Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri
Posted on February 21, 2011 under Fadzilah Kamsah by wizvax

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Advertise Here
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.






















Bagus artikel ni. Terima kasih kerana berkongsi. Sememangnya memang perhubungan intim suami isteri tu amat-amat digalakkan dalam Islam dan sudah tentu ada sebabnya dan dalam artikel ni sudah diterangkan.
Jadi siapa-siapa yang sudah beristeri, selalu-selalulah peluk isteri kamu dan si isteri pula, selalu lah peluk suami. Kata sayang betul tak?
Salam….
Saya fikir memeluk isteri tiada kaitannya dengan panjang umur 5 tahun kerana tiada ayat al-Quran dan hadis nabi SAW yang memberitahu sebegitu.
Dan untuk memaparkan ayat begini untuk masyarakat, saya rasa ianya lebih baik jika tidak dipaparkan.
Wassalam,
Wan.
T. kasih for the article. Good info. B4 this saya pun pernah terbaca info/tips yg sama. Pd pendapat saya…perbuatan tu mmg di tuntut dlm islam. Dlm erti kata lain, memberi/menerima kasih sayang kepada/daripada suami/isteri. Dengan belaian/gurauan yg diberi/diterima akan lebih mengeratkan perhubungan. Pendek cerita…hati kita pun senang & happy selalu. Dari hati …maka terpancarlah keceriaan/kemanisan di wajah seseorang. Itulah yg dikatakan awet muda.
It’s a matter how u take & think about it. Walllahua’lam.
About umur tu….hanya Allah yg Maha Mengetahui.
buat shaharizuan…kan doc fadzilah dah cakap hal pelukan ini adalah hasil kajian so mmg tak der kena mengena dgn al-quran dan hadis..serta dh di jelaskan kita islam kena percaya qada dan qadar,ajal dan maut…so i sokong kata kata rina
Fadilah Kamsah versi Johan raja lawak.,,., hahaha lol
“Saya fikir memeluk isteri tiada kaitannya dengan panjang umur 5 tahun kerana tiada ayat al-Quran dan hadis nabi SAW yang memberitahu sebegitu.
Dan untuk memaparkan ayat begini untuk masyarakat, saya rasa ianya lebih baik jika tidak dipaparkan.”
Perkara begini memang tiada dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW,tetapi kalau kita kaji Al-Quran tu….tentu akan dapat lebih dari pada itu……
Buat apa yang ALLH suruh, tinggal apa yang ALLAH tegah……
Selamat Beramal……
alhamdulillah…
bagus utk semua orang tahu…ini research..selagi kajian tu x melangkaui batas2 hukum hakam islam…ok la tu..
nice bler bace… tapi heran..mgape ade yg mnyangkalnyer….?? dh nm pun kajian… xpayah komen per2… Allah pun dah memang soh kiter kasih mgasihi antara suami isteri kan…?? so…??? org yg cerdik pandai…mesti paham maksud tsirat sy..uppss..xley kt lebey..nti der yg marah..
bg sy…org yg xpenah dipeluk @ memeluk jer yg akan bkate “tidak” pd kajian nih…sy plak stuju sesangat..sbb sy salah sorg yg mgamalkan nyer…
betul…..
hubby cakap… bler dia peluk sy seawal pagi sblm pi keje..dia rase lebey bsemangat tok pi keje…. klo dia peluk sy time blk keje…dia rase sgale beban n ke’tension’an dia smsa keje akan ilang…..
sy lak…suker sgt dipeluk @ memeluk hubby coz rase tenaaaannnnggg jer…terasa kedamaian… hilang sgale kepenatan spjg hari..yer lar..ngan kj nyer yg melambak..lik kj lak..kj gih..keje umh lak..ank2 gih…kj..kj..kj… penat sgt2..tp biler dipeluk hubby..ilang sume penat….stress pun ilang….
bler kiter x tension….xpenat…xstress….maka..x ker pyakit lambat dtg..???
bler penyakit xder….insyaallah, panjang x umo kiter….?????
wallahualammmm….
so sweet….sy xkawin lg pon rasa kajian ni ada kaitannya dgn kesihatan…^_^
alhamdulillah… info yg amat bergune utk dikongsi… jgn cepat melatah & menyangkal… ini sume hasil kajian oleh manusia kan… yg penting ianya x melepasi batasan agama Allah… ambil dr sudut positive sbg amalan.. insyaAllah…
Jgn salah faham dgn kajian itu. Yg dimaksudkan umur lebih panjang itu secara amnya. Spt mana kita menganggarkan jangka hayat dgn mengambil kira faktor kesihatan seseorg. Contohnya – jangka hayat lelaki Malaysia ini puratanya 70 tahun. B’mana ia ditentukan – ialah dgn mengambil kira statistik perubatan, kemudahan perubatan, teknologi perubatan dll.
