Advertise Here

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

Posted on June 25, 2010 under Fadzilah Kamsah by

  • Share
  • Share

soleh

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.




Advertise Here

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Source: L.o.v.E

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

25 Responses to “Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu”
  1. faiz says:

    begitu lah isteri sepatutnya. tapi kalau semua urusan anak2, makan pakai, kerja sekolah, siapkan barang sekolah & nursery anak semua isteri yg uruskan, then para suami yg balik keje hanya baca paper & tgk tv still harap isteri nak layan dirinya dr hujung rambut sampai hujung kaki? kencing berak anak tak peduli, anak nak tidur pun isteri juga tidurkan mcm mana suami expect isteri nak melayan suami segalanya? sama2 keluar mencari nafkah keluarga tapi bila bab urusan anak dan rumahtangga hanya isteri sajakah?

  2. bagai mane kalau isteri je nk ambil hati suami sedangkan isteri tidak dihiraukan

  3. isdi yani says:

    insya-Allah, masih terdapt lg suami2 yg memahami kepenatn isteri melayani anak2 dan saling tlg-menolong dlm menguruskan anak2..

    sebaiknya, berbincanglah..luahkn dgn cara lemah-lembut(jgn membebel)..sentuhlah tgnnya sambil berbicara..doakan dlm hati agar suami memahami kita..cari penyelesaian bersma..

    di samping itu, bangunlah bersolat mlm..tahajjud, taubat, hajat..mohon dan mengadu pd Allah Yang Esa..mohon dibukakan hati suami..diberikn hidayah spy rumahtangga diberkati selalu..insya-Allah, Dia akan bantu kita..

    sy pernah melakukan kesalahan dan sy berharap tiada isteri2 yg melakukan kesalahan yg sama spt sy..mudah2n kita semua para isteri, diberikan petunjuk dlm menjadi bidadari suami kita di syurga dunia mahupun di syurga akhirat kelak..amin..

  4. eyla says:

    isteri memang sepatutnye sentiase mengingati tugas yang telah diberikan iaitu melayan suami. tapi macamana kalau sebaik mungkin siisteri melayan suami, sampai dengar bunyi kereta suami pon dah kelam kabut..tp suami ttp main kayu tiga? bila ditanya alasan main kayu tiga..puncanya anak2 xhormat pada si suami..xdiajar oleh si isteri dengan betul..sedangkan si suami ni anak umor berape pon xtau..macamana tu? salah si isteri jugak ker xboleh layan si suami sepenuhnya? namun xdinafikan banyak juga si suami kini yang lebih prihatin..lebih bertolak ansur..kan?

  5. norlidah says:

    pd sy utk seorg suami memhmi kenpa seorg istri lbh menjd ibu dr istri adalh dgn si suami CUBA LH DUDUK DI RUMH SELM BBRPA HR @ SELM BBRPA MINGGU..BUAT LH SEMUA DR A HINGGA KE Z APA YG ISTRI BUAT DI DLM RUMHTNGGA {terutma keje2 rumh}DRI BNGUN TDR SMPAI SBLM TDR..sy YKIN, PERCYA N PSTI semua suami akn lbh bukn sje memhmi TP mengsihni n mengsihi istri slps itu..n x kn meminta lbh dr apa yg seorg istri mmpu berikn mngikut kemmpuan istri itu sndri..nsht sy pd suami jg, sblm meminta hak anda sbgai suami, tnye lh diri anda sndri, adakh anda tlh menunaikn semua hak istri..suami adalh tauldn n pemimpin rumhtngga, klau suami sndri x tau n x menunaikn tnggungjwb anda sbgai suami..LYK kh anda “mmperslhkn @ mmpetikaikn @ dll” thdp istri anda…fkrkn lh…

  6. isteri says:

    suami isteri perlu saling memahami,kekadang suami ni x fham isteri, nk isteri je yg fham die..isteri pula walau dh bape lama kahwin dan anak rmai tetaplah amalkan mcm awl2 kawin dulu..apa yg penting kerjasama!!!

  7. dahliea says:

    Alhamdulillah walaupun anak sudah 4 tapi saya tak lupa saya adalah seorang isteri tapi suami saya selalu lupa yang dia adalah seorang suami. selalu dia menggadaikan kasih dan pengorbanan saya pada wanita lain. saya tak tau apa silap saya kerana saya tak pernah menolak keinginannya walaupun saya sedang sakit atau kepenatan kerana saya tau tanggungjawab saya yang saya harus penuhi walaupun tengah memasak didapur.Walaupun saya bekerja saya selalu mengambil peluang untuk bersama dengannya kerana saya suka bermanja tapi dia yang selalu tinggalkan saya sendirian hampir tiap malam hanya pulang setelah embun jantan menitis.

