Tindakan terhadap Ahli Parlimen BN yang gagal hadir sidang: PM
Dec 18, 2009 Najib
COPENHAGEN: Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.
“Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini malam tadi.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, akan datang, Arahan, bajet, barisan nasional, Berita Harian, datuk seri najib, Dewan Rakyat, Gagal, Hadir, katanya, Masa Masa, najib razak, Pekara, perdana menteri, Presiden, Sambil, Serius, tadi, tidak akan
Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja
Dec 15, 2009 General
KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.
Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan.
Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.
Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.
Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet keseluruhan.
Read the rest of this entry »
Incoming search terms for the article:
Tags: ahli parlimen, Bilion, Chong Hwa, datuk seri anwar ibrahim, Dewan Rakyat, Dr Koh, Jabatan Perdana Menteri, Junaidi, Kementerian Dalam Negeri, Koh Tsu Koon, Kuala Selangor, Mengundi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat, pengundian, Sekolah Menengah, seri anwar ibrahim, undi, Undian
SPRM digesa siasat segera Setpol Najib
Dec 12, 2009 Najib
KOTA BHARU,12 Dis: Rakyat sama ada penyokong PAS atau Umno akan merasa senang hati sekiranya orang kuat Umno sendiri yang terbabit dengan kesalahan didakwa sama ada yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bahkan imej pihak pendakwaan itu juga dianggap telus.
Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Shafei Abdullah dan gesaan supaya dijalankan siasatan segera berkata kalau orang kuat Umno turut disiasat atas dakwaan itu, rakyat di negara ini merasa senang hati.
“Kalau orang kuat Umno kena siasat juga maka itu menimbulkan rasa senang hati di kalangan rakyat, tanpa mengira (sama ada mereka itu dari) PAS atau Umno, kena belaka.
“Bahkan imej pihak jawatankuasa siasatan pun dianggap telus,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini.
Read the rest of this entry »
Tags: Amat, Anti Korupsi, Budaya, Dewan Rakyat, Digesa, Fenomena, Gerak Malaysia, Imej, Integriti, Jika Tidak, ke atas, Maka, Najib, Orang Kuat, Parlimen Malaysia, perdana menteri, rasuah malaysia, Senang, Setiausaha Politik, UMNO
Isu campur tangan setpol PM ‘hangatkan’ dewan
Nov 11, 2009 Najib
Dewan Rakyat petang tadi menjadi ‘hangat’ apabila isu campur tangan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah dalam hal berkaitan penjaja di Wilayah Persekutuan dibangkitkan.
Perkara itu ditimbulkan oleh Wee Chee Keong (PKR-Wangsa Maju) yang menyatakan bahawa Shafie telah ‘menghalang’ urusan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya merobohkan gerai yang telah melanggar undang-undang.
“Saya mahu tahu kenapa Datuk Shafie campur tangan dalam kes ini sedangkan, DBKL mahu menjalankan tugas,” soalnya kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, Danau Kota, datuk seri, Dbkl, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dewan Rakyat, Gobalakrishnan, kaum india, Menteri Wilayah Persekutuan, Nong Chik, Padang Serai, Pasar Malam, perdana menteri, Perumahan, samseng, Samy Vellu, Setapak, Setiausaha Politik, Shafie, Wangsa Maju
Kes VK Lingam: Saksi datang sendiri ke Parlimen
Nov 10, 2009 Skandal
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa siasatan terhadap kes Datuk V.K Lingam terpaksa ditutup kerana tidak ada saksi telah dibidas dan disanggah.
Bidasan kenyataan itu telah dibuat oleh salah seorang saksi penting, dalam kes video terbabit, Jayanthi L.G Naidu yang hadir ke parlimen hari ini bagi menjelaskan perkara itu.
Beliau juga merupakan bekas setiausaha Lingam dan pernah terbabit dalam menguruskan perbelanjaan percutian VK Lingam dan mengagihkan sejumlah wang kepada hakim tertentu.
R. Sivarasa (PKR-Subang) dalam satu sidang media bersama Jayanthi di lobi parlimen tengahari tadi berkata, jawapan Nazri itu langsung tidak munasabah malah beliau sendiri mempunyai bukti yang kukuh berhubung percutian Lingam, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin pada tahun 1994.
Read the rest of this entry »
Tags: Bekas, datuk seri, Dewan Rakyat, harakahdaily, hari ini, Jabatan Perdana Menteri, Jayanthi, Kehakiman, Ketua Hakim Negara, Kuala Selangor, Lingam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri, parlimen, Percutian, Reput, Rm 100, Saksi, setiausaha, Sivarasa
Najib Altantuya: Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja
Nov 4, 2009 Najib
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.
Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.
Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.
Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.
Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Dewan Rakyat, Ehsan, hari ini, kerajaan negeri kelantan, Kerajaan Persekutuan, kerajaan pusat, Khalid Samad, Kubang Kerian, Najib Altantuya, najib tun razak, perlembagaan, Rakyat Kelantan, Rantau Panjang, royalti, Runding, Salahuddin, Shah Alam
Kelantan dapat wang ehsan minyak
Nov 4, 2009 Kelantan
Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.
Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.
Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.
Katanya, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, bernama, Bilion, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Dewan Rakyat, Ehsan, Hasil Pengeluaran, jabatan perangkaan, kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, kerajaan pusat, najib tun razak, peratus, perdana menteri, Perundangan, Pesisir Pantai, Rakyat Kelantan, royalti, Selaras, Tahun Depan










