Rosmah Ganti Khairy
Oct 20, 2009 Rosmah
Dulu Khairy, sekarang Rosmah menjadi kepala “Tingkat 4″ pejabat Perdana Menteri.
Pegawai kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dalam urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan.
sumber-sumber kerajaan berkata campurtangan itu sudah di “tahap kritikal’ dengan Rosmah mempertikaikan keputusan tertentu Timbalan Perdana Menteri Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Campurtangan Rosmah itu tidak menerima sebarang teguran daripada Najib walaupun beliau adalah juga Menteri Kewangan.
Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan, Rosmah menaruh minat yang amat mendalam terhadap penyediaan Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Oktober depan.
Read the rest of this entry »
Tags: bajet, belanjawan, Beliau, campurtangan, dan, dan Ketua, dan Shahrizat, dengan, Di, di Kolej, di Parlimen, di Pejabat, itu, ketua setiausaha negara, Khairy, kontrak, maka Rosmah, mempunyai, Menteri, menteri kewangan, negara, parlimen, Perdana, Pinang, Rosmah, sidek, Sri Mohd, suara keadilan, tender kerajaan, timbalan perdana menteri, untuk, Wanita KEADILAN, yang
Rosmah Juga Guna Jet Tiong King Sing
Oct 20, 2009 Skandal
Menurut sumber dalaman Umno isteri tercinta Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan menggunakan jet peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Beliau dikatakan telah mengguna salah sebuah jet mewah kepunyaan Tiong beberapa kali untuk tujuan peribadi.
Bagaimanapun, nama Rosmah tidak diheret sepanjang isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia itu berlangsung.
Adalah difahamkan Najib kini sedang berusaha untuk membersihkan nama Rosmah supaya tidak terkait dalam penyiasatan skandal PKFZ dengan menubuhkan berbagai jawatankuasa bertindak bagi mengaburi mata rakyat.
Sebelum ini laman web Malaysia Today juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan Deepak Jaikishan, salah seorang daripada lima pengarah sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H).
Read the rest of this entry »
Tags: Bhd, dan, datin seri rosmah mansor, Deepak, Deepak Jaikishan, dengan, dhanesh, itu, juta, karpet, kuala dimensi sdn bhd, Malaysia, malaysia today, pelabuhan klang, Perniagaan, rakyat malaysia, Rosmah, Sdn, sebuah, Seri, suruhanjaya syarikat malaysia, suruhanjaya syarikat malaysia ssm, syarikat, Tiong, yang
PAS Perlu Lebih Bijak Dan Pantas
Oct 20, 2009 PAS
Apa tanggapan seseorang apabila dia membaca kenyataan begini, “A nafi bergaduh dengan B’ atau ‘C tidak jejaskan kedudukan D’? Mungkin itu adalah teknik meletakkan ‘title’ untuk sesuatu berita, itu saya kurang pasti. Saya tidak terdidik secara khusus dalam bidang itu.
Namun apa yang pasti, apabila saya membaca ‘title’ berita sebegitu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, kalau ‘title’nya ‘A nafi bergaduh dengan B’, bermakna A memang bergaduh dengan B. Atau, ‘title’ berbunyi ‘C tidak jejaskan kedudukan D’, bermakna ‘D memang terjejas dengan C’.
Samada perkara yang terlintas itu benar atau tidak, itu soal lain. Tetapi, itulah tanggapan awal saya terhadap orang yang terlibat dengan penafian itu. Tanggapan seperti itu menjadi lebih kuat sekiranya saya tidak membaca secara keseluruhan dengan isi kandungan berita berkaitan.
Read the rest of this entry »
Tags: berita, dengan, India, itu, kaum india, kepada, kesetiaan, kuat, mujahid, nafi, orang, pantas, parti, PAS, sakti, saya, sayap, setia, tidak, yang
Adakah pembohongan Najib boleh dipercayai dengan nilai RM 10?
Oct 20, 2009 PAS
Perdana menteri 1Malaysia, Najib Tun Razak kembali ke Perak dengan pelancaran 1Malaysia dengan jumlah belanja yang sangat besar. Buat sementara waktu saya meminjam jumlah yang disiarkan oleh berita arus perdana dengan kebadiran 50,000 orang dalam majlsi tersebut, berarti 1/2 juta telah dibelanjakan.
1Perak sudah maklum dan mengetahui bahawa kehadiran mereka dengan makan dan bas percuna serta RM 10 seorang. nasib baik bukannya Rm 1 sahaja sesuai dengan pelancaran 1Malaysia itu. Kalau tidak kosonglah bas dan stadium Perak. Mungkin air liur ada sedikit meleleh kerana sekeping wang berwarna merah, sepuluh ringgit, sepuluh ringgit lah. Inilah mentaliti rakyat yang terus dikerah dengan apa cara demi untuk meramaikan majlis BN.
Alhamdulillah semasa Pakatan Rakyat memegang teraju pemerintahan di Perak budaya lapok dan politik lama itu telah ditinggalkan, seingat saya sebanyak 2 kali penyokong Pakatan Rakyat dikumpulkan di Stadium Perak, alhmadulillah mereka bukannya disogok dengan duit tapi mereka malah menyumbang sehingga hampir subuh wang dikira oleh unit amal.
Read the rest of this entry »
Tags: adalah, dan, dengan, ganesan, hasrat, Ini, Maka, Malaysia, Mei, najib tun razak, oleh, pada hari ini, Perak, perdana menteri, Rakyat, samseng, saya, sepuluh, sivakumar, subuh, untuk, V. Sivakumar, yang
Umno cadang jambatan separuh Langkawi-Perlis
Oct 19, 2009 Local News, UMNO
Umno bahagian Langkawi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk projek pembinaan jambatan separuh bagi menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.
Ketua Umno bahagian itu Datuk Nawawi Ahmad, yang juga ADUN Kuah, berkata sekiranya cadangan pembinaan jambatan itu dipersetujui, projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.
Katanya pada masa ini, jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit.
Read the rest of this entry »
Tags: Ahmad, bekas perdana menteri, cadangan, dengan, dr mahathir mohamad, itu, jambatan, kepada, Kuala, kuala perlis, Langkawi, masa, menteri besar kedah, najib razak, pembinaan, pembinaan jambatan, Perlis, projek, Seri, tebus guna tanah, tun dr mahathir, tun dr mahathir mohamad, UMNO, umno bahagian
Bagan Pinang: Persimpangan kritikal buat semua?
Oct 18, 2009 General
Dr Dzulkefly Ahmad
Benar, Tan Sri Isa Samad menang besar di Bagan Pinang. Semua pihak akur yang Isa memang sukar digugat di Bagan Pinang, bahkan di seluruh kawasan parlimen Telok Kemang, yang beliau adalah Ketua Bahagiannya. Menawan kerusi ini dari Isa, semacam hendak merampas Permatang Pauh dari DS Anwar. Bukan senang.
Bukan sahaja pihak lawan, bahkan MB Mohd Hassan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan DS Najib, Presiden Umno itu pun tak boleh cabar Isa di situ. Sebab itu hanya dituruti saja kehendak penyokong tegar Isa. Kalau bertanding bebas pun dikatakan Isa akan menang.
Read the rest of this entry »
Tags: atau, dan, dengan, Di, India, Ini, Isa, isa masih, Isa Samad, itu, jentera, ku li, Kuala, Mac, Maka, Malaysia, mercu tanda, mereka, Pakatan, parlimen, permatang pauh, Pinang, tan sri isa samad, telok kemang, UMNO, untuk, yang