Jadi dlm kajian yg disebut di atas, hormon endorfin yg baik utk kesihatan itu, dirembeskan setiap kali berlakunya sentuhan. Oleh itu bila tahap kesihatan bertambah baik, maka jangka hayat secara amnya lebih panjang. Tapi sudah tentulah ajal maut itu Tuhan juga yg tentukan. Org yg sihat sekalipun, belum tentu hidup lama kerna ada faktor lain lagi yg menentukan – kemalangan, jenayah dll.
Jadi tak perlu pertikaikan kajian tersebut. Saintis tu kata JANGKA HAYAT lebih lama, dia tak kata pun hidup lebih lama (sbb dia pun tahu sebab2 kematian bukan hanya bergantung kpd tahap kesihatan). Sila fahamkan perbezaan itu.
hmm,saya setuju ape yang retusa cakap…al-quran tu merangkumi semua hal dalam kehidupan kita,cuma maksud nya tersirat.perlu difahami.takkan lah nak tulis bulat2 ape yang perlu dan tak perlu dibuat oleh suami isteri.Allah menggalakkan kita menuntut ilmu.Dalam hal yang dr bincangkan, ia berdasarkan kajian dan logik biologi. Tujuan untuk memghasilkan hubungan yang lebih baik. Dalam masa yang sama, menyentuh soal kesihatan. Sememangnya ajal maut,jodoh dan pertemuan Allah yang tentukan, tapi kita sebagai manusia perlu usaha untuk mendapat yang terbai…Sebagai contoh, hubungan baik, kurang masalah, kurang stress, hidup lebih sihat….
Sharing is caring…
Selamat beramal
so true:)
Bagi saya jika kita percaya peluk isteri boleh panjang umur 5 tahun boleh membawa kepada dosa besar kerana tiada dalil yg sahih berkaitan itu. Kepercayaan ini sama seperti kita mempercayai ramalan bintang/tarikh lahir dalam bab mempercayai ramalan bintang/tarikh lahir ULAMAK mengatakan perbuatan ini syirik
Bab peluk memeluk suami isteri tidak disangkal kebaikannya tetapi jika ada yg mengatakan memeluk isteri boleh memanjangkan umur selama 5 tahun itu yg disangkal kerana tiada dalil untuk kita mempercayainya sebab bab ajal maut,umur,jodoh,rezeki ditangan ALLAH dan tiada siapa dapat mengkajinya seseorang itu boleh panjang umur atau tidak dengan melakukan sesuatu.Kembalilah kepada AL-QURAN dan HADIS jika ada sesuatu kemuskilan.
memeluk isteri setiap pagi satu perkara yang amat baik.Bab peluk isteri boleh memanjangkan umur tu kata manusia aje. apa pun semuanya ketentuan Allah yang menentukan soal hidup dan mati.
Salam,tada apa salahnya jika peluk isteri setiap kali kita keluar rumah dari pada kita ucap hai-hai dan by-by, namun dipanjangkan usia lima tahun kan dia dah ulas bahawa ajal dan maut ditangan tuhan…no coment pero
i like it.. hasil kajian sains dan psikologi yg bole merangsang keceriaan sekeluarga…
peluk isteri 10 saat panjang umur 5 tahun ? agak2 kalau aku peluk hari2 dan lebih dari 10 saat… maksudnya tak akan matilah aku…. Subhanallah !!! teori apa ni?…hidup dan mati adalah perkara yg sdh ditetapkan Allah. Bahkan setiap saat umur kita semakin berkurangan….Walau bijak setara mana pun…kalu nak bercakap tu….nilai dulu baik buruk kesannya…tak salah kalau kata peluk isteri akan menambah kasih syg dan hidup rmh tgga akan lbh harmoni….. ni ada ke cakap boleh panjang umur ….jangan jadi org yg sesat dan menyesatkan….byklah beristighfar….
qadak dan qadar Allah itu sdh pasti…..mengapa dicari teori yg dapat mengelirukan keimanan. Betul, al-Quran itu mengandungi yg tersurat dan tersirat, jadi tak salah membuat kajian krn Al-Quran itu mengandungi semua ilmu yg ada di dunia dan juga ilmu sam-iyat….tetapi ttg ajal maut,rezeki dan jodoh sesuatu yg sdh ditentukan Allah…cuba fikirkan…
lepas peluk bini tiba2 rebah dan mati……mana pergi hormon2 tadi yg dikatakan dapat memanjangkan usia ?
