PAS kutuk keras tindakan serang gereja
Jan 8, 2010 PAS
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.
Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam, katanya.
Read the rest of this entry »
Tags: Al Quran, Ayub, Dakwah, datuk seri, Hadith Rasulullah, katanya, Kebebasan Beragama, Nabi Muhammad, Naib, pada hari ini, Peperangan, Perang, Politik Islam, Quran Dan Sunnah, Rumah Ibadat, Sahabat, Salahuddin, Serang, Sunnah Rasulullah, Teguh
PAS kecewa Mahkamah benarkan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic
Jan 2, 2010 PAS
Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.
Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Read the rest of this entry »
Tags: Agama Islam, Agama Kristian, Akhbar Mingguan, Al Quran, Allah Allah, Bimbang, Haji Ahmad, Islam Dan Bukan Islam, Kebebasan, Kecewa, Kelantan, Kepercayaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Masyarakat Malaysia, Muallaf, Nama Allah, Parti Islam Semalaysia, Penerbitan, Pintu, Zarai
PAS gesa Pahang dedah ahli lembaga pengarah GLC bermasalah
Dec 12, 2009 PAS
KUANTAN, 12 Dis: PAS negeri Pahang mahu kerajaan negeri Pahang mendedahkan kepada umum ahli lembaga pengarah beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu yang didakwa mengalami kerugian sehingga menyebabkan krisis ekonomi di negeri itu.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beberpa anak syarikat kerajaan negeri termasuk Mentega Corporation, ASPA, PASDEC dan banyak lagi tidak menunjukkan prestasi yang baik malahan membebankan kerajaan kewangan negeri.
Kecewa dengan keadaan itu, beliau mahu kerajaan negeri melantik ahli lembaga yang mempunyai latar belakang pengurusan ekonomi yang terbaik dan berkelayakan dan bukannya meneruskan amalan melantik mereka yang terdiri dari ahli politik Umno semata-mata.
Read the rest of this entry »
Tags: akan, Amat, Balak, Bijih Besi, Disini, harakahdaily, Jika, Kalah, katanya, Kecewa, Kerajaan Pahang, Menikmati, Pakatan, Pasdec, Pilihanraya, Selesa, semata, Tiba, UMNO, Urus
PAS sokong larang kursus BTN di negeri Pakatan
Nov 30, 2009 PAS
KUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri itu, daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.
“Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.
Memorandum tersebut berkata, akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.
Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan menyekat penyertaan penjawat awam negeri dan para penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri bagi menjaga keharmonian di Selangor yang pernah menyaksikan ketegangan akibat tingkah-laku Umno dalam kes demo kepala lembu.
Read the rest of this entry »
Tags: Biasiswa, Biro Tata Negara, datuk seri, Dewan Undangan Negeri, hari ini, Institusi Pengajian Tinggi, Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri, Kerajaan Selangor, Kursus Biro Tata Negara, Lapuk, menteri besar selangor, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menyokong Umno, Modul Latihan, Negeri Pulau Pinang, Parti Pembangkang, Pensyarah, tan sri khalid ibrahim, Wang Rakyat
(Video) Pengkhianat Jemaah Islam PAS pada tahun 2009
Nov 14, 2009 PAS
Ini adalah satu bahan sejarah penting. Perihal 2 individu pengkhianat jemaah Islam PAS pada tahun 2009. Mereka ialah Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Dan satu lagi ialah Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor.
1. Melanggar arahan Presiden PAS yang mengarahkan pemimpin PAS tidak menggunakan bloggers mendedahkan masalah dalaman parti. Dan Presiden PAS, Hadi Awang tetap menyapu di bawah karpet.
2. Mendedahkan satu rahsia parti, yakni baiah taklik talak 3 yang menyebabkan kerosakan besar terhadap jemaah Islam PAS. Dan Presiden PAS, Hadi Awang tetap menyapu di bawah karpet.
Tags: Baiah, Bloggers, Dalaman, Hassan Ali, httpv, Isa, Jemaah Islam, Parti Pas, pemimpin, Presiden, satu, Taklik, Talak
Isteri Datuk Kamarudin meninggal dunia
Nov 11, 2009 PAS

Anak bongsu Datuk Kamarudin tiba dari asrama disambut abang dan kakaknya.
Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.
Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.
Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.
Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.
Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk, sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.
Menjelang Mutamar PAS Jun lalu, Kamarudin telah memberitahu pucuk pimpinan PAS agar tidak lagi melantik beliau menjadi setiausaha agung. Alasan yang diberikan adalah untuk membolehkan beliau mempunyai lebih banyak masa dengan isterinya itu.
Read the rest of this entry »
Tags: Asrama, Datin, datuk seri, Harakah, Isteri Datuk, Jaffar, Kamarudin, Kanser Usus, Klia, Meninggal Dunia, parlimen, Parti Islam Se Malaysia, Perkongsian, Rahmatullah, setiausaha, Sihat, Sjmc, Subang Jaya Medical Centre, Tumpat, Ucapan Takziah
PAS pertahan tajaan haji Nik Aziz
PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.
“(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.
“Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama,” kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.
Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.
Read the rest of this entry »
Tags: Agama, Ganjaran, Guru, Ini, itu, Kata, mahu, menteri besar, Mohd Zaki, Nik Abdul Aziz, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penduduk Kelantan, Politik, setiausaha, Zaki Ibrahim
Data Dr Abu Hasan Kenalpasti Kelemahan PAS
Nov 7, 2009 PAS
Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.
Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.
Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.
“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya.
Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”.
Read the rest of this entry »
Tags: Abu Hasan, Ada, Amat, Blog, Facebook, Juga, Jurnal, Kepimpinan, Kerusi, Masih, Mula, Namun, Parti Pas, pemimpin, Persepsi, salah, Sangat, Segi, setia, Strategi Politik
Prof Aziz: Pas Tidak Perlu Jadi Umno Untuk Menangi Hati Rakyat
Nov 7, 2009 PAS
Prof Abdul Aziz Bari menggesa Pas mencari anjakan baru sekiranya ia mahu kekal relevan di mata rakyat.
Bercakap kepada lebih 1,000 perwakilan di seminar pemerkasaan Pas, Prof Aziz berkata kritikan yang dilemparkan terhadap Pas terbit dari hasratnya untuk melihat Pas muncul sebagai parti alternatif yang berwibawa.
“Pas memerlukan anjakan baru. Dalam pilihanraya akan datang, coraknya berbeza. Politik masa hadapan bukan lagi Asalkan Bukan Umno. Pemilihan isu dan ketrampilan parti menjadi kritikal dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdul Aziz, Ada, Arus, Bari, barisan nasional, Bebas, DAP, Eksklusif, Elok, Gerakan Islam, Hati, Isu, Kata, Macam, Maka, Pakatan, parti keadilan rakyat, Ulamak, UMNO, Universiti Islam
Dr Abu Hassan: Tolak persepsi adalah primitif
Nov 7, 2009 PAS
KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.
Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.
Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.
Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdul Aziz, Abu Bakar, Abu Hassan, Bijak, Digesa, Dr Aziz, Fadzil Noor, harakahdaily, hari ini, Kapal Terbang, ke atas, Lapangan Terbang, pemimpin, Pemuda, Penemuan, Penulis, Persepsi, Rumusan, Sahaja, setiausaha
Khalid Samad: Pengalaman di Bagan Pinang
Oct 21, 2009 PAS
Sudah agak lama saya tidak update blog ini disebabkan kesibukan selepas selesai bertugas di Bagan Pinang. Setelah berada di Bagan Pinang selama 5 hari, saya kembali ke Shah Alam pada 10 Oktober dan seterusnya menghadiri beberapa majlis Hari Raya, Walimah dan juga Deepavali. Pada keesokkan harinya saya bersama YB Yaakaob menganjurkan Majlis Hari Raya di Seksyen 9 dan kemudiannya bersama YB Rodziah menganjurkan majlis Hari Raya di Seksyen 16 pada hari yang sama. Pada malam itu jug telah diadakan ceramah di Seksyen 20.
