Bagan Pinang Sahkan UMNO Parti Rasuah
Oct 21, 2009 UMNO
Kekalahan di Bagan Pinang tidak akan membantutkan usaha Pakatan Rakyat untuk terus berkhidmat kepada rakyat Negeri Sembilan dan Negara khususnya.
Bagi ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof apa yang berlaku di Bagan Pinang adalah pengajaran kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam menempuhi arena politik negara.
Menurut Yusmadi lagi, untuk menjadi parti yang diterima rakyat, PR perlu mengakui bahawa mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan rakyat di Bagan Pinang menolak PR.
“Bagaimanapun saya tidak menafikan bahawa unsur-unsur penyalahgunaan jentera kerajaan juga adalah penyumbang kepada kekalahan kita,” katanya.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdul Hadi Awang, ahli parlimen, akan, akan datang, Bagan, balik pulau, buah pala, dalam, dan, Dr Ahmad Samsuri, India, Ini, Isa Samad, jentera kerajaan, kepada, mahfuz omar, Malaysia, masyarakat india, Omar, Pakatan, PAS, pilihan raya, Pinang, Rakyat, Seri, Syria, tidak, tidak akan, yang
PAS Perlu Lebih Bijak Dan Pantas
Oct 20, 2009 PAS
Apa tanggapan seseorang apabila dia membaca kenyataan begini, “A nafi bergaduh dengan B’ atau ‘C tidak jejaskan kedudukan D’? Mungkin itu adalah teknik meletakkan ‘title’ untuk sesuatu berita, itu saya kurang pasti. Saya tidak terdidik secara khusus dalam bidang itu.
Namun apa yang pasti, apabila saya membaca ‘title’ berita sebegitu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, kalau ‘title’nya ‘A nafi bergaduh dengan B’, bermakna A memang bergaduh dengan B. Atau, ‘title’ berbunyi ‘C tidak jejaskan kedudukan D’, bermakna ‘D memang terjejas dengan C’.
Samada perkara yang terlintas itu benar atau tidak, itu soal lain. Tetapi, itulah tanggapan awal saya terhadap orang yang terlibat dengan penafian itu. Tanggapan seperti itu menjadi lebih kuat sekiranya saya tidak membaca secara keseluruhan dengan isi kandungan berita berkaitan.
Read the rest of this entry »
Tags: berita, dengan, India, itu, kaum india, kepada, kesetiaan, kuat, mujahid, nafi, orang, pantas, parti, PAS, sakti, saya, sayap, setia, tidak, yang
Bagan Pinang: Persimpangan kritikal buat semua?
Oct 18, 2009 General
Dr Dzulkefly Ahmad
Benar, Tan Sri Isa Samad menang besar di Bagan Pinang. Semua pihak akur yang Isa memang sukar digugat di Bagan Pinang, bahkan di seluruh kawasan parlimen Telok Kemang, yang beliau adalah Ketua Bahagiannya. Menawan kerusi ini dari Isa, semacam hendak merampas Permatang Pauh dari DS Anwar. Bukan senang.
Bukan sahaja pihak lawan, bahkan MB Mohd Hassan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan DS Najib, Presiden Umno itu pun tak boleh cabar Isa di situ. Sebab itu hanya dituruti saja kehendak penyokong tegar Isa. Kalau bertanding bebas pun dikatakan Isa akan menang.
Read the rest of this entry »
Tags: atau, dan, dengan, Di, India, Ini, Isa, isa masih, Isa Samad, itu, jentera, ku li, Kuala, Mac, Maka, Malaysia, mercu tanda, mereka, Pakatan, parlimen, permatang pauh, Pinang, tan sri isa samad, telok kemang, UMNO, untuk, yang


