Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam
June 5, 2010 by wizvax
Filed under Haji Hadi, Local News

MARANG, 5 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.
“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam. Read more
Judi bola boleh beroperasi di negeri BN sahaja
KOTA BHARU, 31 Mei: Walaupun lesen judi bolasepak diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.
Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut. Read more
KJ: Adakah Saya Sedang Minum Dalam Gambar Itu?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.
Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda. Read more
100 Ribu Rakyat Kelantan Solat Hajat 28 Jan Ini
Kira-kira 100,000 rakyat Kelantan akan berhimpun dan menunaikan solat hajat di Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini bagi menuntut royalti minyak pada Khamis, 28 Januari ini.
Perhimpunan raksasa itu di adakan ekoran kedegilan kerajaan pusat membayar royalti minyak seperti termaktub dalam Akta Petroleum 1974, demikian menurut penganjur, Dr Abdul Halim Yusoff yang juga Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).
Program itu melibatkan penyertaan parti-parti politik termasuk MCA, MIC, Umno, Gerakan, KEADILAN, DAP dan PAS. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin lain dari Pakatan Rakyat dijangka hadir.
Mereka akan mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang dan juga bekas menteri kewangan itu dijangka menjelaskan isu-isu berkaitan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Read more
Jawapan ‘Siapa Pembunuh Altantuya’ – Minggu Depan
Jawapan kepada pembunuhan Altantuya Sharibuu akan diketahui umum pada hujung minggu hadapan apabila buku ‘Siapa Bunuh Altantuya’ diedarkan kepada umum. Buku ini mampu merungkai misteri dan membuat rakyat berfikir kebenaran disebalik kisah pembunuhan yang menjadi isu panas negara.
Menurut penulisnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, sebelum menulis buku ini beliau sudah memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal dihadapi apabila terbitnya buku tersebut.
“Kita mengambil tanggungjawab ini untuk melihat kebenaran dan membawa masyarakat berfikir di landasan yang betul mengenai isu ini,” tegas Badrul Hisham.
Beliau berkata, isu Altantuya dibangkitkan bukan sahaja kerana popularitinya, malah kerana isu itu merupakan jenayah yang besar dan melibatkan pembohongan yang terpaksa ditutup oleh pihak yang berkepentingan.
“Kita tiada pilihan selain berdepan dengan negara yang ‘dilihat’ mengamalkan demokrasi ini. Negara ini dikatakan kelihatan adil dan kerana itu kita akan mengandakan usaha untuk membongkar segalanya. Read more
Najib’s RM20 million image builders are Israelis
SHAH ALAM: APCO Worldwide, the company hired by the prime minister to redeem his flagging image, has allegedly offered similar services to dictators and corrupt leaders around the globe, according to The Times of India.
India’s most influential newspaper reported recently that apart from Najib, the Washington-based PR company had also serviced former Nigerian dictator Sani Abacha and Kazakhstan’s life-long president Nursultan Abishuly Nazarbayev.
APCO’s clients have also included millionaire Mikhail Khodorkovsky, who was once the youth leader for the Russian Communist Party and who had links with the mafia. Read more
“Tunjuk muka jika ada dalam negara”
SHAH ALAM – Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin digesa tampil menunjukkan diri jika benar dakwaannya mengatakan beliau berada di dalam negara ini melalui laman laman webnya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya benar Raja Petra berada di dalam negara ini, dia hendaklah menyerah diri berikutan bersangkut dengan dua waran tangkap yang dikenakan.
“Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, tunjukkan muka… kalau tak bersalah dia tak perlu takut.
“Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam. Read more
Nik Sapeia bersumpah nama Allah, dakwa dianiaya
KOTA BHARU, 17 Jan: Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyembur bahan berbahaya terhadap Tun. Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil mempertahan dirinya dengan membuat akuan sumpah menggunakan nama Allah.
Beliau berbuat demikian di kediamannya di Pasir Tumboh pagi ini.
Menurutnya, tindakan bersumpah dengan nama Allah itu dibuat berikutan perbicaraannya telah selesai dan hukuman telah dijatuhkan namun merasakan dirinya dianiaya.
“Hari ini saya bersumpah dengan Nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Wattallahi,demi Allah sesungguhnya saya dengan ini bersumpah tidak menyerang atau menyembur Tun Dr.Mahathir Mohamed sebagaimana yang dituduh kepada saya” ujar beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP). Read more
Pemangku Raja imam solat hajat di stadium
KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.
Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.
Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.
Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ. Read more
Sehari Sebelum Demo Nama Allah, UMNO Lulus Permohonan Kelab Malam di W. Persekutuan
Nota Editor: Terima kasih kepada Kasi Pecahlah di atas artikel yang amat membanggakan ini. Tak sabar rasanya nak tengok respon dari Mahaguru58 dan juak-juak nya. Artikel saya pinjam dari Perisik Rakyat. Woii Poji, si Mahaguru58 maki kau tuduh kau suka copy-paste benda dari blog lain untuk sebar fitnah.
