Pemandu bas akui ‘terlelap’
Pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal hari ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera, mengaku ‘terlelap’ sebelum kejadian.
Ketua Trafik Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat Ipoh.
“Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama. Read more





















