Dr Asri sedia berceramah di Kelantan
KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi.
“Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu.
“Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya,” ujar beliau.
Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah.
Read the rest of this entry »
Tags: Asri Zainal Abidin, Banglow, Bekas, Ceramah Agama, Dr Asri Zainal Abidin, Dr Mohd Asri, Intelektual, Jabatan Agama Islam, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor Jais, Kebenaran, Kerajaan Johor, kota bharu, Kuliah, mana mana, Menteri Besar Kelantan, Mufti Perlis, negeri kelantan, Sedia, Ucapan Terima Kasih
Jais diminta mengadap Sultan Selangor
Nov 4, 2009 General
Kerajaan negeri hari ini meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan mengenai isu pemberian tauliah untuk mengajar agama di negeri itu serta isu kontroversi penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan kaedah terbaik bagi mengendalikan isu-isu yang mencetuskan kontroversi tersebut.
Dalam mesyuarat exco hari ini, pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dipanggil memberikan taklimat berhubung isu tersebut.
Difahamkan beliau mengambil masa hampir sejam menjelaskan mengenai operasi jabatan itu dalam menguatkuasakan undang-undang syariah negeri.
Read the rest of this entry »
Tags: Asri Zainul Abidin, Dr Asri, Dr Mohd Asri, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Exco, hari ini, Isu Kontroversi, Jabatan Agama Islam, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor Jais, kerajaan negeri, Masih Dalam, menteri besar, mesyuarat, Mufti Perlis, Segi, Sultan Selangor, Syariah, Taklimat, tan sri abdul khalid ibrahim
Nik Aziz kesal penangkapan Dr Asri
Nov 3, 2009 General
KOTA BHARU, 3 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas penangkapan yang dilakukan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Ketika dihubungi Harakahdaily beliau berkata, tindakan berkenaan amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden tangkapan yang berlaku ke atas pendakwah berkenaan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur.
Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu juga mengngagap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.
“Penangkapan itu amat tidak masuk akal, masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama,” ujarnya lagi.
Read the rest of this entry »
Tags: Asri Zainal Abidin, Dr Asri, Dr Mohd Asri, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, harakahdaily, Huru Hara, Jabatan Agama Islam, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor Jais, ke atas, Kesal, kota bharu, Kuliah Agama, Melampau, Menteri Besar Kelantan, Mufti Perlis, Nik Abdul Aziz Nik Mat, nik aziz, Taman Sri, Wahabbi
Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsu
Nov 3, 2009 General

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ternyata dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya dia memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, tidak lebih dari satu lagi fitnah yang terancang.
Ini terbukti dengan kiriman emel gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah.
Bukti ini sekali gus menunjukkan ianya bercanggah dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain yang tersiar dalam sebuah akhbar perdana hari ini.
“Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.
“Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini?
Read the rest of this entry »
Incoming search terms for the article:
Tags: ada program, Akhbar Perdana, Asri Zainul Abidin, Bahasa Arab, Bukit Mertajam, Dr Asri, Dr Mohd Asri, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, hari ini, Institut Latihan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim, Kepujian, kerajaan pusat, Konspirasi, Mengkuang, Mufti Perlis, Pengkhususan, rakyat malaysia
Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini!
Nov 1, 2009 General
KUALA LUMPUR,2 Nov: Selepas negara dikejutkan dengan penahanan bekas KSU Mosti atas tuduhan rasuah, kini giliran bekas Mufti pula di hadapkan ke mahkamah hari ini.
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.
Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.
“Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung,” katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.
Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman ‘Wahabi’ yang dianggap menyimpang,sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.
Read the rest of this entry »
Tags: Ansur, Asri Zainul Abidin, Ceramah Agama, Dewan Undangan Negeri, Dr Asri, Dr Mohd Asri, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ilmu Agama, Jabatan Perdana Menteri, Jais, ke atas, kira kira, Mahkamah Syariah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mosti, Mufti Perlis, parlimen, rasuah, Taman Sri, Zahid Hamidi
Former Perlis Mufti Detained
Nov 1, 2009 General

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
KUALA LUMPUR, Nov 2 (Bernama) — Former Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin was arrested while giving a religious talk at a house in Taman Sri Ukay, Hulu Klang, early Monday.
According to witnesses, Asri was arrested at 12.10am by police and the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) officers and was then taken to the Hulu Klang police station.
The talk was attended by about 100 people, including Ampang member of parliament Zuraida Kamaruddin and Hulu Klang assemblyman Saari Sungib.
Ampang district police chief ACP Abdul Jalil Hassan when contacted said police were only assisting JAIS in the operation and that he did not have details on the matter.
Bernama
Tags: Acp, Asri Zainul Abidin, Assemblyman, bernama, District Police, Dr Mohd Asri, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Early Monday, Hassan, HULU, Kamaruddin, KUALA LUMPUR, member of parliament, Mufti, Nov 2, Police Chief, Police Station, Religious Department, Saari, Taman Sri










