Muhammad In The Bible – Ahmed Deedat
Jan 22, 2010 Islam
Video ini adalah sedutan Ahmad Deedat membicarakan tentang Nabi Muhammad di dalam bible. Tidak perlu saya terangkan lebih lanjut di sini, anda boleh menonton sendiri video tersebut di bawah ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua dan menambahkan keyakinan dan keimanan kita terhadap Islam. Insya Allah.
Siapakah Ahmed Deedat?
Inilah seorang hamba Allah yang telah berdepan secara langsung dengan para ahli teologi Kristian pada satu ketika dulu ( sehingga awal 90-an). Jimmy Sawggart, Dr. Anees Shoroos, Prof Floyd, dan ramai lagi adalah nama-nama ahli teologi Kristian yg pernah kecut perut bila berdebat dgn beliau dalam mengupas dan membandingkan asas agama Kristian dan Islam.
Tags: Ada, Agama Kristian, Ahmad Deedat, Ahmed Deedat, Ahmed Deedat Video, Anees, Antara, Asas, Bible, dgn, Hamba Allah, httpv, Ini, Insya Allah, Islam, Keimanan, Lanjut, mahu, Minat, Nabi Muhammad, Perut, Satu Ketika, saya, Sini, Siri, Teologi, www youtube, yg
Tengku Fakhry saman Tengku Mahkota Kelantan
Dec 18, 2009 Kelantan
Ada sesuatu yang bergolak di istana Kelantan apabila Tengku Muhammad Fakhry Petra mencabar kesahan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra melucutkannya daripada majlis pelantikan diraja.
Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai tengku mahkota Kelantan, kini dilantik Pemangku Raja Kelantan susulan kegeringan yang dihadapi Sultan dan dirawat di Singapura.
Tindakan anakanda ketiga Sultan Kelantan itu susulan surat pelucutan tersebut yang diterima putera itu daripada setiausaha kerajaan Kelantan, 16 September lalu.
Tengku Muhammad Fakhry, yang menang dalam kesnya terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot baru-baru ini, menamakan kekandanya itu, sebagai pemangku raja, sebagai responden.
Read the rest of this entry »
Tags: 16 September, Ada, Fakhry, Ini, Istana Kelantan, Lalu, Mahkota, Malaysiakini, Menang, Muhammad, Putera, Raja, Saman, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Singapura, Sultan, Surat, Tengku Mahkota Kelantan, tengku muhammad faris petra
(Gambar) Kembalikan Hak Kami Rakyat Kelantan

“Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu, dia (BN) hendak tipu budak-budak dengan hantu boleh. Tetapi hendak tipu pengundi Kelantan tidak boleh,” – TGNA
Read the rest of this entry »
Tags: Ini, pengundi, Perut, Petroleum, Prinsip Keadilan, Tipu
PAS pertahan tajaan haji Nik Aziz
PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.
“(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.
“Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama,” kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.
Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.
Read the rest of this entry »
Tags: Agama, Ganjaran, Guru, Ini, itu, Kata, mahu, menteri besar, Mohd Zaki, Nik Abdul Aziz, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penduduk Kelantan, Politik, setiausaha, Zaki Ibrahim
Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh
Oct 21, 2009 General
SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.
Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.
Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Read the rest of this entry »
Tags: azmil, Beliau, Beng, bunuh diri, dalam, dari, Dr Death, Dr Pornthip, Dr Porntip, Hock, Ini, ke atas, kerana, Malaysia, mayat mangsa tsunami, pakar, pakar forensic, peratus, pornthip rojanasunan, porntip, sains forensik, Shah Alam, Teoh, Thailand, yang
Khabar Peristiwa Exco Menumbuk Tetamu Adalah Satu Pembohongan
Oct 21, 2009 General
Khabar angin ini telah disebarkan oleh blog Tinta Merah kepunyaan Suyuti Omar. Kononnya sewaktu Rumah Terbuka PAS Pusat minggu lepas, berlaku peristiwa seorang exco kerajaan negeri telah menumbuk salah seorang tetamu yang menghadziri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri PAS Pusat di Taman Melewar minggu lepas.
Suyuti berkata peristiwa ini dikhabarkan kepada beliau oleh salah seorang ahli PAS yang turut menghadziri majlis tersebut. Beliau berkata ahli PAS tersebut menyaksikan peristiwa itu berlaku. Beliau juga berkata Salahuddin Ayub menelepon beliau tengah malam buta untuk mendapat maklumat tersebut. Dan beliau berkata Mahfuz Omar mengetahui exco mana yang menumbuk itu.
Read the rest of this entry »
Tags: Ada Rekod, Beliau, dan, dun kelantan, Hari Raya AidilFitri, Husam, husam musa, Ini, itu, kambing jamnapari, kerajaan negeri kelantan, mahfuz omar, Mat Diah, oleh, Omar, PAS, rakan, rasuah, Suyuti, Taman Melewar, telah, ternak, tinta merah, untuk, yang
Bagan Pinang Sahkan UMNO Parti Rasuah
Oct 21, 2009 UMNO
Kekalahan di Bagan Pinang tidak akan membantutkan usaha Pakatan Rakyat untuk terus berkhidmat kepada rakyat Negeri Sembilan dan Negara khususnya.
