Advertise Here

Mengumpat amalan tercela

January 30, 2011 by  
Filed under Islam

SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.

Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.

Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim) Read more

Besar ganjaran jika bijak urus masa

October 8, 2010 by  
Filed under Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

MASA tidak akan menunggu kita walaupun sesaat. Manusia sentiasa berhubung dengan masa dalam ‘pengembaraan’ mereka di muka bumi ini yang bermula daripada kelahiran sehingga dijemput pulang mengadap Ilahi.

Ia ibarat pedang, sekiranya tidak mencantas, masa pasti memintas kita. Masa ibarat senjata tajam yang amat bermanfaat dan menguntungkan manusia sekiranya digunakan dengan baik.

Sebaliknya, jika tidak betul cara penggunaannya, ketajamannya akan memakan diri. Mereka yang tidak tahu memanfaatkan masa akan jauh ketinggalan sama ada dalam agama, pemikiran, teknologi atau politik. Read more

12 Barisan di Akhirat

September 27, 2010 by  
Filed under Islam

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut: Read more

Indahnya Kemaafan

September 22, 2010 by  
Filed under Fadzilah Kamsah

kemaafan

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan?? Read more

10 Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat

May 22, 2010 by  
Filed under Fadzilah Kamsah, Islam

Simple_Islamic_Wallpaper_by_BrightKnight

Dalam tips motivasi kali ini saya akan berkongsi dengan anda 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat. Kata lain, faktor yang menentukan kejayaan kita. Tips ini sudah lama dalam simpanan saya, kini tibalah masanya untuk dikongsikan bersama anda.

Kadang-kadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai antara kita terperangkat dalam ‘kepompong’ diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tidak ternampak oleh kita, namun di nampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru, atau pun sahabat kita. Read more

Maksiat yang Menghancurkan Kehidupan

May 10, 2010 by  
Filed under Islam

turkeymosque

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan maksiat sangat berbahaya bagi hati dan pisik di dunia dan akhirat. Maka siapa saja yang masih hidup dengan bergelimang maksiat, hanya akan merusak kehidupannya, dan mencelakakannya di dunia dan akhirat. Perbuatan maksiat akan mempunyai pengaruh buruk, seperti :

Pertama, diharamkan memperoleh ilmu, hal ini seperti diungkapkan Imam Malik, yang pernah terkagum-kagum dengan kecerdasan Imam Syafi’i yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman terhadap Islam. Saat itu Imam Malik mengatakan, “Aku melihat Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu, karena itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat”, ungkapnya.

Imam Syafi’i, yang alim dan zuhud dalam hidupnya itu, menguntai bait-bait kata, yang menggambarkan pengalaman pribadinya. Read more

“Saya tidak halal dunia akhirat” – Tok Guru Nik Aziz

November 28, 2009 by  
Filed under TGNA

tok_guru_nik_azizBerikut adalah ucapan Tok Guru Nik Aziz di majlis penghayatan Hari Wukuf di Putik Pengkalan Chepa pada 26 November 2009.

“Ambo (saya) tidak halal dunia akhirat. Kalau datang meminta maaf pun, kalau saya tidak beri boleh buat apa”. Demikian kenyataan kesal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap dalang yang menghalangnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Beliau mendakwa tindakan tersebut dibuat oleh dalang terbabit dengan terancang dan ia sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkan kerajaan PAS di Kelantan.

“Mereka ini merancang nak runtuhkan Islam, nak lawan agama (secara langsung) mungkin mereka rasa tak kena.”

“Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo (saya) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui sebaran di internet dan sebagainya”. Read more