MB: Bukan buaya, haiwan gigit pengunjung PD

gigit-pantai-port-dickson2Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.

“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Seremban hari ini.

Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.

Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi.

Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi.

“Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,” katanya.

gigit-pantai-port-dickson

Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.

Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan. – Bernama

Photo via Ridzuan Richie

IKLAN: Jom sertai Stormreaders Network! MLM 100% Berteraskan Syariah.

Stormreaders Network merupakan sebuah perniagaan MLM yang 100% menurut syariah dengan produk utama, buku-buku ilmiah dan himpunan doa & zikir oleh ikon-ikon Telaga Biru Sdn Bhd. termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Nor Bahyah, Irfan Khairi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin, Dato Ismail Kamus dan ramai lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.stormreaders.org

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

3 Responses to “MB: Bukan buaya, haiwan gigit pengunjung PD”

  1. Buaya Di Port Dickson, Penafian MB N9 Kurang Meyakinkan | News @ Feryco Says:

    [...] perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan hari ini luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata [...]


  2. eranatasya Says:

    Ape yang berlaku tidak boleh di jangka, hehehe Mungkin Binatang buas tu datang buat sementara sebab nak btaw malaysia akan kena tsunami, sekali dia ternampak kaki manusia dia baham la. yummynye =)
    ( hanya cerita )


  3. nagato Says:

    klo bkn buaya yg aku plak rse mgkin ikan flower horn kot…mgkin ikan flower horn da mbok laut tu yg die trgigit kaki mnusia…wakakaka…


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>