Nizar vs Zambry: Sultan Tiada Kuasa Pecat Nizar
Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar(MB)Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 5 November yang lalu.
Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.
Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ(Borneo)di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli(1966)2 MLJ 187, terdapat dua keadaan di mana Governor(atau Sultan)mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan(b)enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN). Read more
Pemuda PAS Perak cabar Zambry dedah bukti PAS rasuah
IPOH, 16 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Menteri Besar BN Perak, Datuk seri Dr. Zambry Abdul Kadir berdebat dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah.

Ketua Pemuda DPPN Pk dalam satu kenyataannya juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Zambry bahawa beliau mempunyai bukti bahawa PAS telah melakukan rasuah.
“DPPN Perak mencabar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membuktikan tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini.”katanya.
“Kami menyediakan pentas untuk Zambry bagi berdebat isu rasuah bersama Nizar jika beliau benar-benar berani dan mempunyai bukti. ”
DPPN PK turut meminta Zambry mengemukakan bukti mengenai tuduhan beliau kononnya PAS terlibat dengan rasuah sewaktu memerintah negeri itu.
Tegasnya, jika benar dakwaan Zambry itu, SPRM seharusnya mengemukakan bukti siasat mengenai kes itu.
“Dimanakah laporan yang telah disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah oleh PAS?”soalnya.
“DPPN Perak menganggap Zambry sekarang telah tersepit dan cuba memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang telah diterima oleh rakyat untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas.”katanya lagi.
DPPN Pk juga menyokong kenyataan Nizar bahawa kemenangan Umno BN di Bagan Pinang 11 Oktober lalu sebagai kemenangan rasuah kerana calonnya Tan Sri Isa Samad yang dipilih untuk bertanding telah didapati bersalah kerana melakukan rasuah oleh UMNO sendiri.
Sehubungan itu, DPPN PK tegasnya berpandangan Umno BN yang telah serasi dengan budaya rasuah politik masih cuba menafikan perkara itu sebaliknya menuduh orang lain melakukan rasuah.
“Budaya rasuah politik ini tidak terpengaruh dalam PAS kerana adalah menjadi satu kesalahan besar bagi orang yang melakukannya.” tegasnya.





















