Advertise Here

MB Tetap Dengan Keputusan Beli Talam Corporation

November 19, 2009 by  
Filed under Khalid Ibrahim

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri mempunyai alasan kukuh membeli hutang Talam Corporation.

Beliau berkata, pembelian hutang itu adalah untuk mendapatkan kembali hutang anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM391.7 juta.

Bercakap kepada TVSelangor hari ini, beliau berkata keputusan itu telah mendapat persetujuan Dewan Negeri Isnin lalu yang meluluskan peruntukan tambahan untuk tujuan berkenaan.

“Sebenarnya membeli hutang Talam Corporation ialah satu usaha supaya dapat menzahirkan hutang-hutang yang dihutangi oleh Talam Corporation dari anak-anak syarikat negeri Selangor,” katanya. Read more

Khalid: ‘We’re understanding the misunderstandings’

October 20, 2009 by  
Filed under Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR, Oct 20 — Affable and avuncular as he is, Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tends to take every challenge by the horns. In an interview with The Straits Times in Singapore recently, he shared his thoughts on:

Being Malay

“I’m proud to be a Malay, yet not proud just to be a Malay who makes use of my ‘Malayness’.”

Being a Malay politician

“That doesn’t mean I cannot help the whole of Malaysia. If I help (everyone), invariably the Malays will be helped anyway.”

Being an ex-Umno man

“I didn’t get rewards from Umno. I got rewards for the work I had done.” Read more

Selangor Tingkatkan Langkah Keselamatan Tarik Pelabur Asing

October 19, 2009 by  
Filed under Khalid Ibrahim

tan sri khalid ibrahimKerajaan negeri Selangor akan mempertingkatkan lagi langkah kawalan keselamatan di sekitar negeri itu bagi menarik lebih ramai lagi pelabur dari luar untuk melabur di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mempertingkatkan langkah keselamatan tersebut dengan memperkasakannya melalui belanjawan 2010.

“Saya juga telah menerima banyak cadangan dan juga pemerhatian mereka antara yang dinyatakan ialah mengenai isu keselamatan di negeri Selangor.

“Saya telah membuat kenyataan dalam belanjawan 2010, kita telah mengumumkan beberapa peruntukan supaya kita dapat menumpukan usaha mengurangkan keadaan pencurian dan beberapa perkara yang berlaku yang memberi kesan terhadap keselamatan dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata kerajaan negeri melihat beberapa cadangan yang diterima supaya mengadakan perhubungan dua hala antara negeri-negeri Selangor dengan negara-negara yang menguruskan pelaburan di negeri Selangor. Read more

Sekat Peruntukan, Umno perlu ambil tindakan pada Shukor

October 19, 2009 by  
Filed under Khalid Ibrahim, PKR

Sekat Peruntukan, Umno perlu ambil tindakan pada ShukorMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati kepimpinan Umno supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Peneranngan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus terhadap gesaan yang dibuat dalam Persidangan Agung Umno ke-60.

Menurutnya kenyataan Abdul Shukor itu jelas membuktikan Umno melanggar perlembagaan yang termaktub bahawa kerajaan Persekutuan mesti menyalurkan pendapatannya kepada semua kerajaan negeri.

Sehubungan itu beliau menyarankan supaya Umno mempelajari Perlembagaan Malaysia yang menetapkan terdapatnya hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Read more