Kalimah Allah: Lagi sikap KDN dipertikai
Jan 11, 2010 Husam
KOTA BHARU, 11 Jan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) seharusnya menangani isu kalimah Allah sejak awal lagi serta memberi penjelasan dengan baik kepada golongan bukan Islam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Husam Musa, berkata, PAS lebih mengutamakan permesyuaratan termasuk pertukaran hujah bagi melahirkan keharmonian pelbagai masyarakat di negara ini sejak sekian lamanya.
“Sebenarnya perkara ini boleh diatur di luar mahkamah, tetapi KDN amat lemah.
“Antara contohnya, kerajaan tidak pernah memanggil Majlis Fatwa bermesyuarat mengenai isu kalimah Allah ni,” katanya.
Read the rest of this entry »
Tags: Awal, Blogger, Gereja, harakahdaily, Isu, Kalimah Allah, Kapak, katanya, Kdn, Kementerian Dalam Negeri, Kickdefella, kota bharu, Masih Ada, mesyuarat, Mulakan, Rumah, Sahaja, Sikap, Yakin, Zaidi
RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN
Dec 31, 2009 Husam
KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.
Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.
Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.
Read the rest of this entry »
Tags: hari ini, Hulu Kelantan, husam musa, Isu, juta, katanya, Kera, kerajaan negeri, Kes, Komunis, Kota Baru, kota bharu, lapan, Namun, Peguam, Pengganas, Saman, sdn bhd, Sivil, UMNO
Laporan letak jawatan, provokasi ‘mematikan’ Husam
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha ‘mematikan’ karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.
Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.
“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
“Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.
“Agenda ‘mematikan’ saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.
Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.
Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Read the rest of this entry »
Tags: Akhbar, Awal, Cetusan Hati, Exco, hari ini, husam musa, Jelas, Karier, Kesal, mahu, Melanda, Mingguan Malaysia, Nik Abdul Aziz, nik aziz, pagi, Pas Kelantan, pemimpin, Rupa, Sikap, UMNO










