Jakim lancar ‘anti hari Valentine’ esok
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.
“Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula…
“Jadi dah jadi langgar peraturan,” katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Pemuda PAS itu.
Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa tempatan di negeri Pakatan Rakyat diarah bekerjasama dengan polis dan rela bagi menghadapi hari kekasih. Read more
KJ: Adakah Saya Sedang Minum Dalam Gambar Itu?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.
Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda. Read more
Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja
KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.
Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan.
Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.
Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.
Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet keseluruhan. Read more
Mahathir “Rosakkan” Partinya Sendiri
Parti Umno sedang menuju kehancuran dan mereka yang bertanggungjawab memusnahkan parti perkauman itu adalah mereka (ahli- ahli Umno) sendiri.
“Yang mengepalai jalan kemusnahan ini ialah bekas presidennya dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” (gambar) kata Ahli Parlimen Keadilan – Indera Mahkota, Azan Ismail.
Ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini, beliau berkata, Dr Mahathir yang menerajui tampuk pemerintahan negara merosakkan apa yang beliau bina selama ini dengan kenyataan-kenyataannya yang destruktif.
Terbaru katanya, perang mulut beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Nazri menuduh Mahathir sebagai ‘bapa’ segala rasis. Mahathir pula mencabar Nazri supaya meletak jawatan jika beliau (Nazri) anti-rasis.
“Dalam blog.chedet.com, blog beliau sendiri, Dr. Mahathir menganggap parti Umno sebagai sebuah parti yang busuk, busuk sampai ke ususnya,” kata beliau. Read more
Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin
December 7, 2009 by wizvax
Filed under Zaid Ibrahim
Pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyaman penulis blog popular Datuk A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai “pengacau” dalam parti itu, Oktober lalu.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menuntut bekas tokoh media itu membayar ganti rugi dan memohon maaf kepadanya berhubung artikel ‘Zaid, the Hurricane Hattie of PR’ di blognya pada 21 Oktober lalu.
Dalam samannya, Zaid (kiri) juga memohon injunksi menghalang Kadir atau ejennya mengulas lanjut isu tersebut.
Kadir memaklumkan kepada pembaca blognya The Scribe dalam artikel terbarunya petang ini agar pemberi komen tidak menyentuh isu tersebut yang menjadi pertikaian antara mereka berdua.
“Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan kepada saman Zaid itu. Read more
BTN : Mahathir Dedahkan Sikapnya Yang Sebenar
Tun Dr Mahathir Mohammad akhirnya menyerlahkan dirinya yang sebenar – bahawa – beliau di belakang segala kecelaruan Biro Tatanegara (BTN). Bahawa, beliau menyokong modul BTN yang dikenalpasti selama ini mewujudkan sentimen ras dikalangan para peserta kursus BTN tersebut.
Maka tidak hairan mengapa BTN sering dijadikan tempat untuk beberapa penceramah menghentam pemimpin pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hari ini, Mahathir melakukan pembelaannya dengan menyatakan Modul Biro Tatanegara (BTN) perlu dikekalkan dan tidak dirombak kerana ia sudah cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat. Read more
PAS sokong larang kursus BTN di negeri Pakatan
KUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri itu, daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.
“Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.
Memorandum tersebut berkata, akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.
Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan menyekat penyertaan penjawat awam negeri dan para penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri bagi menjaga keharmonian di Selangor yang pernah menyaksikan ketegangan akibat tingkah-laku Umno dalam kes demo kepala lembu. Read more
Kes VK Lingam: Saksi datang sendiri ke Parlimen
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa siasatan terhadap kes Datuk V.K Lingam terpaksa ditutup kerana tidak ada saksi telah dibidas dan disanggah.
Bidasan kenyataan itu telah dibuat oleh salah seorang saksi penting, dalam kes video terbabit, Jayanthi L.G Naidu yang hadir ke parlimen hari ini bagi menjelaskan perkara itu.
Beliau juga merupakan bekas setiausaha Lingam dan pernah terbabit dalam menguruskan perbelanjaan percutian VK Lingam dan mengagihkan sejumlah wang kepada hakim tertentu.
R. Sivarasa (PKR-Subang) dalam satu sidang media bersama Jayanthi di lobi parlimen tengahari tadi berkata, jawapan Nazri itu langsung tidak munasabah malah beliau sendiri mempunyai bukti yang kukuh berhubung percutian Lingam, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin pada tahun 1994. Read more
Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini!
KUALA LUMPUR,2 Nov: Selepas negara dikejutkan dengan penahanan bekas KSU Mosti atas tuduhan rasuah, kini giliran bekas Mufti pula di hadapkan ke mahkamah hari ini.
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.
Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.
“Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung,” katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.
Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman ‘Wahabi’ yang dianggap menyimpang,sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat. Read more





















