Jawapan ‘Siapa Pembunuh Altantuya’ – Minggu Depan
Jawapan kepada pembunuhan Altantuya Sharibuu akan diketahui umum pada hujung minggu hadapan apabila buku ‘Siapa Bunuh Altantuya’ diedarkan kepada umum. Buku ini mampu merungkai misteri dan membuat rakyat berfikir kebenaran disebalik kisah pembunuhan yang menjadi isu panas negara.
Menurut penulisnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, sebelum menulis buku ini beliau sudah memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal dihadapi apabila terbitnya buku tersebut.
“Kita mengambil tanggungjawab ini untuk melihat kebenaran dan membawa masyarakat berfikir di landasan yang betul mengenai isu ini,” tegas Badrul Hisham.
Beliau berkata, isu Altantuya dibangkitkan bukan sahaja kerana popularitinya, malah kerana isu itu merupakan jenayah yang besar dan melibatkan pembohongan yang terpaksa ditutup oleh pihak yang berkepentingan.
“Kita tiada pilihan selain berdepan dengan negara yang ‘dilihat’ mengamalkan demokrasi ini. Negara ini dikatakan kelihatan adil dan kerana itu kita akan mengandakan usaha untuk membongkar segalanya.
“Kita jangkakan buku ini akan dihalang penerbitannya. Namun kita akan mengatur pelbagai strategi dan tidak lagi menggunakan cara konvensional untuk mempromosikannya. Kita juga akan mempromosikan isu ini dalam media baru,” jelas beliau.
Buku yang bertajuk ‘Siapa Bunuh Altantuya’ ini dijangkakan akan berada di pasaran pada hujung minggu hadapan dengan 3000 terbitan eksklusif dan akan dijual dipasaran dengan harga RM15.00. -erapakatan
Incoming search terms for the article:
- tan sri abu sahid
- Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya
- pembunuhan altantuya
- pembunuh altantuya
- siapa altantuya
- jawapan kepada deedat
- Tan sri abu shahid
- siapa hitler
- siapa freemason
- misteri pembunuhan atlantuya
- siapa tan sri abu sahid
- gambar pembunuhan al tantuya
- isi kandungan buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya
- gambar Tan Sri Abu Sahid
- abu shahid
- siapa yahudi
- rasia najid
- youtube- siapa yahudi
- sejarah tok ku paloh
- youtube tan sri abu sahid
Tags: Adil, Badrul Hisham, Bakal, Buku, Demokrasi, Eksklusif, Isu, Jelas, jenayah, Kebenaran, Kisah, Malah, Mampu, Menulis, Misteri, Namun, Panas, PKR, Sahaja, Siapa Bunuh Altantuya












Leave a Reply