Pengakuan Orang-orang Barat Terhadap Imam Mahdi
Feb 8, 2010 Islam

Di dalam post terbaru ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.
Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

Montgomery Watt
1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.
Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.
Ben Gurion
2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.
Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

The Mahdi
3. A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.
Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.
Wallahualam.
Via: warfeel-efairy
Incoming search terms for the article:
- imam mahdi sudah lahir
- imam mahdi sudah muncul
- imam mahdi
- iman mahdi
- kedatangan imam mahdi
- imam mahadi
- dimana imam mahdi
- dimanakah imam mahdi
- imam mahdi telah muncul
- tentera imam mahdi
- siapa imam mahdi
- tentera mahdi
- imam mahdi telah lahir
- imam mahdi malaysia
- imam mahdi sudah ada
- iman mahadi
- imam mahdi 2010
- pandangan barat terhadap sejarah islam
- tanda imam mahdi
- kedatangan dajal
Tags: Agenda Yahudi, Bangkit, bekas perdana menteri, Ben Gurion, bernama, Dunia Islam, Khalifah, Kronik, London Time, Mampu, Menulis, Montgomery Watt, Nabi Muhammad, Negara Islam, pada hari ini, Pemimpin Islam, Sahaja, seluruh dunia, Suara Islam, Umat Islam