  8. hsaza says:

    isteri akan berkorban apa saja untuk orang yang disayanginya .tetapi bila kasih beralih arah,bunga sudah pudar,permata yang hilang…dimana HAK ISTERINYA…BILA ISTERI MEMBERONTAK UNTUK MENDAPAT PERHATIAN N KASIH SAYANG,ABAI TANGGUNJAWAB TERHADAP SUAMINYA…DIUNGKAP ISTERI DERHAKA..?SALAH KAH KAMI..HANYA MEMINTA SECEBIS KASIH SAYANG N KERJASAMA.BANYAK SUDAH KAMI KORBANKAN WALAUPUN KAMI TAHU AKAN DIBAYAR DISYURGA.SAMPAI BILA KAMI TERUS BERDIAM,MENANGIS DALAM HATI,HATI TERUS DILUKAI,MEMBAWA DIRI YANG LARA N BERPURA-PURA MENGATAKAN KEHIDUPANNYA BAHAGIA.KENAPA KAMI JADI MANGSA…ADAKAH SUAMI/LELAKI BETUL2 MEMAHAMI KAMI.ORANG DULU KATA,BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING…MENERIMA KAMI SEADANYA…SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT..INI PULAK SUAMISTERI…JANGAN HUKUM KAMI SAJA.

  9. saje bosan says:

    merepek kut, suami selfish la nk isteri dia lyn dia klu xnk isteri jadi ibu, so dia jg la ibu kut utk2 anak..so isteri leh lyan dia…

  10. sweet naniey says:

    alhamdulilla..sy dah mmpunyai 3 0rg anak..dan kluarga sy bahagia…suami sypun nmpaknya sprti suami yg trbaik yg pnah sy nmpak…apa sy nak dia kasi mengikut kemampuan begitu juga dgn dia..apa dia nak sy turutkan..,soal anak2 kami sama2 mendidik…dia slalu ckp..yg dia akan merindui sy ditmpat krja dan bila smpai rumah dia akan memeluk sy serta mmbiarkan sy duduk diatas pahanya..sy suka sngt dgn keadaan spt ini…mudah2han..kebahagian ini berkekalan..

  11. aku isteri.. says:

    beruntungnya sweet naniey..sebenarnya kita kaum hawa bukannya nak emas sekampit or banglo 5-6 biji..cuma belaian..penghargaan..ucapan manis..sedikit kerjasama..perhatian..cukuplah dgn ucapan terima kasih sayang..atau i love u..xde so much pun xpe la..susah ke wahai kaum adam? jatuhkah darjatmu hanya ucapkan terima kasih? tanyalah diri anda,pernahkah atau berape kali anda ucapkan terima kasih kepada isteri anda bile isteri beri duit gajinya untuk bantu anda tanggung keluarga? tahukah anda?walaupun suami di dlm penjara,nafkah zahir masih wajib ditunaikan? dan selagi tidak ditunaikan anda sebenarnya berhutang pada isteri anda dan berdosa besar jika anda tidak langsaikannya..dan jawablah mase disana nanti..

  12. CRM says:

    sebagai isteri.. bkn kewangan, kemewahan yg sy minta. sy perlukan perhatian dr suami… bila isteri bercakap, sekurang2 dgr dan beri tumpuan pd isteri. isteri cuma mencurahkan apa yg isteri rasa.. kalau isteri salah.. sama2lah kita perbaikinya.. jgnlah letakkan semua kesalahan atas bahu isteri.. sedangkan suami xpernah cuba utk memahami hati dan perasaan isteri.. kalau suami boleh bosan.. isteri juga punya hati dan perasaan..

  13. isteri 1 says:

    Tugas, khidupan seorang isteri bukanlah semudah teori.Terpaksa berkorban sehingga terkorban.walau highclass layanan,wlu berbelas anak kau lahirkan,wlu trsungkur trsembam kau mgabdikan diri,klu smpai masa tempoh matangnya sisuami akan cari lain juga.Tak perlu sebarang alasan.Bagi suami,yang penting kita sbg isteri tunaikan saja kwajipan seorang isteri dan dia tunaikan kwajipannya sbg suami dgn penuh tanggungjawab.Kalau tak mahu menanggung risiko,klu nk mgharapkan keadilan dr lelaki,lebihbaik awal2 ambil kputusan jangan berkahwin.Tak perlu hidup tertekan,menanggung dosa atau tekanan perasaan.

  14. isteri manje says:

    kalu nak jd isteri yg tebaik untuk suami, boleh…!!tp suami kena lah beri contoh yg terbaik dulu pd isteri.bimbing isteri,beri sokongan pd isteri,tolong menolong,memahami…ini tdk.suami nak isteri dia terbaik,tp diri sendiri pn x betul.tanggungjawab entah kemana,wat tak reti jer…nafkah zahir sejak nikah pn xde,isteri ni x kisah dia nak bg berapa byk,asal dia bg,ini 1 sen pn dia x bg.tp kalu duit isteri,nak plak….makan ati ulam jantung jer ngan perangai suami.solat plak x penah penuh. sbelum kawin,mcm2 janji,manis semua….moga2 cepat lah berubah suami ku,isteri mu ini sentiasa doakan agar suami ku berubah sikap

