Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.
Advertise Here
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:
“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
Source: Takzirah Umum






















Saya sangat menyukai artikel-artikelnya,jika berkenan saya mohonkan untuk share / di tag di wall saya,terimakasih.
Mia.
Alasiah – Silakan.
saya juga mohon utk share/ditag di wall saya.terima kasih
sy mohon nak share
sy mohon share kat kwn2..
Anda berhak untuk menyebarkan sebarang artikel-artikel kami tanpa memberitahu kami terlebih dahulu sama ada melalui web/blog anda, melalui edaran risalah ataupun melalui cara-cara lain. We have no copyrights to claim from all of our articles.
TQ
sy nak ambil cite2 saudara/saudari utk peringat kpd diri sy & org lain..ye,
terima kasih…sangat2 bermanfaat…
perkongsian yang bermanfaat~ syukran jazakaallah khairan..
mohon berkongsi..
ringkas sahaja kata2 Imam Syafie…tp, ia lbih menyuruh kita berhati2 dan jaga lah dri kita sebaik nya, dari sebarang kejahtan dari kawan2 dan cinta..apa pun jgn lupa berdoa kepada Allah utk sentiasa peroleh perlindungan..
Assaalammualaikum wbt…
SUBHANALLAH.. nice artikel. audra suka membacanya. Satu ilmu yg harus mereka di luar sana tau bukan
.. teruskan berkarya, syabas dari audra. Ye utk peringatan utk diri audra sdiri juga AMin …
Salam Ukhuwah dari audra
Subhanallah..inilah pandangan y kucari selama ini..i like Imam syafie
Assalamu’alaikum semua, izinkan saya untuk bertanya. Jika benarlah kawan kita itu buruk, maka kita kenalah tinggalkan dia demi kebaikan kita kerana kawan kita itu mampu menjebakkan diri kita ke arah yang tak baik. Namun adakah itu tindakan yang sewajarnya bagi kita? Bukankah kita sebagai umat Islam harus membantu kawan kita itu? Bawa dia kembali ke jalan yang benar InsyaAllah.
*saya tidak berniat buruk, hanya inginkan pandangan kalian. Terima kasih.