Advertise Here

Hindari pertandingan joran, kata Dr Asri

January 4, 2011 by  
Filed under Islam

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan ‘judi’ atau qimar.

“Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar. Read more

Ramadhan Memenuhi Fitrah Manusia

August 20, 2010 by  
Filed under Islam

ramadhan-fitrahGambar ihsan dari http://blog.syazwanwi.com

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Surah al-Baqarah, ayat 183.

Memahami Tujuan Hidup

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh. Read more

MB: Bukan buaya, haiwan gigit pengunjung PD

January 18, 2010 by  
Filed under General

gigit-pantai-port-dickson2Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.

“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Seremban hari ini.

Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.

Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi. Read more

Nik Sapeia bersumpah nama Allah, dakwa dianiaya

January 17, 2010 by  
Filed under Kelantan

nik sepiaKOTA BHARU, 17 Jan: Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyembur bahan berbahaya terhadap Tun. Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil mempertahan dirinya dengan membuat akuan sumpah menggunakan nama Allah.

Beliau berbuat demikian di kediamannya di Pasir Tumboh pagi ini.

Menurutnya, tindakan bersumpah dengan nama Allah itu dibuat berikutan perbicaraannya telah selesai dan hukuman telah dijatuhkan namun merasakan dirinya dianiaya.

“Hari ini saya bersumpah dengan Nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Wattallahi,demi Allah sesungguhnya saya dengan ini bersumpah tidak menyerang atau menyembur Tun Dr.Mahathir Mohamed sebagaimana yang dituduh kepada saya” ujar beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP). Read more

Sehari Sebelum Demo Nama Allah, UMNO Lulus Permohonan Kelab Malam di W. Persekutuan

January 13, 2010 by  
Filed under UMNO

583px-logoumno_svgNota Editor: Terima kasih kepada Kasi Pecahlah di atas artikel yang amat membanggakan ini. Tak sabar rasanya nak tengok respon dari Mahaguru58 dan juak-juak nya. Artikel saya pinjam dari Perisik Rakyat. Woii Poji, si Mahaguru58 maki kau tuduh kau suka copy-paste benda dari blog lain untuk sebar fitnah.

(Bermula)Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari “Parti Pembela Bangsa & Agama”, UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had

Nampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam… bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..? Read more

Dua harga petrol mulai 1 Mei

January 7, 2010 by  
Filed under General

petrol-indiaPETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.

“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd. Read more

RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN

December 31, 2009 by  
Filed under Husam

husam musaKOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini. Read more

PR Ikrar Pertahan Islam Sebagai Agama Rasmi

December 19, 2009 by  
Filed under Pakatan Rakyat

tt dokumenwebSHAH ALAM: Kedudukan agama Islam akan tetap dipertahankan sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang terkandung dalam empat dasar Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, menyedari Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, hak-hak agama lain akan tetap dijamin bagi memastikan keharmonian kaum dikekalkan.

“Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat.

“Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ka dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama,” menurut buku laporan dasar Pakatan Rakyat yang diedarkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di sini hari ini. Read more

Enjin F-5E TUDM Dijual Di Amerika Selatan

December 19, 2009 by  
Filed under General

swiss-f5e-tigerBAGAN DATOH: Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

“Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah melarikan enjin itu ke luar negara. Read more

Rosmah tidak risau dengan tuduhan liar

December 18, 2009 by  
Filed under Rosmah

rmSINGAPURA: Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Rosmah berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

“Saya tidak punya masa untuk melayan mereka,” katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di sini hari ini bila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah oleh dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.

Rosmah berkata bila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang. Read more

RM600,000 Dikirim Buat Rosmah di Dubai

December 18, 2009 by  
Filed under Rosmah

rosmah mansor bad mintonAhli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah. Read more

Emas RM1 juta: Perompak pukau diburu polis

December 10, 2009 by  
Filed under General

Polis Terengganu sedang memburu empat penjenayah warga Arab yang merompak barang kemas bernilai hampir RM1 juta dari sebuah kedai emas dekat Pasar Payang, di Kuala Terengganu semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Md Jamil berkata pihaknya telah melancarkan ‘Ops Tutup’, iaitu sekatan jalan raya di semua pintu masuk negeri itu sebaik sahaja menerima laporan kejadian.

