Bintang All Black peluk Islam
Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat. Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.
Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.
Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas.
Advertise Here
Bulan Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos – semasa All Black mengambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa terakhir persediaan pasukan bagi menyiapkan diri bertanding dalam Piala Dunia.
Menurut sahabatnya, Williams sering hadir menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Christchurch.
Naib presiden Persekutuan Pertubuhan Islam NZ, Javed Khan, berkata bahawa komuniti Muslim memang sedia maklum tentang hal itu.
“Beliau mengamalkan agama dan beliau telah menjadi contoh yang baik untuk remaja. Kami berdoa supaya beliau akan memenangi Piala Dunia untuk kami. Semua orang bercakap tentangnya. Dalam komuniti Islam, setiap kami mengenali setiap seorang yang lain.”
Kedua-dua pengurus William, Khoder Nasser dan mentornya yang juga bintang liga dan peninju, Anthony Mundine (gambar mereka bertiga), adalah Muslim, begitu juga dengan adiknya Johnny, yang tinggal dengan beliau di Christchurch.
Kawan William, Tairek Smith berkata yang dia selalu bersembahyang bersama William sejak beliau memeluk Islam Sunni dalam satu majlis di masjid Regent’s Park di barat Sydney pada 2008, iaitu masjid yang juga dihadiri oleh Hazem El Masri (gambar), bekas rakan sepasukannya dalam Kelab Canterbury Bulldogs.

Me and my bro on our way to celebrate eid with the community! Can't wait alhamdulillah - via Sonny Bill Williams Official FB
Pengurus All Black, Darren Shand (gambar) berkata kepercayaan agama bintang tersebut mempunyai kesan yang “minima” kepada pasukan.
Katanya: “Beliau telah memberitahu kami tentang keperluan dietnya dan kami memang telah beri kelonggaran. Kami sediakan daging halal dan lain-lain dan beliau tidak memperbesar-besarkan isu itu.
“Kami tidak membawa agama dan benda yang berkaitan dalam sukan ini. Itu adalah kehidupan peribadi mereka dan mereka yang menentukannya.”
Bila ditanya jika amalannya itu bercanggah dengan falsafah All Blacks yang menggalakkan pemain-pemain supaya berfikiran bebas dan berdikari, Shand berkata Williams adalah seorang yang jenis “menyerap” informasi.
“Itulah sebabnya beliau berjaya dalam semua sukan yang diceburi. Beliau hanya tandakan semua kotak. Dia ingin menjadi yang terbaik.”
Sejak memeluk Islam, Williams berusaha untuk tidak mengulangi insiden-insiden memalukan yang berkaitan dengan alkohol.
Beliau sekarang ini sedang menjalani latihan bersama kelab Crusaders bagi menghadapi kempen Super Rugby dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut.
Source: Berita Islam Global























alhamdulillah..
tapi…
dia bukan ke pakai TATU???
Alhamdulilah….
Danish,
jangan ketingalan zaman ye..
yang penting dia dah bertaubat & pembuangan tatu yang memudaratkan tidak dibenarkan…
mcm mane ngan tatu kat tangan dia tu dato.
Tatu tu sebelum dia masuk Islam lah. Kalau dia makan babi before masuk Islam, korang nak suruh dia samak perut dia ke? hahaha
Salam.
Tatu itu sebelum dia memeluk Islam. Sebelum memeluk islam, dia tidak mengerti. Yang penting, tu semua masa lampau dia . Yang penting, ISLAM itu Allah yang beri. Hidayah itu Allah yang beri..
jgn kondem org lain yg xthu…sama2 kita kongsi ilmu…
anyway, alhamdulillah
Islam itu indah..
So..jangan memberi comments yang merosakkan keindahan itu sendiri.
Bila seseorang memeluk Islam di bagaikan dilahirkan semula.. cuma tatu 2 akan menjadi aurat dan seboleh2 perlu menutupnya supaya org lain x lihat… x payah pening2..hehehe…
Tapi nk smyg cmne kalau ade tatoo?
alhamdulillah, mudah-mudahan yang lain turut dapat hidayah.
Assalamualaikum..
aku tngok tatu kat tngan dier tringat masa duduk di Sarawak…ade satu hari tu aku join sorang kawan ku nie yg mmg aktif dalam tabliqh.. n then kitorang pon brtolak ke markas tabliqh Kuching, Sarawak trletak di Semerah Padi..aku trkejut bila tngok ada sorang dalam kalangan jemaah tabliqh nie tngan dier penuh tatu..kalah william nie, kiri kanan ada siap warna-warni lagi tatu dier…pastu biler ditnya rupa2nya dier baru masuk ISlam…Alhamdulillah..dier nmpak sngat baik, peramah… wlaupun tatu penuh ditngan…
tatu tu ustaz azhar kate xperlu nk bersihkan sbb mnde tu time die jahiliah die wat.memudaratkan die klo nk bersihkan.amek wudhu dikira sah wudhu die gak.blaja agama jom.mnde remeh je tatu tu.aslkan die istiqamah ngn islam alhamdulillah