(Video) Betulkah 1,000 Orang Berdemo Di Kelantan?
Agensi berita negara, Bernama seperti yang dipetik oleh akhbar arus perdana melaporkan kira-kira 1000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.
Perkataan “kira-kira 1000″ itu ditemui di dalam isi kandungan beritanya tetapi tajuk beritanya pula lebih mengerikan iaitu “Lebih 1,000 sertai demonstrasi desak Nik Aziz minta maaf”.
Kontradiksi tajuk dengan isi berita sudah menjadi bukti satu pembohongan dan penipuan.
Sememangnya wartawan dan editor media arus perdana sengaja memberikan gambaran berlebih-lebihan terhadap apa jua demontrasi yang dianjurkan oleh UMNO BN dan para sekutunya disamping memberikan gambaran negatif terhadap mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Read more





















