PAS tidak gadai prinsip perjuangan – Haji Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

KOTA BHARU, 1 Nov: PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia berbeza jauh berbanding cara Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

“Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat,” kata Abdul Hadi.

“Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah sempena ulangtahun Pasti ke-25 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, malam semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno mendakwa PAS mengikut telunjuk DAP dalam Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengadai prinsip perjuangan asal parti itu.

Read the rest of this entry »