Advertise Here

Air Mizam Penawar Kencing Manis & Penyakit Kronik

December 14, 2010 by  
Filed under Fadzilah Kamsah, Haron Din, Islam, Ismail Kamus, Local News

Air Mizam merupakan satu produk dari Mizam World Resources sebuah syarikat yang ditubuhkan pada Mei 2010 beroperasi di Marang, Terengganu dan menjalankan perniagaan dengan plan pemasaran trading.

Mizam World Resources menawarkan satu produk yang unik yang mana hasil sumbernya merupakan Kombinasi Khazanah Alam Ciptaan Ilahi yang telah wujud beribu tahun dahulu untuk manfaat kita bersama. Sumber asli ini telah diguna dalam perubatan Islam sejak sekian lama. Hari ini pihak MWR telah menterjemahkan semula dalam masyarakat moden agar menjadi salah satu keperluan utama masyarakat hari ini dalam menyelesaikan permasalahan kesihatan di zaman moden ini.

Air Mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Read more

Awasi Unsur Syirik Jika Guna Kayu Koka

October 12, 2010 by  
Filed under Haron Din

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka?

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor Read more

Haron Din selamat jalani pembedahan kecil di IJN

October 18, 2009 by  
Filed under Haron Din, PAS

harondinwadKUALA LUMPUR, 18 Okt: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din selamat menjalani pembedahan kecil di Institut Jantung Negara dan kembali pulih.

Beliau dijangka akan keluar dari IJN pagi esok selepas membuat pembedahan itu.

Petang tadi, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi bersama Setiausaha Pemuda, Kamaruzaman Mohamad dan Exco Pemuda, Adram Yusof menziarahi beliau di IJN.

Haron kelihatan ceria sambil menunjukkan bekas jahitan pembedahannya kepada mereka bertiga.

Hari ini juga ramai para pemimpin PAS menziarahi beliau kerana hampir kesemua mereka berkumpul untuk menyertai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pagi tadi dan pada sebelah petangnya majlis rumah terbuka PAS.

Haron dimasukkan ke IJN minggu lalu untuk persiapan pembedahan ini.

Harakahdaily