Advertise Here

Hukum tertidur semasa solat

January 29, 2012 by  
Filed under Islam

Soalan; Assalamualaikum, Ustaz, apakah hukumnya sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat, terutamanya solat subuh. adakah solat akan terbatal.

Jawapan;

Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur). Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wudhuk) tanpa ada khilaf di kalangan ulamak sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut; Read more

Ramadhan Memenuhi Fitrah Manusia

August 20, 2010 by  
Filed under Islam

ramadhan-fitrahGambar ihsan dari http://blog.syazwanwi.com

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Surah al-Baqarah, ayat 183.

Memahami Tujuan Hidup

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh. Read more

Mengapa Wanita Menangis?

May 12, 2010 by  
Filed under Fadzilah Kamsah

wanita-menangis

‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan. Read more