Advertise Here

Aurat…? Adakah kita sedar akannya?

Posted on October 1, 2010 under Islam by

  • Share
  • Share

Aurat Wanita

“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”

Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini?




Advertise Here

Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.

Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?

Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)

Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.

Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.

Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan di akhirat kelak. Amin…. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

14 Responses to “Aurat…? Adakah kita sedar akannya?”
  1. NIK MOHD SUHAIMI NIK YAHYA says:

    Kenapa di hospital ada Doktor lelaki juga boleh menyambut kelahiran? Kebanyakan wanita yg ditanya berasa malu apabila doktor lelaki yg menguruskan kelahiran dan ramai suami yg rasa sakit hati kerana lelaki lain yg menguruskan kemaluan isterinya walaupun sewaktu bersalin. bukankah ramai lg doktor wanita dan jururawat wanita di Malaysia ini, jadi tidak perlu dan tidak timbul keadaan darurat kerana wanita masih ramai dan boleh menguruskan perbidanan..kecuali lah kalau memang dah pupus jururawat/ doktor wanita baru boleh org laki yg uruskan. Dalam Islam…haram lelaki menyentuh wanita yang bukan muhrim apatah lagi doktor lelaki yang memeriksa bukaan rahim wanita dengan memasukkan jarinya ke dalam faraj wanita dan menyambut kelahiran. Jadi persoalannya kenapa tidak ada kaum wanita yang tampil menuntut hak mereka agar bidang perbidanan mestilah di uruskan oleh kaum wanita dan bukannya lelaki. Saya pun hairan????

  2. NIK MOHD SUHAIMI NIK YAHYA says:

    yg jd persoalan sy kenapa tiada wanita yg bersuara utk perjuangkan agar ‘bidan’ mestilah doc/nurse pompuan. kalu ada apa2 komplikasi dan masalh barulah blh doc laki sekiranya hanya dia yg ada kepakaran….tetapi kalu setakat check bukaan rahim dan sambut kelahiran biasa tu xperlulah doc lelaki.- ini pun berkaitan aurat juga

  3. miraa chan says:

    sungguh amat lah sokong mengenai fact yang dikeluarkan oleh nik muhd suhaimi nik yahya di atas . masyaAllah semoga dijadikan panduan dan dapat buka minda semua umat Islam serta timbul kesedaran terhadap diri saya mengenai artikel ini insyaAllah:)

  4. saufi says:

    dari apa yang saya nampak kebanyakan doctor pada zaman kini hanya mementing kan wang oleh kerana berkhidmat sebagai doktor perbidanan di sector kerajaan tidak menguntungkan jesteru ramai doctor perumpuan lari kepada sector swasta kerana mendapat pulangan yang lebih lumayan, jadi hanya yang tinggal di sector kerajaan hanyalah kebanyak kan daripadanya doctor lelaki dan hanya segelintir sahaja doctor perempuan, oleh kerana demikian wujudnya sistem di mana darurat sengaja di ada ada kan bagi memboleh kan doctor lelaki yang menyambut kelahiran, jadi ibu bapa hanya bergantung kepada nasib sama ada doctor lelaki atau perempuan yang akan menyambut kelahiran nanti,saya sendiri juga akan mendapat cahaya mata tidak berapa lama lagi dan hanya yang saya mampu di hospital kerajaan sahaja kerana pendapatan saya yang agak rendah seandainya doctor lelaki juga yang menyambut anak saya nanti memang saya tidak akan memaaf kan doctor tersebut selama lamanya, saya pasti jika di tanya kepada doctor lelaki itu adakah dia sangup bagi orang lain tengok dan pegang kemaluan isteri dia nescaya die pun tak sanggup..sekian….( rintihan hati seorang bakal bapa)