February 9th, 2010 at 3:04 am
semua orang didunia ini tidak tahu siapa sebenarnya imam mahdi,sehinggalah berlakunya suatu peristawa di mana imam mahdi telah di kejar sekumpulan manusia untuk menagkapnya….cerita selanjutnya aku pom lupa-lupa ingat.
February 13th, 2010 at 6:57 am
tanda2 kiamat mkn dkt…
February 24th, 2010 at 4:47 am
Nice Article
Yahudi dan Nasrani adalah bangsa yang tidak sekali2 redha dengan Islam dan orgnya.
Mereka sangat memusuhi & sentiasa mengambil peluang untuk menghancurkan islam
memang Al-mahdi akan muncul di Makkah tapi hanya org tertentu shaj ayang mengenali siapa al-mahdi palsu.
March 1st, 2010 at 10:31 am
Imam Mahdi mungkin telah lahir dan usianya sudah dewasa. Tinggal tunggu kemunculannya. Mungkin Ia akan menjadi pemimpin ke-7 Indonesia. Jika ingin mendukung maka berjamaah lah.. Berkumpullah bersama para ulama dan dari jamaah itu kita akan siap mendukung Imam Mahdi.
March 8th, 2010 at 4:07 pm
hm,, hanya Allah yg mengetahui bila akn munculnya imam mahdi..
March 17th, 2010 at 10:11 am
Saya cadangkan saudara dapatkan sebuah buku bertajuk ‘Perang Armagedon’. Ia adalah himpunan Al-Quran, Hadis dan Kitab Bibel, yang mengulas dengan begitu banyak dan terperinci tentang Kiamat, Imam Mahadi, Dajal dan lain-lain perkara berkaitan akhir zaman.
Apa yang disebut oleh Acuk ttg kisah pengejaran terhadap seorang lelaki ditulis berdasarkan satu hadis yang sangat jelas. Mudah-mudahan menjadi satu pengajaran kepada kita semua. Insyaalah.
March 17th, 2010 at 10:17 am
… sambungan:
Saya kira himpunan hadis2 itu lebih baik daripada kita menghimpunkan kata-kata orientaslis barat, ataupun novel termasuk juga kata-kata tebakan berdasarkan kepercayaan semasa. Perkara yang lebih merisaukan saya adalah ‘umur ummat’. Sayang sekali perbincangan begini bukan sewajarnya dibuat secara terbuka dengan dengan mengambilkira keupayaan pembaca dan kemampuannya menafsir. Carilah buku tersebut di toko buku agama. Ia adalah hasil tesis seorang pelajar utk U Al-Azhar.
Bagaimanapun, usaha penulis utk menyedarkan Umat Islam ttg kedatangan Imam Mahadi dan keseriusan pihak barat sewajarnya dipuji. Jazakallah..
April 8th, 2010 at 11:28 pm
sekadar renungan mahluk bergelar insan…
1. titip hujan mengalun atap,
titip kasih mengalung rindu,
manis madu sisik di santap,
manis kata susuk hempedu.
2. layang burung merentang angin,
layang jiwa merentas sepi,
karam dilaut dasaran dingin,
karam di hati dataran api.
3. bayang gemilang sering di impi,
bayang sendiri tidak di peduli,
pahat mahligai sokongan sendi,
pahat kenangan catatan abadi.
4. selangkah pencak melenggok tari,
selangkah mara menggoncang naluri,
sangka diri manusia sejati,
sangka hidup tiada mati.
5. putih kain selimut badan,
putih hati selendang rohani,
genggam erat janji tuhan,
genggam urat ratsa kusani.
6. janganlah membuak marah di hati,
janganlah coretan di salah erti,
hapuslah musuh yang bersembunyi,
hapuslah takbur didalam diri.
7. andainya mata dapat melihat,
andainya dunia masih selamat,
umurnya manusia semakin singkat,
umurnya dajjal menjelang kiamat.
>>>manusia yang bijak serta pandai menggunakan dan mengawal akal serta hati yang dapat menyempurna dan membezakan mahluk (manusia) tersebut dengan mahluk yang lain, sifat atau pekerti manusia itu akan menjadi lebih dungu dan lebih bebal lagi dari binatang sekiranya dibiarkan terus dikawal oleh nafsu serakah yang tidak dapat membezakan warna yang putih dan yang hitam, manusia yang bersungguh mengerjakan segala amalan dan kebajikan dengan penuh keredhoan dan keikhlasan hati yang tulus dan suci adalah hampir sama atau lebih mulia dan lebih terpuji kedudukan serta darjatnya di antara malaikat, dan mereka yang bersungguh mengerjakan segala perkara atau perbuatan menurut segala kemahuan diri (nafsu), sama ada yang di ketahui atau tidak terhadap sesuatu yang jelas memesong dan di tegah adalah hampir sama dan malahan lebih keji dan lebih hina lagi di antara mahluk yang bergelar iblis.
>>> dan janganlah membiarkan diri ini terus tenggelam dan hanyut ditelan arus kegelapan, pimpin dan bawalah ia menyusuri jalan mencari erti serta panduan terhadap kebenaran, semoga kecahayaan kembali menyinar di dalam jiwa, yang dapat menghapus dan menentang dan menghapus segala unsur kebatilan.
April 21st, 2010 at 2:48 pm
tanda2 makin dekat
June 24th, 2010 at 6:42 am
pasti akan muncul imam al mahdi dengan tentera panji2 hitam dari timur. lihat saja bagaimana Allah swt melatih tentera islam di sebelah timur madinah, di iraq, di afghanistan, di utara pakistan, di checnya, di kashmir, di selatan thailand, di mindanao, semuanya dikatakan sebagai pengganas tetapi semua itu adalah latihan untuk melahirkan tentera panji-panji hitam dari timur yang akan bersama dengan imam al mahdi. insyaallah
June 30th, 2010 at 1:47 pm
Tidak ada imam mahdi melainkan Isa Putra Maryam – hadis rwyt Ibnu Majah
July 1st, 2010 at 4:17 pm
Tnda-tanda kiamat dah memang dekat
kalau tengok dalam YOUTUBE Dajjal dah lahir Imam Mahdi tentupun sudah tapi tak tahu dimana ? saya cuma tahu Imam Mahdi dilahirkan di sebelah Timur untuk menggelakkan Imam Mahdi dibunuh oleh musuh….
Negara mana yang berkembang pesat dengan sejajar agama islam kalau bukan negara kita Malaysia….
August 31st, 2010 at 1:28 am
sentiasa bersiap siaga.