Nampaknya masih Ada yg tak faham apa yg Dato Fadzillah Cuba sampaikn. Ada ayat disclaimerpun masih nak sangkal,seolah olah Dato’ tak faham benda tu tak dsebut Al Quran..hai kalau da ungkal tu ungkal jugak, nak cari kesalahan org je.. Mcm dia sorang je tahu isi Al Quran…
buat hamba Allah..
apasalla susah sgt lu nk paham ni.gua rasa lu punya pemikiran masih ditahap keanak2an.Lu ni tak modenla.org mengaji pondok pun x macam lu tau.
Shaharizuan tu adik lu ka?
Buduh sungguh yang menyangkal tu..dah nama nya kajian banggang…..dah fadillah kamsah cakap ‘Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” x reti reti ker??????…haila….SPM BERAPA BHS MLAYU…KALO MCM TU TAK PAYAH LAH PERCAYA ADA PENYAKIT LEUKIMIA KE..KANSER KE…HEPATITIS KE…SEBAB TAK D SEBUT DALAM AL QURAN….baru aku baca post komen org yang tak reti dan faham membaca….
betul la kata Not Stupid 2..sendiri yg mengelirukan diri sendiri..jd jwbnya,jwblah sendiri…
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,”….bahasa apa ka ini? tak kan ko tak paham….benda macam ni pun nak sangkal2 ka bro? tu kan cuma kajian, orang yang otaknya keldai saja yang keliru…kalau dah lepas peluk istri terus kojol tu lah maksudnya ajal maut d tangan Allah….qada’ qadar itu pasti…
BRO-BRO sekalian …Dato Dr Fadzillah dulu pn salah seorang pendakwah …. itu cuma kajian…. dia ckp melalui kajian .,,apsal nk disangkal lagi… mmg ler lu org belajar tinggi2…. tp pemikiran celik akal pn kn tinggi beb ….. fikir positif…sekurang-kurangnya bl dbaca setiap pasangna ada panduan utk memantapkan umahtangga masing-masing … wa rs benda ni x terpesong.. pemikiran lu org bagus dlm kebenaran agama..sesekali kn la beri respon yg positif bro … x kan masa kecik2 dulu lu org x pernah tgk Dr Fazilah dlm tv dlm rancangan ehwal islam..mesti x pernah kan huhuhuh
I love this article…
I luv tis article 2..bole gak dijadikn bahab bacaan utk kami sekeluarga n pengetahuaan.<3
I LIKE!!!
i like this article..Allah kn penuh dengan kasih sayang pada hambanya, maka kasih sayang di antara suami isteri lagila digalakkan..umur mmgla ketentuan Allah,tidak siapa yg boleh menyangkal tp kite kene berusaha menjaga kesihatan kita..ceria,hepi n tiada tekanan membantu tubuh bdn kita sihat,kalo dh smpai masa nya kite tetap kembali padaNya jua..
habis kalau peluk isteri lame2 x mati la eak.. kalo da ajal tu cmne lak..???
yg psl kesihatan tu bley la dgr..
aslm…sy ada sesuatu mahu bertanya berkenaan jodoh dari ALLAH S.W.T.sy ada 2 pilihan lelaki untuk di jadikan suami dunia dan ahkirat..boleh bantu sy menerangkan lelaki yang bagaimana mahu sy pilih untuk di jadikan suami.sekarang sy mengamalkan solt sunat malam trmsuk isytiharah.jika sy sudh mmbuat pilihan bagaimana ingin memberitahu yang satu pihak tiada jodoh dengannya??
Alhamdulilah. Artikel bagus. Tp ramai jugak yg kritik. Sebenarnya x perlu nak cakap kes pelukan 5 saat tu betul atau tidak. Penulis sendiri telah beritahu ajal maut ditangan Allah. Jadi ape yg kita percaya? Ia hanya kajian saintifik. Terpulang sama ada nak percaya atau tidak. Kajian saintifik kebanyakkannya diguna pakai. Seperti makanan kesehatan, bersenam dan lain2x. Bab pelukan suami ini mungkin ad betulnya Walaupun Al-quran dan Hadis tidak ad menyebut tentang ini. Kalau x betul pula kita boleh ambil dari sudut yang positif. Hubungan mesra suami ister amat digalakkan, tidak haram selagi tak melampaui batas. jika tidak ad kemesraan dalam rumah tangga ap akan jadi? Curang, bercerai, pergaduhan dan lainnya. Mangsanya adalah anak2x yg tak berdosa. Bersangka baik. Amalan yg baik.
