Amalan buruk Gay, Lesbian hancurkan keturunan
MUTAKHIR ini banyak dipaparkan mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa. Ada menganggap gejala ini tidak serius dan masih terkawal tetapi persoalannya wajarkah kita membiarkan ia merebak.
Umat Islam perlu memandang serius perkembangan ini kerana ada di kalangan mereka terbabit gejala yang dilaknat Allah. Kemodenan dan kecanggihan bukan alasan untuk kita mengorbankan jati diri sebagai umat Islam, sebaliknya perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah bagi menghadapi dunia serba mencabar. Read more
GEGAR Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan

Sidang media pertama gegar yang diadakan di JKR 10 sebentar tadi.

Pengerusi bersama GEGAR Dr. Abdul Halim Yusof (Kelantan) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Terengganu) sedang menjawab beberapa soalan dari wartawan di sidang media sebentar tadi.
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) ditubuhkan pada 5 Disember 2009 yang mewakili Gabungan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terangganu (MAMPAT) yang terdiri lebih daripada 50 buah badan bukan kerajaan (NGO)
GEGAR akan:
- Mengembelingkan semua pihak tanpa mengira sempadan Agama,politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui pelbagai cara.
- Mengadakan Konvensyen Rakyat: Royalti Petrolium Antara Hak Atau Ehsan? Di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
- Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan,bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.
Dengan itu GEGAR mengesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.
Mohd Hisyamuddin Ghazali
Setiausaha GEGAR





















