SPRM digesa siasat segera Setpol Najib

rasuah najibKOTA BHARU,12 Dis: Rakyat sama ada penyokong PAS atau Umno akan merasa senang hati sekiranya orang kuat Umno sendiri yang terbabit dengan kesalahan didakwa sama ada yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bahkan imej pihak pendakwaan itu juga dianggap telus.

Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Shafei Abdullah dan gesaan supaya dijalankan siasatan segera berkata kalau orang kuat Umno turut disiasat atas dakwaan itu, rakyat di negara ini merasa senang hati.

“Kalau orang kuat Umno kena siasat juga maka itu menimbulkan rasa senang hati di kalangan rakyat, tanpa mengira (sama ada mereka itu dari) PAS atau Umno, kena belaka.

“Bahkan imej pihak jawatankuasa siasatan pun dianggap telus,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini.

Read the rest of this entry »

PAS gesa Pahang dedah ahli lembaga pengarah GLC bermasalah

KUANTAN, 12 Dis: PAS negeri Pahang mahu kerajaan negeri Pahang mendedahkan kepada umum ahli lembaga pengarah beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu yang didakwa mengalami kerugian sehingga menyebabkan krisis ekonomi di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beberpa anak syarikat kerajaan negeri termasuk Mentega Corporation, ASPA, PASDEC dan banyak lagi tidak menunjukkan prestasi yang baik malahan membebankan kerajaan kewangan negeri.

Kecewa dengan keadaan itu, beliau mahu kerajaan negeri melantik ahli lembaga yang mempunyai latar belakang pengurusan ekonomi yang terbaik dan berkelayakan dan bukannya meneruskan amalan melantik mereka yang terdiri dari ahli politik Umno semata-mata.

Read the rest of this entry »

Petra dilepas kes menghasut

raja petraPenulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

“Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan,” kata Rozina.

Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin.

Read the rest of this entry »

Data Dr Abu Hasan Kenalpasti Kelemahan PAS

Dr Abu HasanData yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.

Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.

Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.

“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya.

Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”.

Read the rest of this entry »

Koroner benar mayat Teoh digali semula

Mahkamah koroner Shah Alam membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang telah dikebumikan lebih tiga bulan lalu, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Read the rest of this entry »