Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja
Dec 15, 2009 General
KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.
Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan.
Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.
Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.
Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet keseluruhan.
Read the rest of this entry »
Incoming search terms for the article:
Tags: ahli parlimen, Bilion, Chong Hwa, datuk seri anwar ibrahim, Dewan Rakyat, Dr Koh, Jabatan Perdana Menteri, Junaidi, Kementerian Dalam Negeri, Koh Tsu Koon, Kuala Selangor, Mengundi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat, pengundian, Sekolah Menengah, seri anwar ibrahim, undi, Undian