Bagi ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof apa yang berlaku di Bagan Pinang adalah pengajaran kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam menempuhi arena politik negara.
Menurut Yusmadi lagi, untuk menjadi parti yang diterima rakyat, PR perlu mengakui bahawa mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan rakyat di Bagan Pinang menolak PR.
“Bagaimanapun saya tidak menafikan bahawa unsur-unsur penyalahgunaan jentera kerajaan juga adalah penyumbang kepada kekalahan kita,” katanya.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdul Hadi Awang, ahli parlimen, akan, akan datang, Bagan, balik pulau, buah pala, dalam, dan, Dr Ahmad Samsuri, India, Ini, Isa Samad, jentera kerajaan, kepada, mahfuz omar, Malaysia, masyarakat india, Omar, Pakatan, PAS, pilihan raya, Pinang, Rakyat, Seri, Syria, tidak, tidak akan, yang
Pemangku Raja sambut baik usaha Kelantan tuntut royalti
KOTA BHARU, 20 Okt: Kerajaan Persekutuan diminta melunaskan bayaran royalti minyak terhadap Kerajaan Kelantan bagi pengeluaran petroleum di negeri itu mengikut perjanjian yang termaktub antara kerajaan negeri dan petronas sejak tahun 1975.
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, yang menyambut baik usaha proaktif kerajaan negeri menuntut bayaran berkenaan juga berharap tuntutan itu ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Baginda berkata demikian ketika bertitah merasmikan pembukaan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal yang kedua Dewan Negeri Kelantan yang ke-12.
Titah Tengku Faris lagi, baginda mendapat maklum pengeluaran gas dan minyak di perairan Kelantan telah berjalan sekian lama.
“Berasaskan data dari Jabatan Perangkaan yang diedarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan negeri Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh Negara bagi tahun 2005 hingga 2008 sebanyak 5.4 peratus setahun.
Read the rest of this entry »
Tags: Baginda, belanjawan, Beta, commercial arrangement, dan, Ini, itu, jabatan perangkaan, Kadar, Kali Yang Ketiga, kerajaan, kerajaan negeri, kerajaan pusat, lagi, Malaysia, Muhammad Faris, negeri, negeri kelantan, negeri sabah, Nik Abdul Aziz, Nik Mat, pengeluaran, Petra, Petra Sultan Ismail, Raja Kelantan, Sabah, sultan ismail petra, tahun, tengku muhammad faris petra, Tuan Guru, unit perancang ekonomi jabatan perdana menteri, yang
Haram GREEN Soya bean drink from YEO’s dan FANTA APPLE
Oct 20, 2009 General
Awas semua muslimin dan muslimah!
GREEN BEAN SOY DRINK
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya…….
Read the rest of this entry »
Tags: awas, Cuba, e471, hiap seng, Ini, jenama, Kali, keluaran, lagi, minuman, muslimah, muslimin, nak, niat, pasaraya, peka, pembekal, rantau, salah, saya, ttg, YHS
K’jaan kaji caruman KWSP pekerja 11%
Oct 20, 2009 General
Kerajaan bersedia mengkaji cadangan supaya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kembali kepada 11 peratus berkuatkuasa serta-merta sekiranya ia keputusan majoriti pekerja di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kalau perkara itu dikemukakan, kerajaan akan teliti. Apa yang penting untuk kebaikan kepada pekerja kerana potongan bukan dibuat daripada sumber lain tetapi daripada pendapatan dan gaji mereka, itu kita kena ambil kira… kerajaan akan timbang ikut kehendak majoriti,” katanya.
Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata setakat ini beliau tidak pasti sama ada cadangan itu telah dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan atau tidak.
Read the rest of this entry »
Tags: caruman, caruman kwsp, daripada, Ini, itu, kepada, kerajaan, kesatuan sekerja malaysia, kongres kesatuan sekerja, kongres kesatuan sekerja malaysia, krisis ekonomi, kumpulan wang simpanan, kumpulan wang simpanan pekerja, KWSP, Malaysia, mereka, Pekerja, peratus, Sri Muhyiddin, tan sri muhyiddin yassin, timbalan perdana menteri, untuk
Mohamad Sabu ketuai post mortem PAS
Oct 20, 2009 PAS
KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS telah melantik AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu untuk mengetuai satu jawatankuasa kajisiasat (post mortem) kenapa calonnya kalah teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad dilantik berdasarkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya kecil tersebut.
Mustafa memberitahu perkara ini ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam.
Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar kalah kepada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya itu dengan majoriti 5, 435 undi berbanding hanya 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
Mustafa dalam pertemuan yang sama menjelaskan pandangannya dengan terperinci kenapa PAS kalah dalam pilihan raya ini.
