100 Ribu Rakyat Kelantan Solat Hajat 28 Jan Ini


  

KELANTANKira-kira 100,000 rakyat Kelantan akan berhimpun dan menunaikan solat hajat di Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini bagi menuntut royalti minyak pada Khamis, 28 Januari ini.

Perhimpunan raksasa itu di adakan ekoran kedegilan kerajaan pusat membayar royalti minyak seperti termaktub dalam Akta Petroleum 1974, demikian menurut penganjur, Dr Abdul Halim Yusoff yang juga Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).

Program itu melibatkan penyertaan parti-parti politik termasuk MCA, MIC, Umno, Gerakan, KEADILAN, DAP dan PAS. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin lain dari Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Mereka akan mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang dan juga bekas menteri kewangan itu dijangka menjelaskan isu-isu berkaitan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Nik Sapeia bersumpah nama Allah, dakwa dianiaya

nik sepiaKOTA BHARU, 17 Jan: Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyembur bahan berbahaya terhadap Tun. Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil mempertahan dirinya dengan membuat akuan sumpah menggunakan nama Allah.

Beliau berbuat demikian di kediamannya di Pasir Tumboh pagi ini.

Menurutnya, tindakan bersumpah dengan nama Allah itu dibuat berikutan perbicaraannya telah selesai dan hukuman telah dijatuhkan namun merasakan dirinya dianiaya.

“Hari ini saya bersumpah dengan Nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Wattallahi,demi Allah sesungguhnya saya dengan ini bersumpah tidak menyerang atau menyembur Tun Dr.Mahathir Mohamed sebagaimana yang dituduh kepada saya” ujar beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP).

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Pemangku Raja imam solat hajat di stadium

royal klantan4KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.

Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Tengku Fakhry saman Tengku Mahkota Kelantan

tengkufarispetraAda sesuatu yang bergolak di istana Kelantan apabila Tengku Muhammad Fakhry Petra mencabar kesahan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra melucutkannya daripada majlis pelantikan diraja.

Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai tengku mahkota Kelantan, kini dilantik Pemangku Raja Kelantan susulan kegeringan yang dihadapi Sultan dan dirawat di Singapura.

Tindakan anakanda ketiga Sultan Kelantan itu susulan surat pelucutan tersebut yang diterima putera itu daripada setiausaha kerajaan Kelantan, 16 September lalu.

Tengku Muhammad Fakhry, yang menang dalam kesnya terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot baru-baru ini, menamakan kekandanya itu, sebagai pemangku raja, sebagai responden.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Himpunan sokong Nik Aziz, signal rakyat Kelantan buat Umno

himpunan tak relaKOTA BHARU, 5 Dis: Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.

Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.

“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam.

Read the rest of this entry »

GEGAR Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan

Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR)

Sidang media pertama gegar yang diadakan di JKR 10 sebentar tadi.

Pengerusi bersama GEGAR Dr. Abdul Halim Yusof (Kelantan) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Terengganu) sedang menjawab beberapa soalan dari wartawan di sidang media sebentar tadi.

Pengerusi bersama GEGAR Dr. Abdul Halim Yusof (Kelantan) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Terengganu) sedang menjawab beberapa soalan dari wartawan di sidang media sebentar tadi.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) ditubuhkan pada 5 Disember 2009 yang mewakili Gabungan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terangganu (MAMPAT) yang terdiri lebih daripada 50 buah badan bukan kerajaan (NGO)

GEGAR akan:

  1. Mengembelingkan semua pihak tanpa mengira sempadan Agama,politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui pelbagai cara.
  2. Mengadakan Konvensyen Rakyat: Royalti Petrolium Antara Hak Atau Ehsan? Di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
  3. Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan,bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.

Dengan itu GEGAR mengesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.

Mohd Hisyamuddin Ghazali

Setiausaha GEGAR

Pinkturtle

Incoming search terms for the article:

(Gambar) Kembalikan Hak Kami Rakyat Kelantan

nikaziz1

“Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu, dia (BN) hendak tipu budak-budak dengan hantu boleh. Tetapi hendak tipu pengundi Kelantan tidak boleh,” – TGNA

Read the rest of this entry »

TGNA halang Umno hidup semula di Semenanjung

tokguruSeluruh jentera UMNO diarahkan untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) kerana dianggap sebagai penghalang kepada BN untuk bukan sahaja menawan Kelantan tetapi adalah sebagai dalang akan kemaraan Umno di Semenanjung.

TGNA yang tegas dan tahu niat jahat Umno walaupun cuba berpura-pura untuk berbaik-baik dengan Tok Guru. Selagi ada TGNA selagi itulah BN buntu.

