Advertise Here

Kisah ‘Billionaire Murtad’ Paling Bodoh Dalam Dunia

Posted on January 15, 2010 under General by

  • Share
  • Share

n_03najemTahun 2006, Elie Youssef Najem mendakwa bahawa beliau adalah seorang Doktor (Dr.) serta ‘Billionaire’ yang ketiga paling kaya dengan harta bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) dan mahu mendermakan RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna). Tindakan beliau itu kononnya dibuat setelah menyaksikan hidup anak perempuannya terseksa akibat leukemia sehingga menghembuskan nafas terakhir. Beliau juga dilaporkanturut mengidap barah otak dan kaki cacat akibat penyakit ‘Multiple Sclerosis’. Tetapi hingga kini Makna tak dapat satu sen pun dari ‘hartanya yang banyak itu’.

Penipuan beliau mulai terbongkar pada tahun yang sama melalui kes sijil nikah palsunya bersama seorang wanita tempatan, Farinnie Mohd. Farid yang ketika itu hanya berusia 19 tahun.

Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengesahkan sijil nikah beliau sebagai palsu kerana menyatakan lokasi perkahwinan di Serdang, Kulim sedangkan alamat rasmi sebenar yang dikeluarkan oleh JAIK untuk semua sijil nikah ialah Serdang, Bandar Baharu.




Advertise Here

Nombor siri 033423 yang tertera pada sijil nikah milik Elie dikesan menyamai dengan seorang lagi lelaki yang bernikah dalam daerah Kubang Pasu.

Selain itu, Elie juga menggunakan nombor kad pengenalan palsu pada sijil perkahwinannya iaitu 651022-02-5036. Pemalsuan nombor kad pengenalannya adalah jelas kerana rakyat Malaysia dari kaum lelaki mempunyai nombor ganjil pada nombor terakhir sedangkan Elie mempunyai nombor genap iaitu 6.

JAIK turut mengesahkan bahawa `isteri’ Elie, Farinnie berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dan bukannya Kedah, sebagaimana tertera pada sijil pernikahan berkenaan.

Setelah dikurniakan dua orang anak iaitu Prince Kovadis Elias Youssef Najem dan Nur Analeeza Sofya, akhirnya Farinnie memfailkan tuntutan cerai fasakh kepada Elie September tahun lepas.

Dua bulan sebelum kes perceraian itu difailkan seorang wanita yang didakwa kekasih gelap Elie, Rosalia Gachatlin Viray, 22 dari Filifina dijumpai mati setelah terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama.

Paling biadap, Elie secara terbuka mengaku telah murtad dari agama Islam dan memeluk agama Kristian setelah kes percerai beliau difailkan. Dengan bangganya, orang kaya gila dari Lubnan ini menayangkan kepada wartawan rantai salib yang dipakainya sebagai menunjukan kekafirannya. Beliau juga enggan ke Mahkamah Syaria bagi menyelesaikan kes perceraian atas alasan beliau bukan lagi Islam.

Dan akhirnya Allah menunjukan segala pembohongannya pada dunia melalui satu serbuan yang dibuat Polis ke atas bilik hotelnya semalam selepas mendapat aduan dari seorang pekerja di Hotel berkenaan.

Kebodohannya memberikan wang kertas bernilai US$500 kepada pekerja hotel berkenaan membongkar segala rahsianya.

Polis mengesahkan menemui wang kertas yang terdiri daripada 60 keping wang AS$1 juta selain 60 keping wang AS$100,000 dan 40 keping AS$500.

Polis mengesahkan bahawa Elie berada di negara ini sejak tujuh tahun lalu dan pasport miliknya telah ditahan pihak mahkamah berikutan perbicaraan kesnya sedang berjalan.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 489 (c) Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu.

Pada saya, orang gila ini patut dipenjarakan dan selepas itu dihantar balik ke negaranya. Dan kalau ikut hukum Islam, dia patut dibunuh sahaja sebab sudah mengaku murtad!

Via Herman Shamsudeen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

14 Responses to “Kisah ‘Billionaire Murtad’ Paling Bodoh Dalam Dunia”
  1. st upid says:

    stupid arab

  2. truth says:

    sempat kawin la jugak.. huehue~

  3. view says:

    cube tanya kat die tu, ape sebenarnya yg die nk?? duit palsu..nk derma..duit tipu..pegi pulak bg tips kat org!! ke meng kantoikan diri sndr tu namanye…adoooyaiiiii

  4. vampayer says:

    alamak aiii…susah lah macam ni…

  5. aliya says:

    skang ni dy idup lg ke? tak pernh dengo citer psl dy…. ni bru je tau… ish2 dsyt manusia skang ni… mata digelapkan dgn harta dunia…

  6. pisang says:

    huhu..padn muka…he deserves that actually…a big liar n phsycho

  7. Agent Sky Walker says:

    Aiyaa. Tak pernah tahu pun cerita ni dari paper? Aku ke yg tak baca paper ni?

  8. ema_coco says:

    manusia mcm ni pun ada!!! mati tali gantung je larrr

  9. bg sesiape yg kte dye(elie yuossef najem)mmg dye bodoh..tp org yg kta 2 perfect sgt ke…perbaiki diri kite jgn asyik kta kt org

  10. ss says:

    salam,
    hm u all x pikir ke klu dia ni ade psychiatric illness mcm ne? people wif psychiatric problem do behave like dis… huhu doakan agar kita semua x terpesong akidah dgn segala mcm cubaan yg di bwa kafir laknatullah..amiiin…..

  11. yna says:

    nauzubillah..jgn lh terpesong akidah..

  12. Nasik Ayam says:

    Penipu paling bodoh,tapi bodoh2 pn dia da banyak tipu orang.Kalau dia ne pandai,George Soros pn ble kene tipu.
    Orang sakit mental rupenye.Atau saje2 buat sakit mental,buno aje.

  13. miza says:

    salam..saya pernah jumpe dia ni.. kt area bukit bintang.time tu sy ngn kawan2 tgh tgk live band hampir jam 12mlm… tetiba dtg sekumpulan body guard n si penipu ni pun ada sama..diorg sebar risalah untuk jadi penyanyi, pelakon..gile pembohong..wang yg ditawarkan utk berlakon filem dia je dlm USD juta2… cittt penipu betul..

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!