Advertise Here

Gandakan usaha hidupkan Ramadhan

August 11, 2011 by  
Filed under Islam

MARHABAN ya Ramadan – Selamat datang Ramadan diucapkan untuk bulan yang suci serta mengharapkan agar jiwa raga kita serta keluarga dan anak-anak dan umat Muslim seluruhnya diasah dan diasuh bagi melanjutkan perjalanan menuju Allah SWT. Kita perlu mempersiapkan bekal bagi tujuan menyelusuri jalan itu.

Tahukah saudara apakah bekal itu? Benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa keluarga Muslim seluruhnya. Tekad kita yang membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama, bangsa dan negara.

Sebagai keluarga Muslim kita seharusnya gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan dan menghadapi dengan dada yang sangat lega; dengan jiwa yang tenang, dengan hati yang tenteram. Bagi orang Islam yang beriman mereka menerima kehadiran bulan yang barakah ini dengan penuh kegembiraan. Ini kerana pengembaraan Ramadan yang begitu lama sudah kembali semula menemui kita.

Sesungguhnya Allah mewajibkan puasa adalah untuk membersihkan jiwa dari sifat-sifat yang hina dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang mulia serta menjauhkannya daripada setiap sifat yang tercela. Kita dianjurkan banyak bersabar dan berjihad melawan hawa nafsu. Dengan puasa juga iman seseorang Muslim akan bertambah kuat dan bersih. Read more

Lagi Penghinaan Terhadap Islam

October 4, 2010 by  
Filed under Islam

Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll).

Penghinaan terhadap Islam kali ini datang dari saudara Judas yang telah mengishtiharkan dirinya murtad. Beliau telah meninggalkan komen di artikel “Desak Siasat Klip Video Paderi Hina Islam“. Melalui tulisan atau komen yang saudara Judas tinggalkan, saya boleh agak yang dia seorang Melayu. Tetapi komen tersebut telah diremoved oleh saya. Berikut adalah komen yang ditinggalkan oleh beliau: Read more

Pesanan Buat Suami

May 14, 2010 by  
Filed under Fadzilah Kamsah, Islam

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

doa suami yg soleh couple1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. Read more