupun dh ade isteri, … alasan jer ckp isteri tu teruk, ape salah bimbing > betul kn dlu, klu isteri tu dh mmg degil lantak la nk benci pn… hisshhh, … tau salah kn perempuan jer…. ini tidak adil!!! .. :P

  60. ima says:

    as salam,rasanye sy antra isteri yg btuah dpt suami yg baik.sy ada bc komen wanita malg diats,sy simpati jd sy rs ada baiknya wanita malg bt aduan kat pejabt agama je dan tggu apa tindakan dr pihak pjabt agama.

  61. travel murah says:

    9C…. (k)curang cantikk.. makasih ya sharenya,,, bagus buat pencerahan supaya kita lebih mengerti suami dan bisa lebih baik lagi..thx

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. [...] yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang [...]

  2. [...] Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting [...]

  3. [...] Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting [...]

  4. [...] Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting [...]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!