Kalimah Allah Di Angkasa: Petanda Awal Kebangkitan Islam Akhir Zaman


  

kalimah-ALLAHMenjelang 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008, kalimah Allah telah muncul boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang Maha Kuasa kepada manusia akan kebangkitan Islam akhir zaman. Tetapi amat sedikit manusia yang memahami akan alamat dari Allah SWT ini.

Keturunan Rasulullah dan para sahabatnya yang telah mencetuskan peradaban keagungan manusia lebih dari 1400 tahun yang lalu bukannya hilang tapi bersembunyi seketika.

Ia bangkit kembali di zaman keagungan Melaka sehingga menarik bangsa-bangsa Eropah menjajah di rantau ini.

battle_pm

Remember 1511

Menjadi lumrah alam akan orang yang berpegang dengan Sunnah Rasulullah ini sentiasa diburu manusia. Begitulah dengan apa yang terjadi di tanah Arab.

Beratus tahun lamanya bertapak di tanah Arab, orang-orang yang berpegang dengan amalan Rasulullah dan para sahabatnya ini tidak jemu-jemu diburu manusia. Mereka tahu bahawa riwayat Islam sebagaimana amalan Rasulullah itu tidak akan dapat bertahan di tanah Arab. Mereka berhijrah ke sebelah Timur kerana pada pandangan kasyafnya, timurlah yang akan meneruskan amalan Rasulullah di akhir zaman.

map

Agama ketauhidan ini ‘berhijrah’ dari suatu bangsa ke suatu bangsa dari Israel (Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman) Nasrani (Nabi Isa) kepada bangsa Arab (Rasullulah s.a.w) Turki, Parsi, India, China dan akhirnya kekal kepada bangsa Melayu di Timur sebab itulah waliyullah Datuk Panglima Hang Tuah berpesan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Lebih kurang 700 tahun yang lalu, Islam telah datang ke rantau sebelah sini sebagaimana tercatat di Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu.

batu bersurat

Batu Bersurat

Di Batu itu tertulis:

….Tuhan mendudukkan tamra (piagam) ini di benua Terengganu adi pertama ada….

Sheikh Muhammad al-Baghdadi, ahlul bait yang juga penulis Batu Bersurat ini telah meletakkan piagam atau suatu cap mohor bahawa Islam akhir zaman akan bermula di bumi Terengganu. Terengganu dari sebuah negeri yang kecil dengan pegangan ketauhidan dan keislamannya telah berkembang menjadi sebuah ‘benua’ sebagaimana yang tertulis di Batu itu.

Negeri berpanji hitam inilah sebagai penggerak akan kebangkitan Islam di akhir zaman.

Sabda Rasullulah:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.(Al-Hafiz Abu Naim)

tranung flag

Bendera Negeri Terengganu (Panji Hitam Dari Timur?)

Dari Hulu Terengganu ahlul bait Waliyullah Sheikh Muhammad al-Baghdadi telah menyusur turun beberapa ahlul bait terdahulu seperti Tok Pauh di Kg Pauh, Kuala Berang kemudian menuju ke Kuala Terengganu menurunkan ahlul bait Tok Ku Pulau Manis dan Tok Ku Paloh.

Tok Ku Paloh

Tok Ku Paloh

Susur galur keturunannyalah yang akan mengibarkan panji-panji hitam kebangkitan Islam akan datang.

Sharif Muhammad al-Baghdadi dipercayai penulis Batu Bersurat dengan jelas telah meramalkan akan kebangkitan Islam akan datang.

Makam ahlul bait pertama yang dapat dikesan dipercayai Makam Shariff Muhammad al-Baghdadi yang terletak di Kg Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ahlul bait ini turun takhta di Baghdad kerana mengambil jalan wara’.

makamsharifmuhammadalba

Makam Shariff Muhammad al-Baghdadi

Suatu kenyataan yang jelas, terukir di Batu itu bahawa kesinambungan amalan warisan Rasulullah itu telah bersambung di rantau sebelah sini setelah sekian lama bertapak di bumi Arab. Allah tidak akan memperlihatkan kalimah ini melainkan disitu ada satu mesej besar yang hendak disampaikan kepada manusia iaitu Islam itu adalah tinggi dan tiada sesuatu pun yang dapat mengatasinya. Tetapi amat sedikit manusia yang memahaminya.

kalimahallah6

Di Brunei

Akan kalimah Allah ini muncul di segenap pelusuk dunia, baik di Barat maupun di Timur. Sudah tentu ianya dari Yang Maha Kuasa untuk di sampaikan kepada manusia seluruhnya. Berikut dipaparkan kemunculan kalimah tersebut di beberapa tempat.

