Ramai yang Masih Tidak Solat
Posted on May 10, 2010 under Fadzilah Kamsah, Islam by wizvax

“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).
Advertise Here
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
- Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
- Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
- Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.
Formula Solat Sempurna
Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
HARGA : RM25.90
Dapatkan secara online di http://store.stormreaders.orgFORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.
Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.
Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.
Dapatkan secara online di http://store.stormreaders.org























Saya amat menyokong penuh dengan apa yang Dato’rungkaikan, kerana ini yang terjadi sekarang.
Pemerintah adalah peranan utama, tetapi sekiranya pemerintah disebaliknya itu lagi amat mendukacitakan.
dato itulah masalah besar yg melanda masyarakat kita.Mungkin kita ini telah dilahirkan sebagai Islam maka islam itu hanya sekadar diwarisi shj tetapi ilmu islam/ syariat islam yg sebenarnya x mahu diperdalami..ibubapa sekarang perlu sedar masyarakat hari ini perlukan perubahan drastik dr rumah lg untuk memperbetulkan keadaan.kita tidak berada di zaman rasullullah sebab itu kena pergi ke majlis-majlis ilmu ini.Tuntutlah ilmu itu dr skrg, perbeetulkan diri kita dahulu barulah kpd anak2 dan ahli keluarga yg lain. Bantuan dan sokongan pemimpin atasan amat diperlukan ketepikan soal polotik dahulu…solat 5x sehari ini diperbetulkan dulu..tidakkah solat ini akan dihisap terlerlebih dahulu?…
Salam,
Artikel yang amat baik.
Minta izin untuk masukkan artikel ni dalam http://www.darulkautsar.net
Abu Muhammad – Anda berhak untuk menyebarkan sebarang artikel-artikel kami tanpa memberitahu kami terlebih dahulu sama ada melalui web/blog anda, melalui edaran risalah ataupun melalui cara-cara lain. We have no copyrights to claim from all of our articles.
TQ
tanggungjawab sindri jgn salahkan org lain.
Memang satu masalah besar dunia sekarang manusia abaikan solat. Muga kita cuba berusaha mengatasinya dengan ujudkan cara hidup sunah dalam kehidupan dirumah dan doa semuga allah memberi hidayah dan petunjuk kepada semua umat Islam seluruh dunia dan Malaysia khasnya.Insyaallah
minta izin nk isikan dalam enry blog..terima kasih banyak artikel yang menarik
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani!!!
saya telah membaca artikel diatas dengan kebenaran Allah dan cuba menyebarkan ilmu yang diilhamkan kepada saya oleh Allah yang maha mengetahui!!
cara yang paling berkesan untuk menjaga diri kita dgn sesama makhluk dan menjaga hubungan kita dengan Allah ialah dengan menerapkan rasa cinta kita kepada Allah!!kita kena selalu berzikir dan selalu mengingat Allah bagi membuktikan rasa cinta itu!seperti kita mencintai sesorg,kita akan berusaha membahagiakan dia..dengan Allah,kita hanya perlu mengingati Allah dan Allah akn mengingati kita!!Allah akan menjaga kita,mengingatkan kita tentang solat,ingatkan kita tentg berbuat baek kepada manusia,kepada sesiapapun,Allah akn beri kita keupayaan untuk solat…senang crita masalah akan selesai jika kita menyebut nama Allah,berzikir!!!cuba sahabat sekalian merenung,berapa kali sehari sahabat menyebut nama Allah????sedangkan malaikat dan makhluk ciptaan laen sepanjang masa berzikir(menyebut kekuasaan Allah)..renung2kan lah!!zikir dan rawatlah hati sahabat semua…(kesimpulannya,berzikir=selamat dunia akhirat,amalan terjaga,semua terjawab,hati sabar…ZIKIR(ALLAH)=bersih hati=bersih fizikal=bersih mental=bersih amalan=bersih ruang dan waktu=jawapan tuk hidup yang bahagia dunia akhirat!!!berzikirlah selalu!!maaf kalau tersalah tulis!!ALLAHUAKBAR….
Sembahyang itu tiang agama..tinggal sembahyang runtuhlah agama..
memang tinjauan serta kajian yang di sekolah mendapati antara 15-20% pelajar solat 5 waktu sehari..w/pun kempen & usaha dibuat olh phk yg bertanggungjawab di sekolah angka terbut msh belum berganjak..faktor utama yg diperolehi ialah ibubapa tidak bersungguh2 dlm soal ini.Mengapa demikian terjadinya??Kajian jg mendapati ibubapa juga kurang sempurna dlm solat..Harap sama2 kita mencari jln ke arah meningkatkan lgi kesedaran ibubapa dan ank2 spy menjadikan solat sbg agenda yg utama dan pertama..’melentur buluh biarlah dari rebungnya…’
memang tinjauan serta kajian yang dilakukan sekolah mendapati antara 15-20% pelajar solat 5 waktu sehari..w/pun kempen & usaha dibuat olh phk yg bertanggungjawab di sekolah angka terbut msh belum berganjak..faktor utama yg diperolehi ialah ibubapa tidak bersungguh2 dlm soal ini.Mengapa demikian terjadinya??Kajian jg mendapati ibubapa juga kurang sempurna dlm solat..Harap sama2 kita mencari jln ke arah meningkatkan lgi kesedaran ibubapa dan ank2 spy menjadikan solat sbg agenda yg utama dan pertama..’melentur buluh biarlah dari rebungnya…’
byk nye..lebih drp separuh
Masya Allah..Angka ini begitu membimbangkan kita sebagai umat islam.Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak..Jika baik amalan solat baik lah segala amalannya jika buruk amalan solatnya buruk jugalah amalannya….
salam…
sy minta izin utk copy paste article ini utk dimasukkan ke blog sy…it will be completed with link to this web…syukran…
masyallah…..dunia smkn mju nmn hakikatnya msyarkt islm mkn mundur….sesungguhnya solat tiang agama..barangsiapa yg mndrikn solt mka mndrikn agama & brgsiapa yang mngglkn solat mka mrnthkn agama….skdr prkgsian(^_^)
mengapa ibadat pertama yg akan di kira pd hari hisab nnt menjadi benda yg remeh pd umat islam sekarang ni…mmg betul kiamat makin hampir
wahai hamba Allah sama sama kita ingat meningati satu sama yg lain ,moga moga pesanan ini akan menjadi satu pegangan hidup. amin
amalan pertama yang dihisab…