  5. Sue says:

    saya sokong sangat dengan saudara nik mohd suhaimi dan saudara saufi…. pertanyaan tu sering kali menjadi buah mulut segelintir pihak tapi sayangnya, ia tak pernah dibawa ke tengah untuk menjadi perbincangan hangat….dan dulunya saya fikir, xde suami atau lelaki yang berfikir mengenai perkara sebegini….buat setakat ni, baru saudara je yg saya jumpa, memberi soalan sebegini…..alangkah ruginya, bile wanita ditegur supaya menutup aurat dan disuruh menjaga pemakaian mereka, bertudung litup dan sebagainya, tapi bile mereka mengandung dan masa utk melahirkan anak, aurat dan maruah mereka dibiarkan sebegitu shj….agak2nya, mana lah perginya maruah seorang suami dan maruah seorang isteri sehinggakan perkara sedemikian dipandang remeh…!!! sering kali, doktor atau pihak trtentu mmberi alasan, itu hanya utk menyelamatkan nyawa….adakah doktor dan jururawat wanita yang lain dah xwujud kat malaysia ni…? sungguh pincang sistem yang wujud kat dalam negara ni….!! dah lah masyarakat zaman sekarang hidup penuh bergelumang dgn maksiat, hidup dgn benda2 lara….dtambah lagi dgn perkara2 sebegini….alangkah pincangnya masyarakat…waallahua’lam….

  6. Sue says:

    dan persoalannya saudara Nik…perkara sebegini bukan hanya perlu dituntut oleh wanita sahaja….ia perlu dilakukan bersama….sepatutnya, setiap lelaki yang bergelar suami juga wajib untuk menuntut hak untuk para isteri mereka…. jika si suami disuruh supaya memerintahkan isteri, anak2 perempuan, saudara2 perempuan mereka supaya memakai pakaian yang menutup aurat….kenapa mereka tidak menuntut supaya aurat isteri mereka dijaga apabila isteri2 mereka mengandung atau bakal melahirkan anak….waallahua’lam…..

  7. siputbaby88 says:

    saudara saufi.. kalau begitu jangan hantar isteri untuk bersalin dihospital……………………………………………………………………………………………………………………………………..

  8. kadang terfikir juga kenapa ade yang mempertahankan tak mahu menutup aurat.

  9. amira says:

    kalau di US, kami ada hak untuk required female doctor . Service juga sangat bagus .

  10. akhyar says:

    patut post kt para artis kat malaysia ny…

  11. lulu says:

    Islam membenarkan beberapa situasi untuk lelaki menyentuh perempuan . Kalau dah tak de doktor perempuan , adakah anda sanggup membiarkan isteri anda terberanak sendiri ? … Islam tidak lah 100% melarang komunikasi antara lelaki dan perempuan . Tetapi dibenarkan bila didalam perubatan , transaksi perniagaan dan beberapa contoh yang lain . Tetapi bila ada keperluan . Kalau macam tu tak payah la beli nasi lemak dekat mak cik ,tunggu lah sampai suaminya datang ?.. Aurat memang perlu dijaga kerana itu kewajipan lelaki dan wanita . Tapi bila tidak ada pilihan kenapa ramai yang mahu mempertikaikan perkara yang dibenarkan didalam agama. Kadang-kadang kita yang membuatkan sesuatu perkara tu susah , padahal agama memberi kelonggaran

  12. Hamba Allah says:

    Bagaimana pula aurat antara perempuan dengan perempuan?

  13. betty says:

    Salam..saya amat setuju dgn lulu..bukan perempuan sengaja untuk m’dptkan khidmat doc lelalki ttp jika darurat atau doc wanita tiada…perlulah doc lelaki..dlm islam dah ckp membolehkan, tidak usah dipersoalkan…byk lagi perkara yg harus kita ambil berat yg tidak berlandaskan agama, knapa perlu persoalkan pasal beranak depan doc lelaki jika agama membenarkan….tgk kpd situasi la…xyah kaum adam nk sakit hati sebab doc lelaki tolong untuk melahirkan bayi anda sendiri..xyah nak sakit hati sebab isteri anda tgh tersgt sakit nak berank….bersyukurlah sebab adanya pakar sakit perempuan kat malaysia nih…kalau mcm tu knapa anda kaum adam yg x puas hati nih sahaja yg belajar utk jadi doc jer..kan senang….MasyaAllah…

  14. Yusran says:

    cadangkn tempah wad pg kat hospital swasta mcm pusrawi dn az zahra kat bangi ataupun kat hospital putrajaya bberapa bulan sblum brsalin, kat situ doc pmpoan yg smbut baby kalo x silap

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!