(Bermula)Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari “Parti Pembela Bangsa & Agama”, UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had
Nampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam… bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..? Read more
Kalimah Allah: Lagi sikap KDN dipertikai
KOTA BHARU, 11 Jan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) seharusnya menangani isu kalimah Allah sejak awal lagi serta memberi penjelasan dengan baik kepada golongan bukan Islam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Husam Musa, berkata, PAS lebih mengutamakan permesyuaratan termasuk pertukaran hujah bagi melahirkan keharmonian pelbagai masyarakat di negara ini sejak sekian lamanya.
“Sebenarnya perkara ini boleh diatur di luar mahkamah, tetapi KDN amat lemah.
“Antara contohnya, kerajaan tidak pernah memanggil Majlis Fatwa bermesyuarat mengenai isu kalimah Allah ni,” katanya. Read more
Slogan 1Malaysia Punah Dalamasa Kurang 24 Jam
January 10, 2010 by wizvax
Filed under Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat kesal Umno-Barisan Nasional mewujudkan suasana tegang dan menyemai prasangka antara Muslimin dan Kristian melalui media massa.
Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata liputan media arus perdana menuruti tunjuk perasaan tempoh hari memaparkan sikap konfrontasi pimpinan Umno-Barisan Nasional.
“Saya telah bersama pimpinan Parti Keadilan, PAS dan DAP membuat kenyataan mengutuk keras serangan itu. Pimpinan UMNO harus memikul tanggungjawab kerana mereka telah menggunakan media selama ini untuk menghasut rakyat benci kepada Kristian yang menuntut nama Allah digunakan,” tegas Anwar.
Beliau berkata, media milik UMNO-Barisan Nasional harus lebih berwaspada dalam melaporkan isu-isu keagamaan dan perkauman.
“Media yang membawa aliran, fahaman perkauman dan mendokong perasaan benci kepada kaum dan agama harus menjawab dan dipertanggungjawabkan,” tambahnya. Read more
PAS kutuk keras tindakan serang gereja
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.
Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam, katanya. Read more
DSAI Condemns Attack on Religious Places
January 8, 2010 by wizvax
Filed under Anwar Ibrahim
I strongly criticize the act of some people who had attacked several churches in Klang Valley area. Those despicable acts were something that has been condemned in Al Quran. Islam clearly urges the Muslims to respect other religion act of devotion places.
Until now, I had been informed that there were 3 churches that had been assaulted. Subsequently, in a series of attack, the ground floor of Metro Tabernacle in Desa Melawati had been burnt. However, I am grateful that nobody was harmed in the incident.
I urge all parties to be calmed and shall not involve in the fire of hatred. Do not act based on narrow political views which rooted from racial interest. I am convinced that we Malaysian will solve this issue without further conflict. InsyaAllah our efforts to prevail the peacefulness shall be blessed.
ANWAR IBRAHIM
Malaysian Maverick: “Buku dalam tahanan” laris di Singapura
Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang kini masih dalam “tahanan” Kementerian Dalam Negeri, muncul sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan pengedarnya terpaksa menempah seribu naskah tambahan dari luar negara.
Selain dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia “terjatuh” ke dalam lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum, termasuklah bagaimana bekas Perdana Menteri ini pernah dipujuk oleh Allahyarham Putera Negeri Sembilan untuk minum arak dan menari.
Setelah menghubungi kedai buku berangkai di Singapura pada hari ini, MerdekaReview mendapati bahawa buku ini telah habis stoknya di kedai-kedai buku berangkai yang utama, melainkan Kinokuniya yang terletak di Takashimaya. Read more
Gagal patuhi spesifikasi punca stadium runtuh
January 7, 2010 by wizvax
Filed under Terengganu
Bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi dikenal pasti antara punca utama struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, runtuh Jun tahun lepas.
Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang mendedahkan laporan jawatankuasa siasatan itu hari ini berkata, siasatan juga mendapati pengawasan yang agak kurang ketika kerja-kerja pembinaan selain dilakukan secara tergesa-gesa turut menjejaskan kualiti stadium berkenaan. Read more
Najib Akan Disiasat Oleh Polis Perancis?
Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.
Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.
Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan. Read more
No sabotage in Umno building
(NST) KUALA LUMPUR: The missing letters from the word “Umno” atop its party headquarters at the Putra World Trade Centre (PWTC) is a result of poor maintenance and not an act of sabotage, said Umno information chief Datuk Ahmad Maslan.
He said the party secretariat and Putrade Property Management Sdn Bhd (Putrade), which is the management company of PWTC, had been informed of the “damage”.
He added that swift action would be taken to replace the missing letters.
“I have advised Datuk Abdul Rauf Yusof and Putrade on the matter after receiving a text message from someone this morning.
“I will make sure that it will be fixed immediately.” Read more
Harga Diesel dan Petrol Dijangka Akan Turut Naik
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti semalam.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan.
Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.
“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya. Read more
PAS kecewa Mahkamah benarkan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic
Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.
Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini. Read more





