ishhh lembam sungguh la yg tak reti-reti nak faham..info ni berdasarkan kajian.dlm islam pun kita diwajibkan berkasih syg diantara ahli keluarga.peluk memeluk diantara suami dan isteri adalah sesuatu perlakuan menyatakan kasih sayang diantara satu sama lain.
sentuhan adalah penawar kpd semua penyakit.cubalah sentuh dgn kasih sayang ketika suami/isteri,anak-anak ketika mereka sedang marah.secara tidak lansung temperature marah akan reda secara automatik.
inilah hikmah sentuhan,boleh menghilangkan rasa marah,cemas,takut,gundah gulana dan sebagainya.kesimpulanya bila kita rasa ceria,sihat maka kesihatan menjadi lebih baik so panjanglah umor kita.simple kan… ^_^
To: sharizuan,afiq,ah foo & osman..
kalau kita kata kan ‘makan nasi’ sebabkan jadi kenyang pun boleh jadi syirik juga…SEBAB…bukan ‘Nasi’ yg memberi kenyang tu pd kita tapi Allah taala yg menjadi kan kita kenyang tu…nasi tu sebagai Asbab(penyebab)shj…so jgn lah nk pertikai kan,artikal Doktor Haji Fadhilah Kamsah tu…beliau lagi arif tentang ilmu tersebut…walla’hualam
jum peluk2 (yg halal dipeluk sja) ..hahaha
T.kasih atas article ni.
Sy pun mengamalkannya. Sungguh rasa tenang bila memeluk pasangan. Apa yg baik kita ambil, Dulu masa kecil dpt peluk ibu, tidur atas riba ibu..skrg ibu jauh, bila peluk suami rasa tenang..
Motivasi dr Dr Fadhilah jelas, sbg Islam ajal maut di tangan Allah. Dr Fadhilah kata umr +5 thn adalah hasil kajian pakar di Jerman..jadi kalo ada sedara sedari tak puas hati, pergi lah bahas org Jerman tu ye. Tanya dia agama ape?? Jgn kelurkan bahasa2 kurg sopan kpd org lain yg ingin membuat kebaikan di sini dgn sebut Al-Quran2 lg..sikap mcm tu ajaran Al.Quran kah?
Wallahua’lam..Allah lebih mngetahui..
Rasulullah cth teladan kita, Al-Quran panduan kita smua. Kita bpegang pd yg sama..knpa perlu canggah menyanggah dan menyalahkan org lain. Baca article dulu byk2 kali dan fahami betul2. Org islam:ajal maut ditgn Allah (Hasil kajian Jerman: umur br+ 5 thn) Kalau ragu lagi psl khasiat memeluk psangan, cuba buat sendiri. Kalo tak rasa pe2, jgn buat. Jgn cepat melatah dan guna nama Al-Quran..org lain pun islam juga..kesian org Islam..(kesian kita semua)…
anisa:
pendapat ikhlas dr sy,
Berkata benar walupun pahit. Krn kita tak buat dia trnanti2 dan buang masa tggu kita. kalu tak bgtau, dia tak tau .
Setengah org bertindak menjauhkan diri. Trpulang pd msg2. Pertemuan yg baik dgn kata2, lebih mudah di fahami. Selebihnya bserah pd Allah krn DIA lbh tahu.(itu pndapat sy)
sharizuan, afiq, ah foo n osman.
Sebuah fakta ditulis dahulu diikuti ulasannya. Itulah cara nak “highlight” isu tersebut.SILA BACA ULASAN KPD FAKTA sblum anda menggunakan pkataan dalil, ulamak, syirik..dan bhujah bagai. mmg la anda nmpak mcm ada ilmu bila brkata mcm tu jd sepatutnya boleh jadi teladan. Saya pun tau la jgk pkataan2 tu sbb belajar agama. Ada org islam tak tau pun guna pkataan mcm tu. so jgn malukan org yg balajar agama ye.
Salam ziarah…entry yang menarik…
selain untuk kesihatan, ia juga mengeratkan ikatan suami isteri untuk menjidi lebih sayang menyayangi antara satu sama lain…
jom kongsi : Sampaikan dariku walau satu ayat
Saya setuju dgn suri….bagus betul artikel ni tapi kebanyaknya lelaki melayu jarang hendak menghadiahkan pelukan buat isteri lagi2 isteri yang tengah sarat mengandung wanita yang tanpa belaian suami juga adalah satu penderaan emosi…kerana dari pelukan seseorang itu la yang menunjukkan kasih sayang diantara satu sama lain kasih sayang ini akan bertambah erat jika anak2 turut mempelajarinye dari ibu bapanya senmdiri….
tenang & hilang stress
klu gtu nk peluk isteri saya setiap hari?
Setuju sangat2 dgn retusa…