Kelantan Sahut Cabaran Bawa Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah
Dec 10, 2009 TGNA
KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.
“Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak,” kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamed Nazri supaya Kelantan mengemukakan tuntutan itu di mahkamah berbanding usaha retorik Nik Aziz berdoa yang bukanbukan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Pusat.
Read the rest of this entry »
Incoming search terms for the article:
Tags: Abdul Rahman, Berdoa, bernama, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Gagal, Kelantan, kerajaan negeri, kerajaan pusat, mahfuz omar, Naib, najib tun razak, Nik Abdul Aziz Nik Mat, nik aziz, Pegawai Eksekutif, pemimpin, Retorik, royalti, Tahun Depan
Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa
Nov 29, 2009 TGNA
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.
Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.
Read the rest of this entry »
Incoming search terms for the article:
Tags: Agama Islam, Berdoa, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Harussani Zakaria, Hidayah, Jahat, kerajaan pusat, Kesejahteraan, Menteri Besar Kelantan, Mufti Perak, najib razak, najib tun razak, niat, Nik Abdul Aziz, Nik Aziz Nik Mat, pemimpin, perdana menteri, Umat Islam, UMNO
Najib Altantuya: Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja
Nov 4, 2009 Najib
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.
Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.
Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.
Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.
Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Dewan Rakyat, Ehsan, hari ini, kerajaan negeri kelantan, Kerajaan Persekutuan, kerajaan pusat, Khalid Samad, Kubang Kerian, Najib Altantuya, najib tun razak, perlembagaan, Rakyat Kelantan, Rantau Panjang, royalti, Runding, Salahuddin, Shah Alam
Kelantan dapat wang ehsan minyak
Nov 4, 2009 Kelantan
Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.
Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.
Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.
Katanya, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, bernama, Bilion, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Dewan Rakyat, Ehsan, Hasil Pengeluaran, jabatan perangkaan, kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, kerajaan pusat, najib tun razak, peratus, perdana menteri, Perundangan, Pesisir Pantai, Rakyat Kelantan, royalti, Selaras, Tahun Depan
Kit Siang dakwa Musa Hasan gagal KPI
Oct 20, 2009 Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mendakwa Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya satu pembohongan semata-semata.
Kit Siang berkata, kerajaan tidak serius dalam memnuhi KPI apabila terus menyambung kontrak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hasan sedangkan sebahagian besar masyarakat awam membantah perlanjutan kontrak itu.
Musa tegasnya telah gagal memenuhi KPI khususnya melihat kepada kadar jenayah yang meningkat, kegagalan membanteras rasuah dan melindungi hak asasi rakyat.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdul Aziz, Abu, dalam, dan, datuk seri najib tun razak, hak asasi rakyat, hanya, Hasan, IPOH, jenayah, kadar jenayah, Kit, KPI, KUALA LUMPUR, Malaysia, menteri dalam negeri, Pakatan, parlimen, peratus, perdana menteri, Rakyat, rasuah, Seman, Seri, Siang, Sri Gading, Sri Musa, tan sri musa hasan, yang, Yusuf










