(E-Book) The 500 Most Influential Muslims 2009 – Free Download


  

muslimA publication tries to highlight people who are influential as Muslims, whose influence is derived from from their practice of Islam or from the fact that they’re Muslims.

The research done by the Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) of Jordan exerted that influence is hard to be quantified, thus those who are in the top 50 position are monarchs, religious scholars, or leaders of religious networks.

RISSC has placed Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, at the 42nd position in the list. Other Malaysians on the list are Sharifah Zuriah Aljeffri (Women), Zainah Anwar (Women), Prof Dato’ Dr Osman Bakar (Scholarly), Anwar Ibrahim (Political), Mohideen Abdul Kadir (Development), Prof Dr Mohd Hashim Kamali (Scholarly) , Dr Mahathir Mohamad (Political) and the nasheed group, Raihan (Arts and Culture).

RISSC welcomes everyone to contribute to the list next year by sending emails to them. The list will become something to look forward to in the coming years, though I now wish that there will also be a list on “Muslims of the year”. The subjective influence/popularity can be put out of the equation — and those who really did contribute something, those that matter in the Muslim world made it to the list.

Download Link

Incoming search terms for the article:

Slogan 1Malaysia Punah Dalamasa Kurang 24 Jam

DS 9JAN - 1 001_0001Parti Keadilan Rakyat kesal Umno-Barisan Nasional mewujudkan suasana tegang dan menyemai prasangka antara Muslimin dan Kristian melalui media massa.

Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata liputan media arus perdana menuruti tunjuk perasaan tempoh hari memaparkan sikap konfrontasi pimpinan Umno-Barisan Nasional.

“Saya telah bersama pimpinan Parti Keadilan, PAS dan DAP membuat kenyataan mengutuk keras serangan itu. Pimpinan UMNO harus memikul tanggungjawab kerana mereka telah menggunakan media selama ini untuk menghasut rakyat benci kepada Kristian yang menuntut nama Allah digunakan,” tegas Anwar.

Beliau berkata, media milik UMNO-Barisan Nasional harus lebih berwaspada dalam melaporkan isu-isu keagamaan dan perkauman.

“Media yang membawa aliran, fahaman perkauman dan mendokong perasaan benci kepada kaum dan agama harus menjawab dan dipertanggungjawabkan,” tambahnya.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Nik Aziz Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

muslimThe Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Anwar: Ketelusan Dalam Tadbir Urus Masih Menjadi Isu Utama

anwar-ibrahimLaporan Audit Negara tahun 2008 yang baru diperoleh oleh ahli parlimen menunjukkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban sebahagian dari kerugian projek mega yang bernilai ribuan juta dana awam. Jabatan Audit Negara menganggarkan jumlah kerugian projek rel keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh berjumlah sekitar RM 1.14 billion.

Sehingga bulan Disember 2008 sebanyak RM 5.77 billion telah dibelanjakan untuk projek tersebut, bermaksud 32.9%(RM 1.43billion) lebih tinggi dari nilai sebenar, iaitu sekitar RM 4.34 billion.

Malahan Laporan tersebut mengakui bahawa kelemahan pengurusan yang mengakibatkan kerugian yang sebegini besar. Saya percaya perkataan yang tertera dalam Laporan Audit sedikit “diplomatik.” Sesungguhnya ada bukti jelas seumpama penangguhan dan memesan secara lebih bahan untuk projek tersebut sudah cukup buat kita menyiasat jika wujudnya sebarang penyelewengan.

Read the rest of this entry »

Anwar Ibrahim: Media Arus Perdana Putar Belit Isu Zaid

anwarKetua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media massa arus perdana telah memutarbelitkan cuti enam bulan yang diambil oleh Zaid Ibrahim dari tugas-tugasnya di dalam biro politik parti.

Anwar berkata beberapa perkara mengenai program di Sabah yang dikaitkan dengan Zaid turut diselesaikan tanpa masalah.

Anwar berkata demikian selepas menghaidiri majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Keadilan Wilayah Persekutuan.

“Benda ini tidak berbangkit kerana dia baru telefon saya dari Sarawak bersama Presiden ada program parti. Kemudian dia hendak bercuti menunaikan haji. Program di Sabah itu kerana dianjurkan oleh cabang tanpa negeri. Dua hari lalu negeri bermesyuarat dan mengesahkan sebagai program negeri jadi selesai,” katanya.

Read the rest of this entry »

Syed Husin: Tiada Kepincangan Dalam PKR

Permohonan cuti mantan Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim disensasikan media arus perdana, walhal ia bukan sesuatu yang luar biasa.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali berkata desas-desus pergeseran antara Zaid dan pihak tertentu dalam PKR tidaklah separah yang dikhabarkan.

Syed Husin berkata demikian merujuk kepada liputan media hari ini yang melaporkan Zaid menghadapi kesukaran susulan pergeserannya dengan Naib Presiden Azmin Ali.

Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.

“Sememangnya adalah satu perkara biasa pihak BN mengambil peluang secara opotunis, sekiranya kalau ada perkembangan dalam Pakatan terutamanya dalam keadilan. Saya nampak berita tentang Zaid ini sudah terlalu dibesar-besarkan dan diselewengkan untuk kepentingan BN dan untuk menunjukkan seolah-olahnya ada krisis besar” ujarnya.

Zaid dibawa masuk ke PKR oleh Ketua Umum Anwar Ibrahim pada Jun lalu dengan tanggungjawab untuk menyatukan Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Read the rest of this entry »

Zaid bercuti, krisis terbaru PKR?

Zaid IbrahimDatuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

“Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.

Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Beliau, yang juga ahli parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah esok – berselinding di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri – untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

Dalam satu mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu, Azmin didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar sendiri sukar menenangkannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaid bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan isu kepemimpinan parti itu di Sabah dan Sarawak seperti dilaporkan Malaysiakini sebelumnya.

“Saya diundang menghadiri perhimpunan dan majlis Hari Raya anjuran pemimpin PKR untuk bertemu dengan ahli-ahli, yang saya sudah menerima pelawaan itu.

“Begitu juga saya turut diundang bertemu beberapa pemimpin Sarawak di Kuching. Saya tidak nampak sebarang niat buruk dalam undangan-undangan ini,” katanya.

“Saya tidak apa-apa kepentingan dalam politik dalaman PKR atau parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya juga tidak berminat mengambil peranan kepemimpinan dalam PKR.

“Saya telah jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya kepada Anwar sewaktu saya menyertai parti ini.”

Selepas Azmin tidak senang dengan kehadiran Zaid di majlis berkenaan, Anwar pula menghalang bekas senator itu menghadirinya. Tindakannya bercuti membolehkan beliau keluar daripada arahan pemimpin besar PKR itu.

Malaysiakini