Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w
Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.” Read more
Amalan Soleh Sumber Kekuatan Peribadi
DUNIA tanpa sempadan membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Hanya peribadi salih boleh menghalang perbuatan maksiat kepada Allah seperti tidak amanah, tidak bertanggungjawab ataupun tidak menghormati hak orang lain.
Pembentukan dan pengembangan peribadi Muslim yang dikehendaki Allah dan disebut dalam al-Quran ialah sahsiah salih dari segi tutur kata dan perbuatan. Al-Quran menggariskan prinsip sama sejak mula diikuti oleh umat Islam. Read more
Besar ganjaran jika bijak urus masa
October 8, 2010 by wizvax
Filed under Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
MASA tidak akan menunggu kita walaupun sesaat. Manusia sentiasa berhubung dengan masa dalam ‘pengembaraan’ mereka di muka bumi ini yang bermula daripada kelahiran sehingga dijemput pulang mengadap Ilahi.
Ia ibarat pedang, sekiranya tidak mencantas, masa pasti memintas kita. Masa ibarat senjata tajam yang amat bermanfaat dan menguntungkan manusia sekiranya digunakan dengan baik.
Sebaliknya, jika tidak betul cara penggunaannya, ketajamannya akan memakan diri. Mereka yang tidak tahu memanfaatkan masa akan jauh ketinggalan sama ada dalam agama, pemikiran, teknologi atau politik. Read more
7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang
August 1, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama. Read more
Jalinan Al-Quran dalam Jiwa Anak

Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang meosakkan. Saban hari, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini? Read more
11 Amalan Sunnat Bulan Ramadan

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah S.A.W dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH. Read more
Hadiah tahun baru, harga gula naik 20 sen
Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.
Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram. Read more
Enjin Jet Hilang: Najib Patut Didakwa
Oleh Amin Iskandar
Malaysia kini berada dalam keadaan bahaya. Apabila orang-orang yang tidak amanah memegang pemerintahan negara, beginilah jadinya.
Heboh dan gawat negara apabila dilaporkan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Menteri Pertahanan kini, Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa selain daripada dua buah enjin pesawat yang hilang, peralatan yang berkaitan turut lesap.
Dalam sidang medianya beliau terus memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar jangan mensensasikan berita ini oleh kerana kerajaan telah pun mengambil tindakan kepada pengkhianat-pengkhianat dalam kes kecurian ini. Klik disini. Read more
SPRM digesa siasat segera Setpol Najib
KOTA BHARU,12 Dis: Rakyat sama ada penyokong PAS atau Umno akan merasa senang hati sekiranya orang kuat Umno sendiri yang terbabit dengan kesalahan didakwa sama ada yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bahkan imej pihak pendakwaan itu juga dianggap telus.
Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Shafei Abdullah dan gesaan supaya dijalankan siasatan segera berkata kalau orang kuat Umno turut disiasat atas dakwaan itu, rakyat di negara ini merasa senang hati.
“Kalau orang kuat Umno kena siasat juga maka itu menimbulkan rasa senang hati di kalangan rakyat, tanpa mengira (sama ada mereka itu dari) PAS atau Umno, kena belaka.
“Bahkan imej pihak jawatankuasa siasatan pun dianggap telus,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini. Read more
TGNA halang Umno hidup semula di Semenanjung
Seluruh jentera UMNO diarahkan untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) kerana dianggap sebagai penghalang kepada BN untuk bukan sahaja menawan Kelantan tetapi adalah sebagai dalang akan kemaraan Umno di Semenanjung.
TGNA yang tegas dan tahu niat jahat Umno walaupun cuba berpura-pura untuk berbaik-baik dengan Tok Guru. Selagi ada TGNA selagi itulah BN buntu.
TGNA paling digerun oleh musuh kerana doanya selalu ‘diperkenankan’. Lihat sahaja PRU12 yang lalu Tok Guru bersama 30,000 solat hajat dan bermunajat berdoa distadium Kota Baru dengan mengalirkan air mata didalam hujan renyai-renyai telah ‘dimakbulkan’ dan jika sekiranya solat hajat dan doa diadakan lagi di stadium bersama 30 ribu umat islam tidak tahulah apa kesudahannya. Read more
Petra dilepas kes menghasut
Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.
Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.
“Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan,” kata Rozina.
Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin. Read more