TGNA paling digerun oleh musuh kerana doanya selalu ‘diperkenankan’. Lihat sahaja PRU12 yang lalu Tok Guru bersama 30,000 solat hajat dan bermunajat berdoa distadium Kota Baru dengan mengalirkan air mata didalam hujan renyai-renyai telah ‘dimakbulkan’ dan jika sekiranya solat hajat dan doa diadakan lagi di stadium bersama 30 ribu umat islam tidak tahulah apa kesudahannya.

Read the rest of this entry »

(Video) Betulkah 1,000 Orang Berdemo Di Kelantan?

suk kelantanAgensi berita negara, Bernama seperti yang dipetik oleh akhbar arus perdana melaporkan kira-kira 1000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Perkataan “kira-kira 1000″ itu ditemui di dalam isi kandungan beritanya tetapi tajuk beritanya pula lebih mengerikan iaitu “Lebih 1,000 sertai demonstrasi desak Nik Aziz minta maaf”.

Kontradiksi tajuk dengan isi berita sudah menjadi bukti satu pembohongan dan penipuan.

Sememangnya wartawan dan editor media arus perdana sengaja memberikan gambaran berlebih-lebihan terhadap apa jua demontrasi yang dianjurkan oleh UMNO BN dan para sekutunya disamping memberikan gambaran negatif terhadap mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Read the rest of this entry »

(Gambar) Ratusan demo bantah Nik Aziz isu doa laknat

011220091320Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Muhyiddin ingin gagalkan tuntutan royalti – Husam

Muhyiddin RoyaltiKOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.

Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas.

Read the rest of this entry »

Laporan letak jawatan, provokasi ‘mematikan’ Husam

husam musa parlimenKUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha ‘mematikan’ karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.

Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

“Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

“Agenda ‘mematikan’ saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.

Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Read the rest of this entry »

‘Saya tahu dalang pemecatan saya’

syed azidiEkoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) baru-baru ini, seorang pegawainya dipecat serta merta semalam.

Pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (foto) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun menafikan pemecatannya semalam ekoran tindakannya membuat laporan terhadap SPRM berhubung dakwaaan penyelewengan yang beredar di blog-blog.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – yang juga menantu kepada menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat – sebelum ini dituduh melakukan pecah amanah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Azidi juga menafikan memberi maklumat dalaman kepada ADUN Neggiri Mohd Yusoff Ab Ghani daripada BN berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Dr Asri sedia berceramah di Kelantan

dr asri nik azizKOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi.

“Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu.

“Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya,” ujar beliau.

Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah.

Read the rest of this entry »

‘Pesta banjir’ jadi rezeki peniaga di Kelantan

Kelantan yang mula dilanda banjir sejak semalam sebenarnya ibarat pesta bagi sesetengah penduduknya yang sememangnya menunggu kedatangan musim tengkujuh ini.

Bagi mereka, banjir bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan kerana ketika inilah bermulanya pesta mandi-manda ketika rumah mereka mula digenangi air hampir 1 meter.

Musim tengkujuh ini bukan sahaja memberi makna keriangan bagi kanak-kanak tetapi juga bagi peniaga kecil-kecilan untuk berniaga di tempat yang dikunjungi ramai seperti di Jalan Pantai Cahaya Bulan dan berhampiran Tambatan Diraja yang kedua-duanya terletak di Kota Bharu.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Kelantan dapat wang ehsan minyak

map-a18-edarKerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.

Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.

Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.

Katanya, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.

Read the rest of this entry »

Pemangku Raja sambut baik usaha Kelantan tuntut royalti

Pemangku Raja sambut baik usaha Kelantan tuntut royaltiKOTA BHARU, 20 Okt: Kerajaan Persekutuan diminta melunaskan bayaran royalti minyak terhadap Kerajaan Kelantan bagi pengeluaran petroleum di negeri itu mengikut perjanjian yang termaktub antara kerajaan negeri dan petronas sejak tahun 1975.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, yang menyambut baik usaha proaktif kerajaan negeri menuntut bayaran berkenaan juga berharap tuntutan itu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Baginda berkata demikian ketika bertitah merasmikan pembukaan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal yang kedua Dewan Negeri Kelantan yang ke-12.

Titah Tengku Faris lagi, baginda mendapat maklum pengeluaran gas dan minyak di perairan Kelantan telah berjalan sekian lama.

“Berasaskan data dari Jabatan Perangkaan yang diedarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan negeri Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh Negara bagi tahun 2005 hingga 2008 sebanyak 5.4 peratus setahun.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article: