Konspirasi Dunia, Obelisk di Putrajaya?
Feb 1, 2010 Islam
Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.

Sun Pillar
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

Melontar
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.
Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud

National Millennium Monument, Putrajaya
Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

St. Peter Square, Vatican.

Luxor Obelisk, Paris.

Central park, New York.

Buenos Aires, Argentina.

Pheonix Park, Dublin.

Sao Paolo. Brazil.
Istanbul, Turki.

London, England.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13
Via warfeel-efairy
Incoming search terms for the article:
- obelisk
- Obelisk di Malaysia
- putrajaya illuminati
- obelisk putrajaya
- obelisk di putrajaya
- putrajaya freemason
- konspirasi malaysia
- konspirasi illuminati
- iluminati di malaysia
- simbol illuminati di malaysia
- www feryco com
- malaysian illuminati symbols
- konspirasi dunia
- sunway pyramid illuminati
- menara obelisk
- illuminati di malaysia
- tenaga positif kubah
- obelisk putra jaya
- malaysia obelisk
- malaysian illuminati
Tags: Allahuakbar, Aqabah, Bismillah, Cleopatra Needle, Dajjal, Firaun, Kebenaran, Ketamadunan, Konspirasi, Nama Allah, niat, Obelisk, Piramid, Protes, Rajman, Sun Pillar, Syaitan, Tamadun Mesir Purba, Tiang, Umat Islam












February 4th, 2010 at 12:52 am
“An obelisk is a tall, narrow, four-sided, tapering monument which ends in a pyramid-like shape at the top.”(wikipedia)
2 syarat asas utk obelisk, 4-penjuru & bentuk piramid di atasnya. Millennium monument di putrajaya tdk menepati ciri ini. Mgkin Malaysia Travel Guide tu silap apabila menyamakn monumen tu sbg metal obelisk.
February 10th, 2010 at 6:09 am
For God sake its just a monument la…
people built this things because they look ecstatic and menambahkan kecantikan lanskap…
As long as people x meyembah benda tu, I dont think it would be considered as bad
Its not like we mngagung2kan Tuhan Matahari diorg, its just that kita mengagumi ciptaan manusia, sama jgk spt karya monalisa n sbgainya.
Just my 2 cents…
February 15th, 2010 at 1:09 pm
kat malaysia mmg dah ada tiang obelisk ni.. satu kat kelantan tugu peringatan perang dunia pertama
satu lagi kat penang chinese anti war memorial kat air itam…
February 15th, 2010 at 1:10 pm
http://tiapdetik.blogspot.com/2010/01/memorial-perang-dunia-pertama.html
February 16th, 2010 at 11:26 pm
astargfirullah, kenapa kita nak mengagumi ciptaan manusia? ciptaan Allah itu lebih jelas yang patut kita kagum dan agungkan.
March 3rd, 2010 at 3:46 am
Aku tengok yang dikatakan obelisk tu Putrajaya tu macam menara masjid sahaja.
Pernah terfikir tak, kalau dari pandangan anak-anak kecil, monumen-monumen ini seperti menunjuk ke langit. Dan mereka pasti bertanya, “tunjuk apa? apa yang ada di langit?”
Dan bila masjid dibina tanpa kubah dan menara pula, adakah ia tidak boleh dianggap sebagai masjid?
March 5th, 2010 at 8:04 am
http://www.penang-traveltips.com/chinese-anti-war-memorial.htm
March 25th, 2010 at 4:54 am
asal orang islam sendiri msih xsedar betapa kita sangat sedang ditindas dan diperangi secara halus???asyik2 nak open minded….sekadar tugu laa, kagumi ciptaan manusia lar……..sedar x korang semua yang mereka sedang cuba menyesatkan kita secara halus???
March 25th, 2010 at 5:04 pm
tergelak aku baca artikel ni…apalah anak bangsaku merepek ni? obelisk apa kejadahnya tu? cuba kamu buat research betul2 pasal monumen tu jgn main hentam saja..buat malu betul…
March 28th, 2010 at 10:01 pm
fikir yg baik2 jer..positif thingking bro…
March 31st, 2010 at 2:43 am
Monumen tu pada awam-nya sebagai Millenium Monument. Mungkin sbgai membuktikan Malaysia menyaksikan kehadiran tahun 2000.
Another thing is, ia sebagai penanda titik tengah daerah Putrajaya ( ini di beritahu oleh seorang rakan, CnS designer), kalau ada siapa yang tau macamana nak ukur ketepatan dia, boleh lah cuba.
April 6th, 2010 at 1:01 pm
betul tak betul ker isu lain..toksa leh dok tiru2 orang lain, orang masuk lubang biawak kita pun dok masuk ikut, Nabi kita tak ajar pun buat benda2 macam ni..daripada buat tugu suruh orang tengok bagus lagi duit tu bagi kat orang susah ker pegi buat masjid ker surau ker bagi kat janda2 anak ramai anak yatim ker..
April 7th, 2010 at 2:01 am
hmmmm…menarik!!!
May 17th, 2010 at 11:02 am
dekat Taman Botani Putrajaya pun ada satu obelisk….guess what? Its situated at area called Matahari
May 22nd, 2010 at 1:01 pm
http://thearrivals.blogspot.com/ Lihat ini lah bukti simbol2 kedatangan Al-Masih Dajjal, Monumen ini berfungsi menyerap energy2 persekitaran dan mengumpul energ tersebut. Ia terletak betul2 di atas paksi bumi. Tonton the Arrival.
May 25th, 2010 at 12:23 pm
Ye pun i yg ustaz ni tak ckp pun KLCC tu obleisk…Sebelum nak buat kenyataan kena buat research dulu adik ye..Jgn dok buat comment tanpa berfikir…Apa bez tugu peringatan dan sebuah batu berhala???Dulu pada zaman jahiliah mmg org Mesir menyembah batu disebabkan mereka anggap tu tuhan…Zaman skrg ni kalu nak tgok org sembah patung ke batu bleh pi tokong cina tu byak lagi kat sana…Tugu adalah sebagi peringatan atau memperingati jasa org yg telah berjuang atau pun berkorban untuk negara…SEBAGAI PERINGATAN ATAUPUN KENANGAN CTH SEPERTI BATU NISAN DI KUBUR MENJADI TANDA KUBUR SESEORANG TAPI BKN NYA UNTUK PENYEMBAHAN!!!
June 1st, 2010 at 10:51 am