“Punca utama adalah undi pos yang tidak telus…bukan pilihan raya ini sahaja, proses pengundian undi pos di mana-mana sahaja dalam negara ini tidak telus.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdul Kadir, Beliau, calon bn, dalam, Ini, kenapa pas kalah, mana mana, mohd isa samad, Mustafa, PAS, penamaan calon, pengundian, pilihan, pilihan raya umum, Rakyat, sungai udang, tan sri mohd isa samad, undi, untuk, yang
Adakah pembohongan Najib boleh dipercayai dengan nilai RM 10?
Oct 20, 2009 PAS
Perdana menteri 1Malaysia, Najib Tun Razak kembali ke Perak dengan pelancaran 1Malaysia dengan jumlah belanja yang sangat besar. Buat sementara waktu saya meminjam jumlah yang disiarkan oleh berita arus perdana dengan kebadiran 50,000 orang dalam majlsi tersebut, berarti 1/2 juta telah dibelanjakan.
1Perak sudah maklum dan mengetahui bahawa kehadiran mereka dengan makan dan bas percuna serta RM 10 seorang. nasib baik bukannya Rm 1 sahaja sesuai dengan pelancaran 1Malaysia itu. Kalau tidak kosonglah bas dan stadium Perak. Mungkin air liur ada sedikit meleleh kerana sekeping wang berwarna merah, sepuluh ringgit, sepuluh ringgit lah. Inilah mentaliti rakyat yang terus dikerah dengan apa cara demi untuk meramaikan majlis BN.
Alhamdulillah semasa Pakatan Rakyat memegang teraju pemerintahan di Perak budaya lapok dan politik lama itu telah ditinggalkan, seingat saya sebanyak 2 kali penyokong Pakatan Rakyat dikumpulkan di Stadium Perak, alhmadulillah mereka bukannya disogok dengan duit tapi mereka malah menyumbang sehingga hampir subuh wang dikira oleh unit amal.
Read the rest of this entry »
Tags: adalah, dan, dengan, ganesan, hasrat, Ini, Maka, Malaysia, Mei, najib tun razak, oleh, pada hari ini, Perak, perdana menteri, Rakyat, samseng, saya, sepuluh, sivakumar, subuh, untuk, V. Sivakumar, yang
Selangor Tingkatkan Langkah Keselamatan Tarik Pelabur Asing
Oct 19, 2009 Khalid Ibrahim
Kerajaan negeri Selangor akan mempertingkatkan lagi langkah kawalan keselamatan di sekitar negeri itu bagi menarik lebih ramai lagi pelabur dari luar untuk melabur di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mempertingkatkan langkah keselamatan tersebut dengan memperkasakannya melalui belanjawan 2010.
“Saya juga telah menerima banyak cadangan dan juga pemerhatian mereka antara yang dinyatakan ialah mengenai isu keselamatan di negeri Selangor.
“Saya telah membuat kenyataan dalam belanjawan 2010, kita telah mengumumkan beberapa peruntukan supaya kita dapat menumpukan usaha mengurangkan keadaan pencurian dan beberapa perkara yang berlaku yang memberi kesan terhadap keselamatan dapat dikurangkan,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid berkata kerajaan negeri melihat beberapa cadangan yang diterima supaya mengadakan perhubungan dua hala antara negeri-negeri Selangor dengan negara-negara yang menguruskan pelaburan di negeri Selangor.
Read the rest of this entry »
Tags: akan, berkata, foreign embassies, Ibrahim, Ini, kerajaan, keselamatan, lagi, langkah keselamatan, Malaysia, menteri besar, Michael Halpin, nasihat, negeri, pelaburan, pencurian, perdagangan malaysia, perhubungan, pujian, Selangor, Sri Abdul Khalid, tan sri abdul khalid ibrahim, telah, yang
Pelabur risau, internet Malaysia lembab
Oct 19, 2009 General, Local News
Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.
“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.
Read the rest of this entry »
Tags: Ada, Asia, Australia, Bangladesh, berkata, besar, Brunei, Cambodia, China, dan, dokumen, Ibrahim, Indonesia, Ini, Internet, jenayah, ke atas, kedutaan asing, kepada, kerajaan negeri selangor, Korea, Lesotho, Malaysia, Maldives, menteri besar selangor, mereka, Michael Halpin, negara, Papua New Guinea, pelaburan, Perniagaan, ragut, Sri Abdul Khalid, Sri Lanka, tan sri abdul khalid ibrahim, Tanzania, Thailand, Vietnam, yang, Zimbabwe
Ustaz Nasrudin: Pas Mahu Suhakam Siasat Sistem Undi Pos
Oct 18, 2009 PAS
Pas akan menyerahkan laporan kepincangan undi pos Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam).
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi berkata Pas mendapati adanya manipulasi undi pos di Bagan Pinang lantas mahu Suhakam mengadakan inkuiri menyiasat kepincangan itu.
Read the rest of this entry »
Tags: Bagan, cabar, Dewan, dewan pemuda pas pusat, ejen, Ini, itu, kumpul, menteri besar negeri sembilan, Pakatan, PAS, Pemuda, pemuda pas pusat, Pinang, setiausaha, sistematik, Suhakam, undi, untuk, yang