  15. sang suami says:

    boleh dikatakan semua isteri yang memberi komen di sini rata-rata memberi komen yang negatif terhadap isu ni. tapi, saya tertarik dengan komen isdi yani yang cukup ‘natural’ dan berhemah. nasib baik anda dah kahwin, kalau tidak mesti saya akan melamar anda untuk menjadi isteri kedua. gurau je.(inilah contoh akibatnya kalau isteri2 di atas asyik membebel nak menyalahkan si suami). kepada suami2 di luar sana, ringan2kan tulanglah tolong jemur baju (isteri basuh), pakaikan baju anak (isteri mandikan), cuci pinggan (isteri masak), dan..jadi drebar (isteri bayo duit minyak!). hihi..gurau je. renung-renungkan..selamat beramal)

  16. suami malang says:

    Bagaimana jika isteri dah mula pandai berbohong ngan suami

  17. suami gersang says:

    isteri ni semua pandai ckp jer??patutnya dia perlu blajar agama lebih mendalam lg mcm mana sikap.tutur dan taat pd suami,,,,bg isteri yg membenarkan suami kawin lain di syurga dia akan memegang payung emas…..taat dan layan dgn bik akan mendapat syurga balasannya,,taat pd allah,rasul dan suami…ketahuilah wahai isteri bahawa pabila setelah akad nikah jer dosa kamu suami yg tanggung sepenuhnya…tlg jgn derhaka…

  18. isteri kiuutt.... says:

    dlm rumah tangga perlu ada tolak ansur…..suami perlu faham keadaan isteri…semuanya perlu di kejar dalam tempoh 24 jam..banyak yg perlu si isteri lakukan….kekadang sampai tiada masa rehat,,tetapi si isteri tidak pernah mengeluh..oleh itu para suami juga jangan lah mengeluh…sama-sama lah membangunkan institusi keluarga bahagia…

  19. ina says:

    walau pepun y berlaku dlm rumah tngga anda…jgn bagitahu pada insan lain..merek tk mmpu untk membuat ape2..just bace jer..sebaiknya…terus terng la pada suami n isteri anda masing2..insyaAllah dia akn memahami n cube perbaikinya….komen kat sini tak de sebarang kesan y akan berlaku dalm rumah tangga anda..article diatas just untuk kite bace n bertinadk secare praktikal dlm rumah tngga…bukn untuk di komen2 disini….wallahu a’lam…articke tu jadikn sbagai satu wasilah untuk keluar dri masalh…

  20. ina says:

    walau apa pun y berlaku dlm rumah tngga anda…jgn bagitahu pada insan lain..merek tk mmpu untk membuat ape2..just bace jer..sebaiknya…terus terng la pada suami n isteri anda masing2..insyaAllah dia akn memahami n cube perbaikinya….komen kat sini tak de sebarang kesan y akan berlaku dalm rumah tangga anda..article diatas just untuk kite baca n bertinadk secara praktikal dalam rumah tngga…bukn untuk di komen2 disini….wallahu a’lam…article itu jadikn sbagai satu wasilah untuk keluar dri masalh…

  21. ina says:

    perkahwinan ini adalah untuk saling kengkap melengkapi antara satu sama lain….kalu suami ada kekurngan isteri kene tolerensi…n kalu isteri ada kekurngan..suami kene tolernsi…perkahwinn ni adalah untuk slaing lengkap melngkapi…nfirman Allah y sekan2 maksudnya…lelki baik untuk permpuan y baik..n y sebaliknya adalah untuk y sabaliknya gak…ini bermakna..if dalam rumah tangga ada masalah..itu adalah kerana diri kite sendiri..jgn dok isteri menyalahkan suami n suami mnyalah kan isteri…ni tak ok…kite kn dapat sebgaimane diri kite ni…so..kalu ada masalah dgn suami..si isteri perlu tgk la diri dia…n kalu suami ade masalh dgn isteri..suami kene check balik diri dia…tu jer pnyelesaiannya..jgn salh myalahkn antara satu sama lain…

  22. suecomel says:

    sy jg sorg isteri…. cb jd isteri tbaek…sy doa suami sy bhgia… dia sgt ringan tulg.. suke bkepit plak tu, sy plak naik rimas. kuat cemburu…

  23. aurora says:

    disetiap doaku aku selalu mendoakan suamiku…tak henti2nya. walaupun dia sudah menyakitiku!!!hati ini dah luka terkadang kalau teringat tentang dia akupun menangis sendiri!!!tapi aku hanya seorang wanita yang ingin jadi istri sholehah kelak nanti aku bisa mengangkat ibuku di surga!!!amien…

  24. linda says:

    Nak kena buat mcm ni la ye…

    “Abg nak minum apa?? Saya buatkan milo ye…”
    “Abg nak makan?? Saya ambilkan nasi ye…”
    Abg nak mandi?? Saya ambilkan tuala ye…”

    Kena tanya macam ni ke?? Boleh cuba ni.. Agak2 dia rasa pelik tak?? Kang dikatanya kita buang tebiat plak.. Org lelaki ni kan ke pelik.. Tak di layan katanya kita dingin… Bila dilayan katanya kita pelik…

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. [...] This post was mentioned on Twitter by MSAA, News @ Feryco. News @ Feryco said: Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu: Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang ber… http://bit.ly/cEiefy [...]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!