Hukum melantik wakil untuk ibadat korban
Apabila seorang itu dilantik menguruskan qurban maka dia menjadi wakil kepada orang yang buat qurban, maka sepatutnya pekara di bawah ini hendaklah diketahwi oleh orang yang menguruskannya supaya memudahkan urusan.
Terkadang orang yang buat qurban hanya melantik wakil untuk menyembelih sahaja, tidak yang lain maka wakil tidak boleh melakukan perkara yang lain daripada yang disuruh.
Di sini saya nasihatkan kepada orang yang berkongsi/bersekutu tujuh orang supaya melantik seorang dari kalangan mereka atau orang lain menguruskan qurbam mereka dari segi pembelian lembu, mencari tukang sembelih, meniatkan qurban dan membahgikan daging, pengurus ini adalah wakil bagi mereka.
Adakah pengurus ini boleh melantik orang lain untuk melakukan apa yang diwakilkan kepadanya? Di bawah ini saya nyatakan hukumnya. Read more
Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:
1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’
2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’ Read more
Di dada Karpal Singh ada ‘bulan’ – Nik Aziz
SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ‘di dada Karpal Singh ada bulan’, merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.
Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan ‘Tok Guru Abdul Hadi’.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup. Read more
MB Tetap Dengan Keputusan Beli Talam Corporation
November 19, 2009 by wizvax
Filed under Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri mempunyai alasan kukuh membeli hutang Talam Corporation.
Beliau berkata, pembelian hutang itu adalah untuk mendapatkan kembali hutang anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM391.7 juta.
Bercakap kepada TVSelangor hari ini, beliau berkata keputusan itu telah mendapat persetujuan Dewan Negeri Isnin lalu yang meluluskan peruntukan tambahan untuk tujuan berkenaan.
“Sebenarnya membeli hutang Talam Corporation ialah satu usaha supaya dapat menzahirkan hutang-hutang yang dihutangi oleh Talam Corporation dari anak-anak syarikat negeri Selangor,” katanya. Read more
Pakar: 80% Teoh dibunuh!
ISeorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.
Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’.
Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.
Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh. Read more






