terpulanglah kepada orang untuk percaya atau tidak, bagi saya terdapat beberapa bangunan yg meniru/guna design oleh golongan Freemason ni… kita hidup didunia ni kena la tau ilmu yg bukan sekadar belajar time skolah, matrik @ university, ambil pandangan org lain dan kaji… saya mmg syorkan anda semua melihat dokumentari yg dikeluarkan oleh http://thearrivals.blogspot.com/. anda perlu ada sedikit ilmu agama, fizik dan sains untuk memahami apa yg ingin disampaikan dalam dokumentari ini.
June 9th, 2010 at 10:06 am
aku baca komen2 kt bwh ni.
nmpk sgt masih ramai lg org2 malayu ditidurkn oleh “hidden hands”.
adui. tu yg dok ckp mengarut la, itu la..ini la..korg bkk astro berita bernama. besar2 lambang all-seeing eyes..
peace =)
June 13th, 2010 at 5:19 pm
korang ni jgn lalai sgt.. ilmu kalau sejengkal jgn nak ckp bnyak. bukak sket kepala otak tu..jgn tgk bnda dgn mata, tp cube pakai otak. korang tau x pengaruh mason dah sampai kat msia? korg pnh x pk sal sunway pyramid tu? ‘SUN’ tu ape.. binaan kat msia..obelisk ni dah besepah2 kat merata dunia. aku nk korang g study ape tujuan obelisk ni nanti time dajjal nak turun nanti.. then baru korang bole cte sini..search jgk pasal pyramid, semua symbol seeing eyes lak..sure korang yg terkencing nanti
July 7th, 2010 at 10:30 am
Emmm, kalau saya tidak melihat dokumentari video The arrivals 2008 ( Terbitan Noregaaa and Achernahrs Production ), The Divine Book 2009 ( Noreagaaa and Achernahrs Production ) dan Phase 3 ( Noreagaa and Achernahrs), membaca majalah eramuslim digest yg diterbitkan di Indonesia ataupun membaca artikel2 tentang Perang Salib, segala mcm konspirasi yg berkaitan dgn Freemason, agaknya saya pun akan memberi komen2 yg berbunyi sekular dan “open minded” syukur kpd Tuhan tersedar dgn sistem Dajjal yg akan menjahanam kehidupan ini.Harap2 saudara seagama dpt membuat kajian sendiri dan banyak membaca.
July 16th, 2010 at 10:58 am
btl 2 bangkit & share…dorang x baca byk ni..emmm
SUN-WAY-PYRAMID =
MATAHARI MENUJU PIRAMID..
klu dorg bca dorg fhm..
=)
August 12th, 2010 at 2:02 pm
obelisk,piramid,kubah ade la satu bentuk senibina yg mengumpulkan paling banyak tenaga.positif or negatif nye tenaga yang terhasil,terpulang pada amalan masyarakat di kwsn binaan tu.cthnye, kubah di masjid2 akan kumpul tenaga positif hasil dari ibadah yg dilakukan.sebab tu masjid2 slalunye ade kubah n menara yg berbentuk oktagon.tenaga negatif plak dihasilkan dengan cara sebaliknya.sbb tu kebanyakan binaan yg korang panggil monumen tu dibina di paksi2 tertentu.sebab,bile tenaga positif n negatif da bersilang maka akan terbukak la pintu dari alam lain.maka al-masih ad-dajjal akan muncul..sesungguhnya minda kita sekarang terlalu percaya dengan apa yg ‘mereka’ mahu kita percaya.tentu ade sebab binaan tu berbentuk sedemikian.wallahualam..
August 19th, 2010 at 7:49 am
Tiang tinggi di Putrajaya tu sebuah rumah api kan?
Tak pasti binaanya menyamai obelisk.
Apapun, binaan seperti ni harus dielakkan.
August 29th, 2010 at 2:43 am
setiap amalan bermula dgn niat….jadi x salah kalau binaan asal monomen ini dibina untuk memperingati kematian pahlawan negara..bukannya perkara2 yg mensyirikkan allah s.w.t. http://tiapdetik.blogspot.com/2010/01/memorial-perang-dunia-pertama.html
..begitu juga binaan yg sama yg dibina di putrajaya…apapun jika binaan ini mendatangkan sentimen dr segi agama..adalah harus binaan seperti ini dielakkan dimasa akan datang.
August 30th, 2010 at 12:27 am
fitnah.. pasal tu lah ramai yang menyebar fitnah di neraka nanti..
September 1st, 2010 at 2:50 am
komen-komen tu jaga-jagalah sikit..nak mengutuk pun agak-agaklah ilmu didada tu..
Tahu tak kenapa sukar nak percaya perkara perkara begini..sebab kita dah hidup dalam acuan Freemason..walaupun disampaikan pun memang tak ada siapa yang akan percaya!!!
golongan Freemason ni tak hairan pun dengan pendedahan tentang pergerakan mereka,sebab dah conquer segenap ruang hidup kita..
Ini menunjukkan misi mereka hampir berjaya cuma tinggal masa je tunggu Dajal sebenar..
http://www.dinar-emas.com/vatican.html
September 1st, 2010 at 5:30 pm
mcm2 bahan bacaan yg menarik yg menambah pengetahuan baru..