Buaya Di Port Dickson, Penafian MB N9 Kurang Meyakinkan
Jan 18, 2010 General
Jika benar dakwaan ada buaya di pantai Port Dickson, reptilia itu telah tersesat dan tidak mungkin boleh hidup lama disebabkan sukar mencari makanan berbanding habitat asalnya, Kosmo dipetik.
Pensyarah Institut Oceanografic Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Sulung Ibrahim berkata, kehadiran buaya di kawasan pantai bukan sesuatu yang mustahil kerana ia boleh hanyut dan dibawa arus pada waktu banjir.
“Walaupun secara rasionalnya buaya dari muara Sungai Linggi tidak mungkin hanyut ke Port Dickson kerana jauh, tidak mustahil jika ia datang dari sungai-sungai kecil berhampiran,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! Ahad semalam melaporkan insiden membabitkan seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima 50 jahitan selepas mendakwa dia diserang haiwan dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai itu pada 2 Januari lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan hari ini luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.



“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.
Banyak pihak berpendapat kenyataan MB Negri Sembilan adalah usaha kerajaan negeri untuk memulihkan keyakinan pelancong ke pantai Port Dickson yang terjejas akibat tersebarnya berita mengenai kehadiran buaya berkenaan.
Sekalipun jaminan diberikan oleh kerajaan Negeri Sembilan terhadap keselamatan pelancong, namun laporan pakar tidak jelas dan oleh itu masyarakat masih ragu-ragu kerana rakaman kehadiran buaya itu bukan sekadar rekaan tetapi adalah berserta dengan imej yang tidak dapat disangkal.
Kelibat Buaya Di Tanjung Tuan
PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya,” kata Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng, semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini, untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.
“Setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.
“Buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan,” katanya di sini, semalam.
IKLAN: Jom sertai Stormreaders Network! MLM 100% Berteraskan Syariah.
Stormreaders Network merupakan sebuah perniagaan MLM yang 100% menurut syariah dengan produk utama, buku-buku ilmiah dan himpunan doa & zikir oleh ikon-ikon Telaga Biru Sdn Bhd. termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Nor Bahyah, Irfan Khairi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin, Dato Ismail Kamus dan ramai lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.stormreaders.org
Incoming search terms for the article:
- buaya di port dickson
- buaya port dickson
- kosmo buaya port dickson
- buaya sungai linggi
- buaya teluk kemang
- serangan buaya di port dickson
- buaya linggi
- video buaya di port dickson
- kosmo newspaper
- buaya air masin di port dickson
- buaya di sungai linggi
- Port dickson
- buaya besar port dickson
- buaya di laut
- kosmo buaya
- berita buaya
- kosmo buaya di pd
- PELAKON YANG HILANG DI SUNGAI BRUNEI
- undefined
- kosmo gambar buaya di pd
Tags: Air Limau, Buaya, Hanyut, Jahitan, Kerajaan Negeri Sembilan, Kosmo Ahad, Macam Macam, Madya, Masjid Tanah Melaka, menteri besar, mesyuarat, Negri Sembilan, Oceanografic, Pantai Port Dickson, Perubatan, Sungai Kecil, Sungai Linggi, Sungai Sungai, Terumbu Karang, Universiti Malaysia Terengganu















January 21st, 2010 at 5:37 pm
dahsyat nyer,kalau saya tau dri awal tak nak lah melancoing pegi tempat tu huhuhu
January 24th, 2010 at 7:03 am
3 minngu lepas,kami penah ,menyelam kat situ di tanjung tuan..so far ok..tiada nampak benda yang pelik2..
February 24th, 2010 at 12:36 pm
Tah setau abg sam, slalu gaklah pi tanjung tuan tu tapi takde pon buaya ke apa, korang nie saja-saja buat cite hot nak bagi jejas kawasan perlancongan tue ke apa, sudah sudah lah ye close topik nie. Gambar tue pun agak meragukan, tah kat mana kau snap pun tatau lah. Hehehe.
July 21st, 2010 at 1:08 am
nama saya abg zul. pernah bertugas sebagai penyelamat pantai jpam selama 8 tahun sehingga terbinanya menara pertahanan awam dan unit jpam di sana. abg juga merupakan penyelam jpam yang berpengelaman. dah 60 kali dive belum campur lagi dengan cari mangsa lemas. abg juga lahir di port dickson dan abg pernah mengajar adik mardihah iaitu perenang termuda di malaysia. setahu abg kat p.d tu ada penyu, ikan alu2x, yu kecil2x dan biawak laut je. abg rase yang gigit budak tu bukannya buaya. kalau buaya dah lama kena pusing, sambar dan libas. abg rasa yu kecil tu atau biawak laut. biasanya dier tak gigit orang tapi kalau terpijak mungkin kot cam kucing dan anjing gak. kalau boleh abg nasihatkan mandilah kat tempat yang ada penyelamat pantai. sebenarnya laut p.d lebih selamat dari pantai2x lain kat malaysia sebab jpam sendiri pun dah jadikan teluk kemang sebagai pusat latihan penyelamat pantai dier termasuklah pasukan utk polis dan jpam. sepekara lagi abg nak maklumkan tak lama lagi abg akan gi menyelam kat sekitar p.d bersama penyelam yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk mencari kawasan karang untuk dijadikan taman laut. sebenarnya air laut lebih ringan dari air tawar, senang nak timbul. tak payah berenang hanya kawal ikut arus ke tepi laut. dulu abg pernah ajar budak rungus spesis bajau laut gak (sabahan)kat p.d. berejam-jam gak kami timbul. senang je timbul. kalau gemuk cam abg lagi susuh nak tenggelam. he4x. kalau dah jumpa kawasan karang nanti abg maklumkan. ok