Nik Aziz Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia


  

muslimThe Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

tgna1a

Incoming search terms for the article:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Read also



2 Responses to “Nik Aziz Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia”

  1. (E-Book) The 500 Most Influential Muslims 2009 – Free Download | News @ Feryco Says:

    [...] 50 position are monarchs, religious scholars, or leaders of religious networks. RISSC has placed Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, at the 42nd position in the list. Other Malaysians on the list are Sharifah Zuriah Aljeffri [...]


  2. amir daris Says:

    wat ape jadi pemimpin yang BEARAGAMA ISLAM tetapi xtaw nak tegakkan islam …sudah laa..saya takot malaysia di timpa bencana akibat daripada perbuatan seperti korang nie…nie semua dunia..semua tuu yahudi yang wat tok korang bangge2kan diri kat dunia nie..sedarlah pemimpin ku…kamu sudah banyak wat maksiat di muka bumi ini…saya sebagai rakyat jelata ingin menasihatkan kamu agar kamu bertaubat dan tinggalkan segala duniawi ini kerana yahudi sudah menganggap kedaulatan ISLAM sudah tiada lagi..wat pe kamu mahu jadi muslim yang berpengaruh di dunia sedangkan ISLAM di negara kamu sendri kamu tidak terapkan hukum ISLAM?..INSAFLAH!..Bacalah surah Al-asr…assalamualaikum…maaf jikalau ayat terlalu kasar..Allah lagi hebat dari kamu semua…nikmat ALLAH lagi best dari pe yg korang dpt kat dunia nie..korang kne sedar yang nie smue nikmat2 yang telah ALLAH bagi pinjam kat kite..korang smue umur bkn makin muda..makin tue taw x..biler nak bertaubat..tlg laa selamatkan Agama ALLAH!..aku minx sgt2 supaya semua pemimpin tegakkan AGAMA ALLAH!..aku takot ALLAH murka!..assalamualaikum…


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>