Di antara 12 dan 13 Oktober pula, saya menghadiri perbahasan Sesi Bajet Kerajaan Negeri Selangor yang dianjurkan di Shah Alam Convention Centre. Pada 15 Oktober pula saya telah menghadiri Seminar SelCARE iaitu Konvensyen berhubung ‘Alternative and Renewable Energy’ dan seterusnya menghadiri pula bermacam-macam majlis Hari Raya dan Deepavali yang dianjurkan pada masa yang sama. Sempat juga memberi tazkirah dan khutbah di Masjid Seksyen 26, berceramah di Batu Kurau, Larut dan menghadiri sesi dialog di Kajang.
Read the rest of this entry »
Tags: Bagan, bajet, batu kurau, bendera umno, ceramah, dan, Di, Hari Raya, Maka, mana mana, mereka, negeri selangor, PAS, pilihan raya, Pinang, raya, saya, Shah Alam, sidang parlimen, telah, tidak, UMNO, untuk, walimah, yang
Bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa
Oct 21, 2009 PAS
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bercadang untuk memanjangkan isu undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa sekiranya aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini, tidak mendatangkan sebarang hasil.
Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan berkata untuk tujuan itu, mereka akan mengambil contoh seperti yang dilakukan oleh pembangkang Afghanistan, yang telah berjaya membatal keputusan pilihan raya negara itu, yang melibatkan lebih sejuta undi.
Read the rest of this entry »
Tags: aduan, Afghanistan, daftar undi, dalam, dan, dewan pemuda pas pusat, hak asasi manusia, Hamid Karzai, itu, katanya, kepada, keputusan pilihan raya, Malaysia, nama pengundi, PAS, pemuda pas pusat, Pinang, plihanraya, Siva, Siva Subramaniam, Sri Abu, suami isteri, Suhakam, suruhanjaya hak asasi manusia malaysia, undi, yang
Dua haluan PAS kuatkan bukan Islam
Oct 20, 2009 PAS
Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.
Komitmen itu disuarakan “secara umum” oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS.
“PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan),” kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdul Hadi Awang, datuk seri, Hadi Awang, hari ini, Hashim Jasin, iltizam, itu, Jawatankuasa, komitmen, KPP, KUALA LUMPUR, Malaysiakini, mesyuarat, nasrudin, parti, PAS, perlembagaan, pindaan perlembagaan, pusat, sayap, Seri, taraf, tidak, yang
PAS rancang cabar kemenangan Isa
Oct 20, 2009 PAS
PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos.
Perkara itu sedang diuruskan oleh unit guaman parti tersebut yang dipengerusikan oleh Hanipa Maidin.
Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengetengahkan dakwaaan berlakunya penyelewengan dalam kaedah pengundian pos di DUN tersebut.
Read the rest of this entry »
Tags: aduan, calon bn, kalau tidak, maidin, pembangkang, pengundi, pengundian, rasuah malaysia, suruhanjaya hak asasi manusia, tan sri isa samad
PAS Perlu Lebih Bijak Dan Pantas
Oct 20, 2009 PAS
Apa tanggapan seseorang apabila dia membaca kenyataan begini, “A nafi bergaduh dengan B’ atau ‘C tidak jejaskan kedudukan D’? Mungkin itu adalah teknik meletakkan ‘title’ untuk sesuatu berita, itu saya kurang pasti. Saya tidak terdidik secara khusus dalam bidang itu.
Namun apa yang pasti, apabila saya membaca ‘title’ berita sebegitu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, kalau ‘title’nya ‘A nafi bergaduh dengan B’, bermakna A memang bergaduh dengan B. Atau, ‘title’ berbunyi ‘C tidak jejaskan kedudukan D’, bermakna ‘D memang terjejas dengan C’.
Samada perkara yang terlintas itu benar atau tidak, itu soal lain. Tetapi, itulah tanggapan awal saya terhadap orang yang terlibat dengan penafian itu. Tanggapan seperti itu menjadi lebih kuat sekiranya saya tidak membaca secara keseluruhan dengan isi kandungan berita berkaitan.
Read the rest of this entry »
Tags: berita, dengan, India, itu, kaum india, kepada, kesetiaan, kuat, mujahid, nafi, orang, pantas, parti, PAS, sakti, saya, sayap, setia, tidak, yang