“Usaha mengesan suspek kini dibuat berdasarkan gambar suspek yang dirakam oleh kamera litar tertutup kedai berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di Kuala Terengganu hari ini. Read more

Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin

December 7, 2009 by  
Filed under Zaid Ibrahim

zaid-ibrahimPemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyaman penulis blog popular Datuk A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai “pengacau” dalam parti itu, Oktober lalu.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menuntut bekas tokoh media itu membayar ganti rugi dan memohon maaf kepadanya berhubung artikel ‘Zaid, the Hurricane Hattie of PR’ di blognya pada 21 Oktober lalu.

Dalam samannya, Zaid (kiri) juga memohon injunksi menghalang Kadir atau ejennya mengulas lanjut isu tersebut.

Kadir memaklumkan kepada pembaca blognya The Scribe dalam artikel terbarunya petang ini agar pemberi komen tidak menyentuh isu tersebut yang menjadi pertikaian antara mereka berdua.

“Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan kepada saman Zaid itu. Read more

Himpunan sokong Nik Aziz, signal rakyat Kelantan buat Umno

December 5, 2009 by  
Filed under Kelantan

himpunan tak relaKOTA BHARU, 5 Dis: Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.

Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.

“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam. Read more

Penyokong UMNO Mengganas di Sidang DUN Pulau Pinang

November 30, 2009 by  
Filed under General, Penang

umno mengamukKurang dari 100 orang menyertai tunjuk perasaan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Tunjuk perasaan ini terdiri dari gerombolan Pemuda Umno, Gerakan, MCA dan MIC menggesa Guan menyerahkan jawatannya itu kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.

Perhimpunan ini ternyata mencemarkan sidang dewan sempena 50 tahun Jubli Emas Dewan Dun Pulau Pinang. Ketika kekecohan berlaku, Guan Eng sedang merasmikan Pameran Maklumat Sivil 2009 DUN-Menghubungkan NGO dan Penggubal Dasar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di perkarangan dewan. Read more

PAS sokong larang kursus BTN di negeri Pakatan

November 30, 2009 by  
Filed under PAS

idris_ahmad_pasKUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri itu, daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.

“Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.

Memorandum tersebut berkata, akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan menyekat penyertaan penjawat awam negeri dan para penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri bagi menjaga keharmonian di Selangor yang pernah menyaksikan ketegangan akibat tingkah-laku Umno dalam kes demo kepala lembu. Read more

“Saya tidak halal dunia akhirat” – Tok Guru Nik Aziz

November 28, 2009 by  
Filed under TGNA

tok_guru_nik_azizBerikut adalah ucapan Tok Guru Nik Aziz di majlis penghayatan Hari Wukuf di Putik Pengkalan Chepa pada 26 November 2009.

“Ambo (saya) tidak halal dunia akhirat. Kalau datang meminta maaf pun, kalau saya tidak beri boleh buat apa”. Demikian kenyataan kesal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap dalang yang menghalangnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Beliau mendakwa tindakan tersebut dibuat oleh dalang terbabit dengan terancang dan ia sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkan kerajaan PAS di Kelantan.

“Mereka ini merancang nak runtuhkan Islam, nak lawan agama (secara langsung) mungkin mereka rasa tak kena.”

“Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo (saya) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui sebaran di internet dan sebagainya”. Read more

Muhyiddin ingin gagalkan tuntutan royalti – Husam

November 27, 2009 by  
Filed under Kelantan

Muhyiddin RoyaltiKOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.

Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas. Read more

Laporan letak jawatan, provokasi ‘mematikan’ Husam

November 23, 2009 by  
Filed under Husam, Kelantan

husam musa parlimenKUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha ‘mematikan’ karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.

Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

“Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

“Agenda ‘mematikan’ saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.

Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Read more

‘Tuduhan Anwar sorok RM3b tidak berasas’

November 11, 2009 by  
Filed under Anwar Ibrahim

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

“Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat ‘tiada kes’ terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,” katanya. Read more

Next Page »