Pemimpin wajib lunas amanah rakyat
TUGAS pemimpin politik bukan mudah kerana setiap amanah yang digalas adalah tanggungjawab perlu dilunaskan sebaik mungkin demi memastikan kebajikan rakyat terjamin. Dalam mencapai tujuan murni itu, semua tindakan diambil perlu dinilai sedalam mungkin berlandaskan prinsip menepati janji, bersikap jujur, adil dan saksama.
Peranan politik yang dimainkan pemimpin tidak terhad kepada tugas dalam negara kerana mereka turut dilihat pemimpin lain di peringkat antarabangsa dan apa juga tindakan dilakukan bakal memberi impak kepada kebajikan rakyat serta negara keseluruhannya. Read more
Memilih Isteri Solehah
Perkara pertama yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah memilih isteri solehah.
Hendaklah isteri itu seorang yang soleh dan berpegang teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat. Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri dan maruahnya. Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi sempit.
Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia akan dituduh mengambil sikap enteng saja tentang agama dan maruahnya, dan akan dituduh sebagai suami yang dayus. Walhasil si suami akan berada dalam keadaan yang serba-salah sekali. Read more
GEGAR Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan

Sidang media pertama gegar yang diadakan di JKR 10 sebentar tadi.

Pengerusi bersama GEGAR Dr. Abdul Halim Yusof (Kelantan) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Terengganu) sedang menjawab beberapa soalan dari wartawan di sidang media sebentar tadi.
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) ditubuhkan pada 5 Disember 2009 yang mewakili Gabungan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terangganu (MAMPAT) yang terdiri lebih daripada 50 buah badan bukan kerajaan (NGO)
GEGAR akan:
- Mengembelingkan semua pihak tanpa mengira sempadan Agama,politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui pelbagai cara.
- Mengadakan Konvensyen Rakyat: Royalti Petrolium Antara Hak Atau Ehsan? Di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
- Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan,bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.
Dengan itu GEGAR mengesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.
Mohd Hisyamuddin Ghazali
Setiausaha GEGAR
PAS pertahan tajaan haji Nik Aziz
PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.
“(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.
“Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama,” kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.
Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu. Read more





