Dari Angkasa

Dari Angkasa

Finland

Qatar

Unknown

Putrajaya

Ini hanyalah sebahagian kalimah Allah yang muncul sejak kebelakangan ini. Anda boleh search sendiri dalam google untuk mencari lebih banyak gambar-gambar berkaitan. Mesej ini dari Yang Maha Kuasa yang hendak disampaikan akan kekuasaan diri Yang Maha Kuasa.

Mengenai mesej kalimah Allah ini di angkasa Allah SWT berfirman:

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)

Wallahualm.. Allah knows best.

Warfeel-efairy

Incoming search terms for the article:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Read also



11 Responses to “Kalimah Allah Di Angkasa: Petanda Awal Kebangkitan Islam Akhir Zaman”

  1. LALA LILI Says:

    sya lihat dalam Al Quran terjemahan… ada sedikit perbezaan ayat 41:53…

    sepatutnya seperti d bawah:

    Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?


  2. Muhammad Sidiq Ali Says:

    Salam ..
    tanda kecil Akhirat sudah muncul sejak hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W lagi wahai saudara/i =)


  3. abdul Says:

    Bersatulah muslim seluruh Melayu (Brunei, Malaysia, Indonesia) Jangan mau dipecah belah..Insya Allah kaum timur inilah yang akan menyatukan muslim seluruh dunia.


  4. MUSA Says:

    Salam..
    Saya amat berpegang kepada agama Islam. Dalam bab awan ini dan sebagainya, saya tidak menganggap sangat ia sebagai sesuatu yang terlalu besar maknanya kecuali ialah adalah bentuk awan yang membentuk kalimah nama Allah atau seakannya. Tidak ada hadis jelas atau ayat Quran yang menjelaskannya sebagai satu dari tanda besar apapun. Tentang beberapa ayat Quran yang menceritakan tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi itu.. boleh menjelaskan pelbagai maksud.. barangkali termasuk tanda-tanda di bulan, cakerawala.. Itu adalah tanda kebesaran Allah. Sehingga ada seseorang yang dapat membawa satu hadis sahih menceritakan awan itu membawa tanda kedatangan Imam Mahadi atau sebagainya, saya berpegang secara wajar.. itu hanyalah awan yang berbentuk nama Allah. Mudah-mudahan kita mendapat pahala kerana melihat kalimah Allah, mengingati Allah dan bertaubat kepadaNya. Amin.


  5. Kalimah Allah Tertera Pada Daging Burger | News @ Feryco Says:

    [...] 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008/2009/2010, kalimah Allah telah muncul boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang Maha [...]


  6. Kalimah Allah Tertera Pada Daging Burger | PurnamaDaily.Net Says:

    [...] 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008/2009/2010, kalimah Allah telah muncul boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang [...]


  7. Kalimah ALLAH Tertera Pada Daging Burger « Pusat Pembangunan Pondok Berhad Says:

    [...] }   “Menjelang 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008/2009/2010, kalimah Allah telah muncul boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang Maha [...]


  8. capt Says:

    Umat Islam tidak akan boleh bersatu selagi solat subuh di masjid2 tidak penuh dengan jemaah…Kalimah Allah yg sebenar telah lama kelihatan di mana2 cuma umat Islam saja yg tak nampak…..


  9. Kalimah Allah di Angkasa: Petanda Awal Kebangkitan Islam Akhir Zaman « Sitik's Blog Says:

    [...] Petikan artikel di sini [...]


  10. Kenchana_md Says:

    90% artikel ini berdasarkan rencana aku di forum atasbawah yang telah ditutup. Walaubagaimanapun diucapkan terima kasih kerana menyebarluas artikel ini. Artikel asal bertajuk ‘Kemunculan Kalimah ‘???? ????’di angkasa: Petanda awal Kebangkitan Islam Akhir Zaman’
    Wallahua’llam.


  11. Mie Says:

    Memang benar.. tanda2 kekuasaan Allah itu terlalu byk x dpt nk dihitung malah tubuh bdn kita ini sndri pun adalah salah satu tanda2 kekuasaanNya. Mana mungkin akan berlaku kebangkitan Islam Akhir Zaman ini jika umat Islam yg ada seramai lebih 1 bilion di seluruh dunia ini, tetapi dlm hati mereka masih ada lagi sifat ‘wahan’,sampai bila2 pun tidak akan datang pertolongan dari Allah.
    Dari Tsauban Ra. berkata Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi Rasulullah SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya: “Apakah ‘wahan’ itu, hai Rasulullah?”. Rasulullah menjawab: “Cinta dunia dan takut mati“. (HR. Abu Daud)
    Walau apapun sbg hambaNya,kita hendaklah terus memohon keampunan dan berdoa agar Allah menurunkan pertolonganNya kpd umat muslimin dan memberi mereka kemenangan di dunia dan akhirat.Amin…


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>