Advertise Here

MBSA Lancar Projek 1Tikus

December 26, 2009 by  
Filed under General

_0001_0169Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi setiap tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran itu ditawarkan sebagai galakan untuk penduduk setempat menyertai kempen itu.

“Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang ditangkap untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya,” katanya selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu.

Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya peka dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka. Read more