Gagal hayati agama punca merebaknya zina
Keluarga, masyarakat sepatutnya mainkan peranan penting halang remaja lelaki, perempuan bersosial keterlaluan
REMAJA hamil, bersalin seorang diri dan membunuh anak kandungnya tidak begitu mengejutkan lagi. Tugas pihak berkuasa pula menahan ‘ibu’ itu dan memungut bahan bukti. Hasil siasatan pula selalunya memihak kepada apa yang disyaki. Malangnya, si ‘bapa’ selalunya terlepas daripada buruan hukuman dan umpat keji. Beberapa tahun dulu, situasi begini amat asing sekali di sini. Ia hanya menjadi berita dari luar negara, walaupun tetap mengundang marah dan belas, ia tidak seperti apabila jenayah ini dilakukan di negara ini.
Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan, yang balasannya juga nyawa, mengikut hukum Tuhan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra ayat 33 tafsirnya bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” Namun hari ini, bayi yang masih bertali pusat dipungut bagai mengutip sampah-sarap di tepi jalan. Ada yang dihurung semut dan serangga, tidak kurang pula yang menjadi makanan binatang liar. Read more
Pemegang amanah antara kewajipan dan tuntutan
DEWASA ini ramai tahu mengenai jawatan pemegang amanah tetapi kurang faham peranan, fungsi dan tanggungjawabnya. Ramai berlumba-lumba merebut jawatan itu namun, adakah mereka mengetahui kewajipan perlu dipikul.
Ini kerana melaksanakan amanah bukan perkara mudah dan adakala mereka yang memegang tanggungjawab itu berdepan pelbagai kesukaran untuk memenuhi kehendak diamanahkan. Malah, ada yang lupa untuk menunaikan amanah. Read more
Jawapan ‘Siapa Pembunuh Altantuya’ – Minggu Depan
Jawapan kepada pembunuhan Altantuya Sharibuu akan diketahui umum pada hujung minggu hadapan apabila buku ‘Siapa Bunuh Altantuya’ diedarkan kepada umum. Buku ini mampu merungkai misteri dan membuat rakyat berfikir kebenaran disebalik kisah pembunuhan yang menjadi isu panas negara.
Menurut penulisnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, sebelum menulis buku ini beliau sudah memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal dihadapi apabila terbitnya buku tersebut.
“Kita mengambil tanggungjawab ini untuk melihat kebenaran dan membawa masyarakat berfikir di landasan yang betul mengenai isu ini,” tegas Badrul Hisham.
Beliau berkata, isu Altantuya dibangkitkan bukan sahaja kerana popularitinya, malah kerana isu itu merupakan jenayah yang besar dan melibatkan pembohongan yang terpaksa ditutup oleh pihak yang berkepentingan.
“Kita tiada pilihan selain berdepan dengan negara yang ‘dilihat’ mengamalkan demokrasi ini. Negara ini dikatakan kelihatan adil dan kerana itu kita akan mengandakan usaha untuk membongkar segalanya. Read more
Kit Siang dakwa Musa Hasan gagal KPI
October 20, 2009 by wizvax
Filed under Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mendakwa Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya satu pembohongan semata-semata.
Kit Siang berkata, kerajaan tidak serius dalam memnuhi KPI apabila terus menyambung kontrak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hasan sedangkan sebahagian besar masyarakat awam membantah perlanjutan kontrak itu.
Musa tegasnya telah gagal memenuhi KPI khususnya melihat kepada kadar jenayah yang meningkat, kegagalan membanteras rasuah dan melindungi hak asasi rakyat. Read more
Pelabur risau, internet Malaysia lembab
October 19, 2009 by wizvax
Filed under General, Local News
Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.
“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia. Read more






















