Umno cadang jambatan separuh Langkawi-Perlis

Umno cadang jambatan separuh Langkawi-PerlisUmno bahagian Langkawi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk projek pembinaan jambatan separuh bagi menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Nawawi Ahmad, yang juga ADUN Kuah, berkata sekiranya cadangan pembinaan jambatan itu dipersetujui, projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.

Katanya pada masa ini, jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit.

Read the rest of this entry »

Pelabur risau, internet Malaysia lembab

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

malaysia slow internet

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

Read the rest of this entry »

Sarjan mejar direman kes rogol

Seorang ketua balai polis di daerah Kota Bharu yang berpangkat sarjan mejar ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu kes rogol di bawah umur, Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Abd Rahim Hanafi mengesahkan penahanan anggota polis berumur 49 tahun itu yang ditahan di ibu pejabat polis daerah Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar disiplin pasukan polis.

Read the rest of this entry »