(Gambar) Hukuman Rejam ke Atas Penzina Di Afgoye
Dec 15, 2009 General
MOGADISHU – Seorang lelaki yang didapati bersalah berzina di Somalia direjam sampai mati, lapor sebuah akhbar semalam.Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.
“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin.



http://pemudabesut.blogspot.com
http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/12/15/27487/
Incoming search terms for the article:
- rejam
- hukum rejam
- hukuman rejam
- hukuman penzina
- hukuman
- Hukuman rejam sampai mati
- hukuman zina
- gambar mayat
- maksud rejam
- hukuman kepada penzina
- gambar mayat wanita
- gambar hukum zina
- gambar hukuman mati
- Gambar Tentang Hukuman Mati
- hukuman rejam di mogadishu
- rejam sampai mati
- direjam sampai mati
- utube luna
- utube mati
- you tube mayat mati di bunuh
Tags: Akhbar, Antara, Berzina, Dailymail, ke atas, keluarga, Lelaki, Luar Nikah, Lubang, mahu, Masih, Melakukan Hubungan Seks, Menembak Mati, Mogadishu, Mohamed Abukar, Osman, Seorang Wanita, Syariah, Undang Undang, Zina












December 16th, 2009 at 11:45 am
se eloknya msia pun buat mcm ni. Pemimpin mengaku msia negara islam. Tapi ada 2 kilang arak besar kat selangor. Dan ahli lembaga pengarah pun org melayu islam. buat malu kat raqib dan atiq je…mmg patut msia adakan hukuman sebegini. kita seharusnya bangga negara lain kembali pada hukum itu. arak diminum tanpa segan silu oleh masyarakat islam kita. tak caya cuba jenjalan sekitar bukit bintang contohnya pada malam minggu…tidakkah kita merasa malu….tepuk dada tanya iman kita…kemana arah hidup kita ini…
January 17th, 2010 at 7:20 am
Msia bukan negara Islam la..1 cnth plg senang,tgk negara Arab,negara Islam..klu negara Islam,kena ikut undang2 Islam,mksdnya Mahkamah Syariah atas sekali..tp kat negara kita ni,Federal.. Court plg atas,bukan Syariah.Untuk kepastian baca la Federal Constitution..Terang2 dinyatakan,Msia bukan negara Islam.cuma Islam sebagai agama rasmi sbb orang Islam majoriti.pelik pula sbb ramai orang Msia yg x kenal negara sendiri..
January 22nd, 2010 at 2:00 pm
yep .. Msia bukan negara Islam, cuma agama rasmi kita je Islam tapi mudah2an kita bleh menuju ke arah tu. Amin.
January 28th, 2010 at 11:49 am
hukuman rejam tu bukan ikut cara islam. Mana ada orang pakai batu sebesar gajah. Itu mob justice.
April 7th, 2010 at 9:01 pm
kalau betul mau ikot cara islam,kenapa mesti pe-rejam itu ditutup muka nya…
dalam video zeidgeist dah di beritau org yg menuntup mukanya semasa menjalankan aktiviti islam adalah penipu besar…
wallahualam
July 2nd, 2010 at 1:57 am
Saudara Idham,video zeidgeist tu salah satu daripada Quran atau hadith ka? “menuntup mukanya semasa menjalankan aktiviti islam adalah penipu besar…” jgn jadikan ia sebagai alat untuk komen ye saudara, tujuan tutup muka: seandainya ada di antara saudara-saudara yang dihukum itu tidak redho, dan jika ia berdendam, dia akan cari siapa yang merejam saudaranya itu, maka untuk keselamatan maka yang menjalankan hukuman itu perlu menutup mukanya kerana hukuman itu di lakukan ditempat yang terbuka di khalayak ramai.